Pages

    Showing posts with label future. Show all posts
    Showing posts with label future. Show all posts

    12 November 2011

    :D

    ehem ehem..

    buongiorno a.k.a sobahal khair a.k.a selamat pagi a.k.a good morning.

    semoga hari ini lebih elok daripada semalam. amiin.

    "Ya Allah, aku bermohon untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dalam agamaku, duniaku, kaum keluargaku dan hartaku. Ya Allah, jagalah kehormatanku dan berikanlah keamanan kepada keluargaku. Ya Allah, peliharalah aku dari depanku, dari belakang, dari kiri, dari kanan dan dari atasku. Aku mohon perlindungan dengan keagunganMu agar aku tidak menzalimi orang di bawah jagaanku."
    -doa Rasulullah setiap pagi dan petang-


    .. suasana fajar menyinsing..
    gambar ihsan dari HTC Desire HD

    buongiorno-best short film


    Ibu bapa yang akan mencorak anak anak mereka.
    pilihlah corak yang terbaik.
    kerna anak itulah harapan.

    02 July 2011

    betulkah aku ini ??

    this is what i always do...

    imam muda hassan adli bin yahaya- juara imam muda musim kedua

    jumaat punya yesterday.
    imam muda 2 tamat siarannya.
    penantian juga berakhir.
    imam muda hassan yang dinobatkan sebagai pilihan. (angka tiada makna)
    seperti jangkaanku, ia mengena.
    tahniah!!

    *beliau masih bujang, siapa-siapa yang berkenan boleh cucuk angin. ha he hi ho hu!


    selamat hari ummi. anda tidak tahu tak apa. its oke.

    baharu lepas menonton muvi "hari mama". (mama digunnakan dalam muvi ini, tiada ibu, umi, mummy, emak dan amma.)
    aku sebagai peminat muvi "SAW" harus menontonnya kerna direktornya pun pembuat SAW.
    karakter ibu memang sangat penting dalam mendidik anak.
    tetapi, jangan contohi ibu dalam movie ini.
    sekalipun syurga dibawah telapak kaki ibu, anak-anak jangan ikuti perintah ibu jika ibu semacam muvi ini.
    jangan jangan.
    muvi ini hanya untuk mereka yang mempunyai hempedu yang keras, darah yang pekat, dan semangat hantu.
    budak-budak yang masih belum boleh mengundi disarankan ditemani adik-adik jika tetap berdegil untuk menonton.

    *makanya, sayangilah ibumu selagi kamu mempunyai kesempatan untuk melakukannya...
    jangan ketika kehilangan baru teresak-esak menyesali diri...


    tu tu aku la yang berdiri tu...apahal pulak mamat tu ??

    jika mahu like, better like yang bawah...like dua-dua lah... hahaha

    kemarin.
    aku menyertai pertandingan "get behind your team" dari laman web liverpool.
    katanya kalau mesej sokongan kita mendapat "like" tertinggi, makanya akan dapat memenangi 2 tiket menonton liverpool.
    makanya, barangsiapa yang tangannya terasa gatal-gatal tu, silalah like yer.
    bukannya susah kemain pun.
    pergi ke my profile page, then click "like".
    ia pun akan jadi anda like this.
    after that, if you want to delete your fb.
    just do it.
    its fine. TQ!!

    *tulum menulum amalam anda. saya dah tulum. sudahkah anda? ha ha ha!! (sewel)

    tigasatulima: maaf jika tersasul jiwa, meracau hati, terangsang jiwa, terlampau minda!!
    kemaafan itu lebih baik.
    hati pun tenang.
    berdendam merosakkan jiwa.
    syukran ya!!!

    30 April 2010

    17 tips .....................

    adakah ini yang kita impi2kn selama ini??
    tetapi mmpukah ia berkekalan bhgia selamanya...

    ataupun adakah ini yang yang slalu dielak2kn?? tetapi siapa tahu inilah yang
    bkal mbuat dirimu bhagia sepanjang hayat (adakah seperti "ADAMAYA"?)



    1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

    2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

    3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

    4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

    5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

    6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

    7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

    8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK. Cintailah isteri atau suami anda 100%

    9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK. Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

    10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

    11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

    12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

    13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

    14.KETIKA MENDIDIK ANAK Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ….

    15.KETIKA ANAK BERMASALAH Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

    16.KETIKA ADA PIL. Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

    17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS Gunakanlah formula 7 K

    • Ketaqwaan
    • Kasih sayang
    • Kesetiaan
    • Komunikasi dialogis
    • Keterbukaan
    • Kejujuran
    • Kesabaran

    Sumber: hjarshad.blogspot.com/

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.