Pages

    Showing posts with label wanita. Show all posts
    Showing posts with label wanita. Show all posts

    26 June 2011

    tok seko ambo

    kawe sero po ajim kelih jah


    ni ambo kutik petikey daghi antagho sokkoba kegemaghey ambo, kosmo....kosmo sokmo mung nih, pah mapuh kosmo... kosmo kosmo kosmo....ha ha ha...ikuk aku arr!! cagho gapo aku nga mung... gi kelik nuh!!

    Nabihan galas lima watak

    MELALUI teater Shakespeare Demystified: Julius Ceaser, Nabihan bakal membawa lima watak. Teater tersebut akan dipentaskan pada 29 Jun hingga 3 Julai ini tersebut ini KLPAC.


    SEBUT sahaja nama Nabihan Yaacob dalam kalangan penggiat teater Melayu, pasti ramai yang masih kabur dengan nama tersebut.

    Biarpun dia berketurunan Melayu, tetapi Nabihan, 27, lebih dikenali dalam kalangan peminat teater berbahasa Inggeris.

    Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur itu pernah menjadi penggerak kepada beberapa buah teater Inggeris termasuk Ismail: The Last days, Indicinelive, A Midsumer Night's Dream dan Single Worded Title.

    Berbicara soal impian, Nabihan yang pernah berlakon teater bahasa Melayu berjudul Rancangan Hari Jadi Terhebat Adli itu bersedia untuk berlakon dalam persembahan yang menggunakan dialek Kelantan.

    Bukan kerana tidak menggemari teater dalam bahasa Kebangsaan tetapi katanya, dia kurang yakin untuk menuturkannya di atas pentas.

    "Dalam pertuturan harian di rumah, saya sering menggunakan bahasa Inggeris dan dialek Kelantan.

    "Bukan saya tidak fasih berbahasa Melayu, tetapi ketika di pentas saya akan tersasul menggunakan dialek Kelantan.

    "Kadang-kadang ada antara kawan-kawan yang geli hati dengan pertuturan saya. Jadi saya rasa lebih selesa untuk berlakon dalam teater Inggeris," kata anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.

    NABIHAN selesa berbahasa Kelantan dan Inggeris dalam percakapannya.


    Nabihan yang kini tinggal di Kuala Lumpur bersama keluarganya pernah menetap di Amerika Syarikat dan Australia sebelum terjun dalam bidang tersebut kira-kira tiga tahun lalu.

    Wanita yang kedua-dua orang tuanya berasal dari negeri Cik Siti Wan kembang itu pantas mencipta nama biarpun baru setahun jagung bergiat dalam teater.

    Dia yang berkebolehan bermain piano dan menggesek biola itu berharap diberi peluang membintangi teater dalam dialek Kelantan.

    "Apa yang menarik dalam teater dalam dialek Kelantan adalah saya boleh melakukan addlip dan tidak terlalu terikat dengan skrip.

    "Lagipun saya sangat fasih dalam bahasa tersebut. Jadi tiada masalah untuk saya melakonkan watak seperti dalam bahasa Inggeris," katanya.

    Nabihan menghargai buah tangan arahan Norzizi Zulkifli yang menggabungkan naskhah Shakespeare berjudul Meet Summer Nights Dream dan Mak Yong dalam dialek Kelantan berjudul Titis Sakti.

    Dalam perkembangan terbaharu, Nabihan bersama tujuh lagi rakannya bakal mementaskan teater berjudul Shakespeare Demystified: Julius Ceaser di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPAC).

    Nabihan berperanan memegang lima watak termasuklah sebagai lelaki dalam teater yang akan dipentaskan pada 29 Jun hingga 3 Julai ini tersebut. Antaranya adalah sebagai Portia, Cobbler, Strato, Metellus Cimber dan penduduk kedua.

    "Teater ini amat sesuai ditonton oleh remaja yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia kerana ia akan memudahkan mereka untuk memahami kisah Julius Ceaser daripada buku teks kesusasteraan Inggeris," katanya ketika sesi fotografi bersama Kosmo! di KLPAC baru-baru ini.

    tigosolimo : supo la kito kak bihey, jadik2!!.... dok caye ambe demo nih sep kelate...kemah kemim eh!!...ehem, segho po demo doh hok nyanying lagu " i want to be prime minister so freaking bad" sambil paka sokok...dop dop ??

    03 June 2009

    ~Mengapa WANITA sangat Istimewa(versi melayu)~

    Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.
    "..i letih
    la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
    Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk
    pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker
    dalam sink..rendam lepas makan tadi...basuh jap...
    susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal
    masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti

    malam anak nak susu....memang dah kering pun flusk ni, jerang la
    air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah
    kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska
    esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku
    dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin
    basuh...penat dah ni, besok je la basuh....sidai kain lap je lah...
    tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok
    settle...
    baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik,
    papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke
    taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion
    untuk sapu ruam...pampers 4 keping.....alamak..telupa pulak masukkan
    botol...basuh botol jap...ok settle...
    ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo
    coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg
    coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh
    pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti....hishhh sempit la
    beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale
    nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow
    sticker, nanti lupa..ok settle...
    Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak
    tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap...."
    masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu...2
    jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai
    treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
    nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4
    pulak...huhuhuhu...
    bukak almari...emmm....pakai baju hijau ni lah besok...gosok
    kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak

    ni...kat bilik belakang...
    la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi,
    dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok
    baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang
    dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
    dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke
    bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak
    siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill
    pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak
    umah aku...bukak lampu luar..
    ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak
    nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...
    ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni
    kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers
    ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb
    ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh
    malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
    aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu
    kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan
    alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
    ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan
    mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon
    keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk
    sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun
    takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak
    dah....
    So?....apa yang peliknya..??

    Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK
    KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

    Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah
    istimewa dengan cara mereka sendiri...
    Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah
    mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

    ~rAhSiE mEmiMpiN wAniTa~

    Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah swt, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin.
    Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat.
    Bahasa samada dalam lisan atau tulisan adalah alat bagi membangkitkan rasa bagi setiap perasaan di dalam dada wanita. Dalam memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan.
    Sekiranya lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka, maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hukamak (hikmah) mengenai kasih sayang. Sekiranya lelaki mahu perasaan rindu bertapak di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan kata-kata yang berunsur kerinduan. Jikalau hendak membangkitkan rasa marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya.

    Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka.
    Disinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt.
    Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala- galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.
    Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, karena mereka diciptakan begitu rupa dari bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya:

    JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

    Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya.

    AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK .

    Suburkanlah kebaikan karena dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.
    Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah kasih sayang Allah, karena rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki berwajah: negarawan, karyawan, jutawan, hartawan, dan wan-wan lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
    Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan .

    LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

    Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan setiausaha, bahkan anakpun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan diri.
    Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADA-NYA, jinakan diri dengan Allah, niscaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan anda.

    JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI
    ----------------------------------------------
    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.