Pages

    Showing posts with label news. Show all posts
    Showing posts with label news. Show all posts

    12 November 2011

    :D

    ehem ehem..

    buongiorno a.k.a sobahal khair a.k.a selamat pagi a.k.a good morning.

    semoga hari ini lebih elok daripada semalam. amiin.

    "Ya Allah, aku bermohon untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dalam agamaku, duniaku, kaum keluargaku dan hartaku. Ya Allah, jagalah kehormatanku dan berikanlah keamanan kepada keluargaku. Ya Allah, peliharalah aku dari depanku, dari belakang, dari kiri, dari kanan dan dari atasku. Aku mohon perlindungan dengan keagunganMu agar aku tidak menzalimi orang di bawah jagaanku."
    -doa Rasulullah setiap pagi dan petang-


    .. suasana fajar menyinsing..
    gambar ihsan dari HTC Desire HD

    buongiorno-best short film


    Ibu bapa yang akan mencorak anak anak mereka.
    pilihlah corak yang terbaik.
    kerna anak itulah harapan.

    11 November 2011

    XI

    11 = kalau satu je, sebelas
    11.11 = da kalau dua, jadi la dua belas
    11.11.11 = tapi kalau da tiga tu, berbelas-belas la jawabnya

    aku tyme ni tido asenye... qoilullah katenye


    apa ada pada 11.11.11?


    1. ulang hari keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V, Tuanku FARIS (ehem2) Petra yang ke 42. [ Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar :D ]
    2. berbondong-bondong manusia mendaftar untuk berkahwin. [ alhamdulillah, Selamat Pengantin Baru, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat :), aku bila plak? ]
    3. senior ku diijab kabulkan. [ Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khair, sedey tak dapat gi T_T ] 
    4. pembantu khas Dato' Husam Musa, Kamarulzaman Hj Abdullah meninggal dunia. [ innalillahi wainna ilaihi raji'un, semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh :I ] 
    5. ramai ibu-ibu memaksa anaknya dilahirkan walaupun dengan caeserean. [ isk3, tak patot... tak patot, cian kat baby tu ]
    6. munken ada orang menyambut hari kemunculannya di dunia ini. [ umur da meningkat, amalnya pon patot meningkat la kan? peringatan buat diriku ] 
    7. ada pasangan yang memilih untuk memulakan per'kapel'an. [ cendol ke hape manusia cenggini? ]
    8. ada juga suami isteri yang sah menyambut ulangtahun perkahwinan. [ semoga terus berkekalan hendaknya ]
    9. malah ada yang memandai-mandai membuat perkiraan matematik, iaitu 111111 x 111111 = 12345654321. [ so what? ]
    10. dengan disengajakan, cerita 11-11-11 pun mula ditayangkan dipawagam. [ macam tak besh je cite ni ]
    11. aku gi solat jumaat. [ satu kewajiban. untuk muslimin yang cukup syaratnya, tak kesahla tarikh bile2 pon ]


    fuhh, cukup gak sebelas. apa pun, tiada apa pun. tarikh hanyalah nombor dan nombor adalah angka. tiada apa pun. yang penting Allah s.w.t itu Esa, yakni SATU. 



    tak cukup satu... dimanakah satu itu?
    cukuplah SATU itu untukku.

    "benjo double special"
    aku ingatkan 2 je telur, 
    lupe plak 'special' gune telur jugak, 
     3 telur la makannya,
    terlebih telur suda.


    "Allahumma inni a’udzu bi ridhooka min sakhotik wa bi mu’afaatika min ‘uqubatik, wa a’udzu bika minka laa uh-shi tsanaa-an ‘alaik, anta kamaa atsnaita ‘ala nafsik"

    tigasatulima: XI seertinya 11

    06 July 2011

    a happy warrior

    this will make you happy...

    1. if you are kelantanesse

    skuad kijang kelantan yang bukan sahaja megah dihutan, namun di Liga Super.

    eh! taw la skor dua gol tadi...tapi pakai la seluar..isk3..tidak kemaluan betol la.


    baru semeta takdih jah, tokde sapa duo seje duo lagih.
    aponamo nih kelate mene liga supo.
    oghe ghoyak kali petamo nih mene nih.
    ambo pon dok tahu la sebak dok minat mano bola nih.
    ambo minat gimrama, nga berene kupu-kupu jah.
    apo-apo pom, segulung tahnioh la buat pemain-pemain hok main dok besunggoh tuh.
    ambo nok jah bia kaloh takdi, wi pengajare kali keduo.
    main dok besunggoh mano, sapo tok tekke.
    sapa ado hok sakik tekok, palo lutut, keno gaut nga gastrik pom ado.
    main bia semangat po ganung gak.
    mene puah hati gituh.
    meh (match) ngelah key.
    nok patoh kaki ko, patoh tule blikak ko takpo.
    asalkey demo puah, ambo pom puah.
    dey puah tu gak, jange bia gitu pulop.
    gi basuh la deh!! ha ha ha...
    GKG...
    kawe minat kelate walaupon maen tok sedak...ko wano??




    2. if you are liverpoolian@liverpoolesse (liverpool fan)

    charlie adam yang dahulunya terkenal di dalam PES, sekarang mampu bermain bola.

    doni merupakan bekas pemain bola lisut peringkat daerah sao paolo,
    dan kini menukar kerjaya kepada penjaga gawang.


    ehem..iya yahu.
    liverpool bakal mendapatkan khidmat kapten jiran sekolam liverpool, iaitu blackpool.
    pemain itu ialah Charlie a/l Adam.
    harga yang ditetapkan setelah tawar menawar dianggarkan sebanyak 9 juta. (tidak termasuk cukai tanah)
    dan seorang lagi yang bakal menyarung jersi kebangsaan liverpool ialah pakcik Alexander 'The Worst' Doni.
    dia bakal menjadi backup goalie kepada abang Pepe 'The Bold' Reina.
    pernah dibolosi Man U 7 kali dalam satu match. WTD!!

    tigasatulima: hanya minat menonton sukan, tetapi malas untuk bersukan...
    langsung tidak menyihatkan badan, malah mampu merosakkan badan...
    geleng-gelengkan dan selamat bersukan..

    30 June 2011

    menang tipis je kot

    this is.....i dont know bro....

    sekarang....rambut safiq membelah dan sudah jatuh mencium dahi...haha..
    dahulu kala...rambutnya terpacak mendongak ke awan nano...


    semalam.
    aku yang juga peminat astro arena 801 menonton MAS vs TPE. ( aku tengok 2nd half je, MAS je pon)
    tahniah dan kongeratulasi.
    MAS menang 2-1 akibat dua jaringan pasukan sendiri dan jaringan gol lawan.
    walaubagaimanapun adui, TPE hanya memerlukan kemenangan 1-0 untuk melayakkan diri ke pusingan ke-dua.
    itulah bak kata pepatah, "ada peluang tak mahu score, nanti siapa yang susah".
    apapapun, perjuangan belum berakhir.
    90 minit + masa tambahan di TPE bakal menentukan.
    berjaya atau tidak....bolos saja dinding itu.

    tigasatulima: aku tetap sokom liverpool walaupun lawan malaysia..
    tapi kalau lawan kelantan, kelantan menjadi keutamaan..haha

    27 June 2011

    perih sebuah ketewasan

    this is bad sis...


    this is very very sad sis...

    this is very very angry sis...

    ini kisah luar negara.
    semalam.
    sebuah pasukan kelab dari arjentina (argentina) yang bernama "sungai pinggan" atau nama jolokannya "river plate" tersingkir ke divisyen dua buat kali pertama dalam sejarah penubuhan kelab selama 110 tahun. ( lama bukan main )
    sungai pinggan yang merupakan kelab paling besar dan paling berjaya di arjentina yang telah memenangi liga divisyen satu arjentina sebanyak 33 kali.
    tetapi ini berlaku setelah sungai pinggan ini tewas dengan pasukan belgrano dengan agregat 3-1 dalam relegation playoff.
    kesan penyingkiran itu memang awesome dengan penyokong-penyokong kipas susah mati pasukan sungai pinggan ini melakukan rusuhan yang sangat-sangat ganas youu.
    seramai lebih kureng 43 nyawa tercedera secara rasmi.
    dan munken beribu-ribu nyawa yang tercedera secara tidak rasmi, iaitu cedera hati dengan tersingkirnya sungai pinggan yang dipuja-puja sejak berabad lamanya.
    .
    .
    .
    .
    .

    this is hot sis...

    this is attracting sis.... put your hands up!!

    ini kisah dalam negara.
    setahun atau dua tahun lepas.
    kelantan tewas 1-0 kepada negeri sembilan di stadium muhammad ke-V pada peringkat separuh akhir piala FA.
    penyokung bertindak merusuh dengan menterbalik dan membakar kereta polis. (mujur time tu polis gi minum kedai mamak)
    tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan rasanya.

    tapi itu cerita lama sis...
    sekarang penyokong kelantan mulai matang walaupun masih ada sesetengah yang masih macam dulu.
    biasalah, kalah menang adat permainan.
    tengok, kelantan kalah final FA lawan terengganu...alhamdulillah tiada rusuhan (tak tahu la kalau ada, sebab tak gi).
    walaupun penyokong frust menonggeng, tiada siapa mampu mengubahnya kerna itu qada' dan qadar Allah.
    hidup mesti diteruskan walaupun kalah, buat persiapan lebih baik untuk menang tahun depan. (elok tak payah la gi final, FAM gak untung...)


    this is best sis...

    itu baru di dunia.
    kalah dan tersingkir sekali bukan bermakna untuk selamanya.
    jika wat persiapan rapi dan jitu lagi mantob, INSYAALLAH menang dan kebangkitan akan berlaku dengan izin Allah.
    tetapi.
    kalau kalah dan tersingkir di akhirat.
    tiada lagi peluang untuk membuat persiapan jitu, rapi wa mantob untuk kemenangan dan kejayaan di akhirat kecuali dengan rahmat Allah.


    tigasatulima: peringatan buat diriku!!

    26 June 2011

    apa bro bro ??


    congratz.... this is best bro


    sunt: propugnatoren !!


    mek-si-ko (mexico) menjohani kejohanan Piala Emas 2011.
    mek-si-ko berjaya melakukan great comeback daripada ketinggalan 2-0 kepada 4-2.
    gol-gol mek-si-ko disumbat oleh Pablo Barrera ( 29, 50 ), Andres Guardado ( 36 ) dan Giovani dos Santos ( 76 ).
    manakala gol-gol amarika syarikat disumbangkan oleh Michael Bradley ( 8 ) dan Landon Donovan ( 23 ).

    " gol G. dos Santos memang semat la, melencong tinggi melewati kepala mamat defender amarika ...
    this is best bro!! "



    somos los campeones !!

    se-pin (spain) U-21 menjuarai Kejohanan Eropah di-Bawah Umur 21 ( masih belom boleh mengundi).
    se-pin mudah menundukkan pasukan sewizelen (switzerland) dengan jaringan 2 berbalas sifar (telor).
    gol-gol se-pin yang dimana diletakkan akan bola itu ke dalam jaring lawan oleh Ander Herrera ( 41 ) dan Thiago Alcantara ( 81 ).
    manakala gol sewizelen tiada siapa pun mampu disahkan.

    " free-kick dari Thiago Alcantara dari jarak 40 yards membuahkan gol yang begitu awesome ...
    one more time, this is best bro !!"




    我是赢家 !!

    datok kepada li cong wey (lee chong wei) mengechampionkan dirinya dalam Indonesia Badminton Open Super Series Premier yang bertempat di ibu negara Indonisi, yakni Jakarta.
    li cong wey tampak mudah menjinakkan legenda denmak (denmark) , peter gade dengan straight set tanpa menoleh ke belakang lagi.
    li cong wey menang dengan kiraan mata 21-11, 21-7. (begitu mudah bukan!)
    li cong wey berhasil mendapat wang sejumlah US dolar 45 000 + sebuah kerusi Ogawa yang memang dikhaskan untuk mengurut otot-otot yang terover sampai menjadi johan.

    "this is not best bro ... takde fight langsung ...
    kalau lawan Lin Dan baru la this is best bro, dapat tengok li cong wey bersemangat sikit main ...
    kan bro ? "

    threeonefive: nak tahu makna 3 perkataan tersebut, gunalah google translator...
    this is best bro... cayala cakap gua!!

    tok seko ambo

    kawe sero po ajim kelih jah


    ni ambo kutik petikey daghi antagho sokkoba kegemaghey ambo, kosmo....kosmo sokmo mung nih, pah mapuh kosmo... kosmo kosmo kosmo....ha ha ha...ikuk aku arr!! cagho gapo aku nga mung... gi kelik nuh!!

    Nabihan galas lima watak

    MELALUI teater Shakespeare Demystified: Julius Ceaser, Nabihan bakal membawa lima watak. Teater tersebut akan dipentaskan pada 29 Jun hingga 3 Julai ini tersebut ini KLPAC.


    SEBUT sahaja nama Nabihan Yaacob dalam kalangan penggiat teater Melayu, pasti ramai yang masih kabur dengan nama tersebut.

    Biarpun dia berketurunan Melayu, tetapi Nabihan, 27, lebih dikenali dalam kalangan peminat teater berbahasa Inggeris.

    Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur itu pernah menjadi penggerak kepada beberapa buah teater Inggeris termasuk Ismail: The Last days, Indicinelive, A Midsumer Night's Dream dan Single Worded Title.

    Berbicara soal impian, Nabihan yang pernah berlakon teater bahasa Melayu berjudul Rancangan Hari Jadi Terhebat Adli itu bersedia untuk berlakon dalam persembahan yang menggunakan dialek Kelantan.

    Bukan kerana tidak menggemari teater dalam bahasa Kebangsaan tetapi katanya, dia kurang yakin untuk menuturkannya di atas pentas.

    "Dalam pertuturan harian di rumah, saya sering menggunakan bahasa Inggeris dan dialek Kelantan.

    "Bukan saya tidak fasih berbahasa Melayu, tetapi ketika di pentas saya akan tersasul menggunakan dialek Kelantan.

    "Kadang-kadang ada antara kawan-kawan yang geli hati dengan pertuturan saya. Jadi saya rasa lebih selesa untuk berlakon dalam teater Inggeris," kata anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.

    NABIHAN selesa berbahasa Kelantan dan Inggeris dalam percakapannya.


    Nabihan yang kini tinggal di Kuala Lumpur bersama keluarganya pernah menetap di Amerika Syarikat dan Australia sebelum terjun dalam bidang tersebut kira-kira tiga tahun lalu.

    Wanita yang kedua-dua orang tuanya berasal dari negeri Cik Siti Wan kembang itu pantas mencipta nama biarpun baru setahun jagung bergiat dalam teater.

    Dia yang berkebolehan bermain piano dan menggesek biola itu berharap diberi peluang membintangi teater dalam dialek Kelantan.

    "Apa yang menarik dalam teater dalam dialek Kelantan adalah saya boleh melakukan addlip dan tidak terlalu terikat dengan skrip.

    "Lagipun saya sangat fasih dalam bahasa tersebut. Jadi tiada masalah untuk saya melakonkan watak seperti dalam bahasa Inggeris," katanya.

    Nabihan menghargai buah tangan arahan Norzizi Zulkifli yang menggabungkan naskhah Shakespeare berjudul Meet Summer Nights Dream dan Mak Yong dalam dialek Kelantan berjudul Titis Sakti.

    Dalam perkembangan terbaharu, Nabihan bersama tujuh lagi rakannya bakal mementaskan teater berjudul Shakespeare Demystified: Julius Ceaser di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPAC).

    Nabihan berperanan memegang lima watak termasuklah sebagai lelaki dalam teater yang akan dipentaskan pada 29 Jun hingga 3 Julai ini tersebut. Antaranya adalah sebagai Portia, Cobbler, Strato, Metellus Cimber dan penduduk kedua.

    "Teater ini amat sesuai ditonton oleh remaja yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia kerana ia akan memudahkan mereka untuk memahami kisah Julius Ceaser daripada buku teks kesusasteraan Inggeris," katanya ketika sesi fotografi bersama Kosmo! di KLPAC baru-baru ini.

    tigosolimo : supo la kito kak bihey, jadik2!!.... dok caye ambe demo nih sep kelate...kemah kemim eh!!...ehem, segho po demo doh hok nyanying lagu " i want to be prime minister so freaking bad" sambil paka sokok...dop dop ??

    25 June 2011

    tergelakkah anda?

    maharaja lawak..... maha lawak sangat ke? aku tak tergelak lasom pon...cilakak!!
    .
    .
    .
    .
    .
    keputusan sms :

    johan/juara/pemenang pertama
    [ habis SEPAH, madu dikutip ]

    naib juara/naib johan/pemenang kedua
    [ hidup ini macam JOZAN, kalang-kalang di atas, kalang-kalang no.2 nye pun.
    aduiii...pun ]

    naib kepada naib juara/pemenang ketiga
    [ lu balik, lu cuba pikir, then lu bersendiri la NABIL...ok? ]
    nombo gubak/tempat terakhir/pemenang keempat
    [ walaupun muka kiut, tapi hati JAMBU kalernye ]


    "Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram"
    -Hasan al-Banna

    tigasatulima:
    camno pun, nabil juaro sebaknyo dyo dapek duit paling banyak sekali...
    bak seketui kat dyo sorang...xyah kongsi-kongsi...
    lu kongsi, lu bayar laa!!

    24 June 2011

    anda imam muda yang dicari??

    imam muda
    terus memecah tradisi
    inspirasi sanubari

    "sejenak bersama mereka, sesungguhnya tiada jalan mudah untuk berjaya"

    "saksikan keazaman mereka menimba ilmu duniawi dan ukhrawi"

    "untuk melayakkan diri menjadi imam muda yang dicari"

    "mampukah merekamenghadapi segala rintangan yang mendatang"
    .
    .


    alhamdulillah...minggu depan merupakan minggu ke 10 yakni minggu terakhir dalam rancangan imam muda musim ke-2, tahniah buat imam muda hasan dan imam muda nazrul kerna berjaya terpilih untuk berentap di minggu terakhir. terharu rasanya tengok untuk minggu yang ke-9 yang bertemakan warga tua/ibubapa ( xpasti )....bak kata imam muda hasan, "sesuatu itu akan terasa nilainya selepas kehilangannya." dan "kadang-kadang Allah tak beri apa yang kita nak, dan beri apa yang kita tak nak". oleh itu, jagalah kedua ibubapamu sebelum menyesal di kemudian hari dan jangan lupa berdoa untuk mereka. dan barangsiapa yang derhaka kepada ibubapa, nescaya bau syurga pun tidak akan dihidu. nauzubillahi min zalik!!

    imam muda hasan

    imam muda nazrul

    tigasatulima: frust imam muda fakhrul xlayak!!
    gaya fahrin ahmad sejibik ust dzulkarnain...hu

    22 June 2011

    akubacaberita


    salam sejahtera...

    dari keratan akhbar kosmo..

    bukan gambar sebenar


    Aktor 51 tahun kahwin gadis 16 tahun

    LAS VEGAS - Aktor Dough Hutchison yang berusia 51 tahun yang merupakan pelakon filem The Green Mile, siri drama Lost dan 24 telah berkahwin dengan penyanyi lagu berentak country, Courtney Alexis Stodden yang berumur 16 tahun pada 20 Mei lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

    Walaupun perbezaan umur pasangan itu terlalu jauh iaitu 35 tahun, perkahwinan mereka telah menarik perhatian orang ramai.

    "Kami sedar perbezaan umur yang terlalu besar menjadi kontroversi. Namun, kami saling menyintai dan ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa cinta sejati tidak mengira umur," kata pasangan itu kepada laman hiburan E! Online.

    Menurut undang-undang negeri Nevada, seseorang yang mahu mendapatkan lesen perkahwinan perlu berusia 18 tahun ke atas.

    Namun, keputusan Courtney yang berkahwin ketika berusia 16 tahun itu tidak menyalahi undang-undang negera tersebut kerana dia mendapat restu daripada ibunya.

    "Kami memberi sokongan penuh kepada perkahwinan ini. Doug seorang lelaki yang baik dan kami menyukainya," akui ibu Courtney, Krista Stodden kepada laman hiburan RadarOnline.com.

    "Mereka begitu saling menyintai dan kami memberi sokongan terhadap perkara ini.

    "Courtney masih dara semasa dia berkahwin dengan Dough," katanya. - Agensi

    ha ha ha!!... aku tergelak kiut membaca keratan ini, mesti gembira betik lelaki tuh dapat kahwin dengan feremfuan muda.baru umo 16 tu, form 4 kowt. ha ha ha. biasa la, lelaki tu pun aktor, mesti banyak duit dan gegurl mana tak suka dengan kebanyakan duit lelaki itu pun aduii... tapi nye, yang lebih besh dan gumbira tu, sempat lagi menyatakan akan keutuhan dinding dara yang masih belum dicuri orang, nampak sangat umo semuda itu pun aduyaii belum pasti gadis itu masih suci...opss, lupa fulak i itu kat amarika...tetapi kan, tak kire la kat mana-mana pun, malah di 1meleyshia pun lebih kurang sama jerr... lelaki dan perempuan sama aja kok nya sih!!


    tigasatulima: oh courtney!!

    15 December 2010

    dUOdAYS

    page 1 ( credit to hasanah muslim )

    page 2 ( credit to adibah ali )

    page 3 ( credit to mat syuk )

    latihan 'choral speaking' membingitkan suasana
    ( click for larger image )

    laungan azan maghrib berkumandang

    Ustaz Syaari bersama tajuk "Dajjal akhir zaman"

    saudara Alif Basri mengutarakan masalah umat islam
    (1) krisis ilmu (2) krisis adab (3) krisis pemimpin yang tidak layak memimpin

    adakah konspirasi ini telah menular di FPSK (?) ..... ataupun obses kepada simbolik

    karya "kandungan2 segitiga karotid" oleh Sifu Hany

    p/s; again...again.....again....what happened to u Ahmad Faris Mohd Zulkafli (?)

    03 December 2010

    Liverpool mara ke pusingan kalah mati


    assalamualaykum....salam 1 malam

    F: Argghh!! ngantuknye.... (sambil menguap!!)
    M: tula, sape suruh tengok bola.....isk3!! buruk2...tutup mulut tu..
    F: nak wat camne, da kipas susah mati.... minggu depan susah dah nak tengok...cuti dah abis
    M: ikot ko la, sanggup bersengkang mata untuk bola, tapi kalau untuk ibadah, susah jee...
    F: kan da kene, tula, len kali kena pergi senyap2 ni...(cakap dalam hati)
    M: isk3!! ingat aku xtahu ape yang bisikkan dalam hati ko tuh...
    F: yela2, insap dah ni....
    M: cakap bia serupe bikin sudaa....

    kemudiannya, bersambung.........( rahsia sebenarnya )

    ni la yang F tengok....rosak3 manusia

    p/s:
    • F (Faris),
    • M (Monolog)
    • tiada gunanya kalau hanya pandai bertutur dimulut tapi tiada usaha yang timbul/ tiada aksi untuk memperbetulkannya.
    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.