Pages

    Showing posts with label ilmu. Show all posts
    Showing posts with label ilmu. Show all posts

    05 October 2013

    Ortho-end. :(

    Bismillahirrahmanirrahiim...

    Alhamdulillah, tamat suda posting orthopaedics yang amat menyeronokkan dan 'heaven'. Sedih pulak rasanya meninggalkan posting ni yang dihuni oleh speselis2 yang amatlah baik hati, dengan wardnya yang harmoni, serta dengan ke'heaven'an kondisinya. 

    Last thursday, selepas exam theory, kami ke salah sebuah taman2 korea di malaysia, yakni Seoul Garden bersama2 speselis kami sebagai tanda penghargaan mengajar kami tanpa penat dan jemu. Mohon halalkan segala ilmumu. :)


    bergamba selepas exam theori. cover senyum
    walaupun mcq susah cam hape. 
    muka2 lapa xmakan dari pagi. 
    Borak-ing time.

    sesi membuka hadiah. 1...2...3..

    Jeng jeng jeng.... sebuah jersi liverpool.

    our new signing, Mr Ash. bye2 Stevie G.

    adik Hurun 'Ain binti Muhammad Ismail.

    semua melantak bagai nak rak.

    habis semua benda nak grill. tapi coffe beef memang pelik rasanya.

    Emang, the group leader of ortho.

    hurun o hurun. come to papa.

    sibuk hurun dengan abang2 borak.

    seusai makan. bergambar lagi.

    kaum adam bergamba. ginilah jadinya.

    Walau apapun, hidup haruslah diteruskan. paeds posting pulak seterusnya. nantilah aku wahai budak2 kecik. tolong berperangai baik denganku, nescaya aku juga sama. huh!! dan aku juga tidak akan tertewas dengan kecomelanmu. haha!!

    16 September 2013

    gang-lion, bukan geng singa.

    Bismillahir-Rahman-ir-Rahiim. 

    Bak kata seorang akak occupational therapist di HA, "rugilah kalau tak tahu apa yang Allah da bagi kat kita." Haa, padam muka, kan da kena. Sungguh pediss rasanya. Begitulah kata-katanya yang agak menusuk kalbu. Kalau tak terasa, boleh da slow-slow check nadi. huhu!!

    so apakah ia itu? 

    Ia adalah 'ganglion cyst'. Atau ada yang memanggilnya 'bible cyst' (mungkin diorang tunjuk bible guna cyst ni kot). Ia merupakan sejenis benjolan yang selalunya muncul pada kawasan tendon dan sendi-sendi di  pergelangan tangan dan tangan. Ianya sangat comel kerna bentuknya yang bulat-bulat kecik molek dan lembik-lembik macam sumi-jelly gitu. 

    Penyebab dan macamana munculnya ia masih kurang jelas dan banyak khilaf mengenainya. Malah ia mampu menyerang siapa-siapa sahaja, terutamanya kepada anak-anak muda dan wanita, serta penghidap OA dan mempunyai kecederaan pada tendon dan sendi.

    Selalunya orang yang memilikinya tidak mempunyai apa-apa masalah, tapi sekiranya ia mula bertindak agresif dengan menekan saraf yang melalui kawasannya, orang itu mungkin akan mengalami rasa sakit, rasa semut-semut/ kebas dan otot lemah di kawasan berkenaan. Aku punye ni kadang-kadang je boleh mendatangkan kesakitan, tapi most of the time, manja-manja je. 

    Biasanya bagi yang mempunyai hubungan yang tidak erat dengan benjolan ini seperti rasa sakit, rasa terganggu melakukan aktiviti harian atau rasa tidak bersyukur dengan menganggapnya menyakitkan mata akan kehadirannya walaupun ia tidak menyakitkan badan bolehlah melakukan pembedahan untuk membuangnya. Kosnya tidak semahal membuang susuk dimuka malah pembedahannya hanya mengambil masa yang sekejap tidak seperti satu perlawanan bola sepak. Walaupun Dr Zuhri dan Dr Firdouse pernah menawarkan diri untuk membuangnya, aku masih menyayanginya. :)  



    beginilah gambaran sebuah ganglion cyst yang
     menghinggap di pergelangan tangan.

    Ini lah yang aku punya. Comel dan mesra.
    Alhamdulillah, mujur ia tak menganggu untuk aku maen PES. haha!!


    Macam ini lah kalau nak buang benda-alah ni, macam simple kan?
    You need to know anatomy precisely, otherwise you will cause injury to nerves. 


    p/s: 

    إِنَّ عِظَمَ الجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ البَلَاءِ وَإِنَّ اللهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا اِبْتَلَاهُمْ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

    "Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji mereka. Maka siapa yang ridha (terhadapnya) maka baginya keridhaan Allah, dan siapa yang marah (terhadapnya) maka baginya kemurkaan Allah." (HR. Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah) 


    08 September 2013

    Berat bahu memikul, berat lagi pinggul menanggung.

    Bismillahirrahmirrahiim.. 

    Setelah 4 minggu posting Orthopaedic, Alhamdulillah baru tahu camne nak buat shoulder dan hip examinations sebetulnya walaupun pernah tengok video-video kat youtube. Perform tu takpasti jadi dan  lancar ke tak. Huh! 

    Thanks to Mr Ashaari for teaching us. YNWA!!

    *kalau ada kesilapan boleh betulkan. Dan kalau nak, amik je lah.


    1) HE (Hip Examination).
    How to perform Hip Examination. 

    Anatomy of hip joint.

    Normal ROM for hip joint.

    Special tests for hip joint.

    Bryant's triangle. 

    2) SE (Shoulder Examination)
    Steps of Shoulder Examination.

    Anterior part of shoulder joint.

    Posterior part of shoulder joint.

    Normal ROM of shoulder joint.

    Special tests (1)

    Special tests (2)

    Special tests (3)


    p/s:-  Lets learn it by heart. :)
    But don't forget to read and learn Al-Quran.


    "Our Lord, we have wronged ourselves, and if You do not forgive us and have mercy upon us, 
    we will surely be among the losers."

    04 February 2012

    a scar is.

    Assalamualaikum.

    Saya Ascaris. Nama penuh saya Ascaris Lumbricoides, tetapi kawan-kawan saya hanya memanggil saya Ris manakala kalau dalam kad pengenalan hanya A.Lumbricoides. Memandangkan saya bersaiz XXL dikalangan kaum kerabat saya, mereka menggelarkan saya Gergasi Usus Kecil Cacing Bulat. HA HA HA!! Sungguh kelakar gelaran itu. Saya merupakan parasit kepada manusia yang mana saya selalu tinggal di usus kecil. Orang bagitahu, saya ni merupakan antara parasit  yang biasa menjangkiti manusia di dunia yang fana ini. Bahaya kan? Saya selalunya dijumpai di kawasan Sub-Tropika dan Tropika yang tidak mengamalkan kebersihan sebaiknya. Disebabkan saya ni amat sukakan kanak-kanak, merekalah yang selalu menjadi mangsa keadaan saya tapi kadang-kadang orang tua pun saya lantak.



    Usai sudah dengan pengenalan diri, aku mahu menceritakan tentang satu ceritera mengenai kehidupanku sebagai seekor parasit. Ceritanya begini, ketika aku masih dalam telur lagi dan masa tu aku hanya seekor larva taraf kedua, saya dibawa terbang oleh angin Munsoon. Setelah hampir seharian berterbangan, saya memilih untuk mendarat di atas sepinggan mee goreng basah milik seorang pemuda Melayu. Namanya dirahsiakan untuk mengelakkannya daripada menjadi bualan ramai. Kemudiannya, pemudanya itu mencedok mee tersebut yang aku turut berpaut padanya menggunakan sudu lalu disuakan ke arah mulutnya.

    “Nyum-nyum. Nampak sedap juga mee goreng ni,” kata pemuda ini sambil memasukkan sudu kedalam mulut.

    “Padan muka! Tula, makan tak baca doa. Kalau baca, sure aku terbakar tadi,” balas aku bangga.

    Sebaik sahaja saya di dalam mulut pemuda itu, aku terus berpegang erat pada mee itu sampailah aku tiba di usus kecil. Disitulah aku keluar dari konkongan telur itu.

    “Ahhhh…. Lega rasa pabila merdeka. Aman. Harmoni. Tiada peperangan,” getus hatiku bersama senyuman manis terukir dibibir.

    Aku memulakan pengembaraan dengan menembusi dinding usus agar aku dapat memasuki lebuhraya limfatik ataupun venul, dan kemudiannya aku melalui berbagai kawasan seperti hati, jantung, paru-paru dan akhirnya aku sampai ke alveoli. Aku menetap disitu untuk beberapa ketika sehingga aku menjadi larva yang panjang sekitar 1.5 cm. dalam tempoh 10 hingga 14 hari selepas itu, aku mulai matang dan aku meneruskan aktiviti penembusan terhadap dinding alveoli. Aku mula mendaki ke atas melalui bronchi, larynx dan pharynx dan tiba di puncak oesophagus. Maka disitu aku sekali lagi ditelan.

    Mereka telah membawa aku ke usus kecil kembali. Dalam tempoh 2 hingga 3 bulan aku disini, aku semakin matang dan terus matang sehingga aku menemui cinta sejatiku. Hasil perkahwinanku, isteriku memberikan zuriat sehingga 200 000 telur dalam sehari. Kami hidup bahagia bersama.
    Pada suatu hari, pemuda ini mengalami berbagai masalah yang mana dia sukar untuk bernafas, batuk berkahak berpanjangan untuk 2 hingga 3 minggu, demam, tak sedap badan, dan rasa nak muntah.  Dia kemudiannya bertemu doktor dan disahkan mengalami berbagai penyakit seperti pneumonitis, Sindrom Loeffler, appendicitis, pancreatitis berdarah akut dan jaundice. Hasil pemeriksaan juga mendapati berlaku granuloma dan eosinophilia. Oleh itu doktor melakukan pemeriksaan mikroskop untuk mengenalpasti punca penyakit itu, dan berjaya menemukan telur-telur anakku didalamnya. Tidak puas hati dengan mikroskop sahaja, para doktor melakukan CT scan dan sonography. Mereka akhirnya membuat konklusi bahawa kaum kerabatku adalah punca kepada segala masalah ini. Setelah berbincang dengan pemuda itu, mereka mengambil kata sepakat untuk melakukan pembedahan usus dan disamping itu doktor menyarankan dia mengambil pil mebendazole.

    Tepat pukul 8 pagi pada hari keesokannya, yakni Jumaat, pembedahan itu dilakukan. Para doktor membelah sedikit bahagian usus, dan kemudiannya menarik keluar saudara maraku. Aku menunggu dengan penuh pasrah. Aku tahu masa aku akan tiba juga. Tiba-tiba aku terasa seperti ditarik.

    “abang, tolong abang… saya tak bersalah, jangan tarik saya,” aku menjerit sekuat hati.

    Namun mereka tidak mengendahkannya, malah terus menarikku dengan rakus sehingga badanku terputus dua. Begitulah tamatnya riwayat hidupku. 

    20 November 2011

    sekiranya....

    SEKIRANYA inilah detik terakhir....


    pandanglah ke bawah untuk insaf akan nikmat yang melimpah,
    dan dongaklah ke atas untuk sedar akan amal yang terbatas....


    terkadang orang yang benar akan terhina kerana salah dalam menegakkan kebenaran,
    adakalanya pula mereka yang salah menjadi mulia dek berhati-hati dalam membaiki kesalahan...




    "Ya Allah, jika aku salah ampunilah aku, hadirkanlah dalam jiwa ini ketaqwaan, sucikanlah ia kerana Engkaulah sebaik-baik yang menyucikan, sesungguhnya Engkaulah pelindung dan sebaik-baik pelindung."




    -AKHIRILAH HIDUP INI DENGAN MENDAPAT KEMULIAAN DARI MU-

    13 November 2011

    :*

    bermain dengan asal-usul kejadian manusia sebelum kita bakal bersemadi dengannya.

    "Ya Allah ! Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu, dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan melainkan Dikau, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dan dari kejahatan syaitan dan sekutunya dan daripada usaha diriku untuk melakukan kejahatan atau lindungilah ia ketempat yang selamat."

    12 November 2011

    [",]

    suka tengok anak ni solat, khusyuk semacam je.. hmmmm :)

    "O Allah, set right my religion, which is the protection of my affair; set right for me my world, wherin is my life and livelihood; and set right for me my hereafter, to which is my return; and make my life prosper for me by every good; and make my death a rest from every evil." 

    10 November 2011

    ^_^



    " apabila engkau berada di waktu PETANG
    maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu PAGI
    dan apabila engkau berada di waktu PAGI
    maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu PETANG
    ambillah peluang dari KESIHATAN-mu untuk masa SAKIT-mu, 
    dan masa HIDUP-mu untuk MATI-mu."

    02 November 2011

    T_T

    kadangkala,

    ujian itu...
    kita rasakan ia amatlah menyusahkan..
    membuatkan kehidupan kita terseksa...
    hampir membuat kita putus asa...

    tapi hakikatnya,

    ujian itu,
    mampu melahirkan sebuah kebahagian yang tidak pernah kita rasai...
    tanda betapa sayangnya ALLAH kepada kita yang tidak mahu kita terseksa di kemudian hari...
    membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri...



    رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

    Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu,

    dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami"



    oooo pok jiq...

    20 October 2011

    a.b.j.z

    11 October 2011

    akan.ta.may.ba

    tiada kena mengena dalam hal ini. ini hanya propaganda barat.
    .
    .
    .

    ishh!! kenape blur je ni? power mata aku tinggi sangat ke?

    taknaklah guna spek mata. tak stylo. i'm a macho man.

    rendam guna air paip pun ok ape. jernih dan murah lagi.
    guna kat mata je pun. kankan?

    pakai contact lens baru ke'macho'an-ku terserlah.
    baru menangis gadis-gadis jalanan melihatku nanti. ha ha ha!!

    bismillah. dengan ini aku memakai kanta lekap ini seadanya. amiin.

    wahh!! nampak ke'barat'an pada mataku yang biru ini.

    ha! baru jelas, terang lagi nyata tulisan ini.
    terima kasih "Phenom X" ( jenama kanta lekap )

    diorang ingat kita tidak wujud ka?
    terimalah balasan atas kekedekutanmu itu.

    inilah cara 'aku' memberontak. ada bran?

    inilah hasil daripada serangan bertali arus gila babi ku.
    gila ke babi 'aku' ini?

    kenalpasti masalah sebelum membuat hipotesis.
    yakin atau tidak, terpulanglah!

    prevention is better than cure. right? or left?

    rawatlah sebelum terambat. belum cuba belum tahu.
    ubat hanyalah medium, tapi Allah-lah yang Maha Penyembuh.

    p/s: *acanthameoba!!
    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.