Pages

    12 March 2010

    11 / 03 / 2010,,,

    ari khamis yang agak2 suam kepanasan ditambah pula dengan kelas/kuliah yang hampir2 memenuhi setiap ruang waktu, bermulanya kehidupan sebagai pelajar perubatan cawangan USIM generasi ke 5 yang begitu mencabar minda dan fizikal, serta tak tertinggal rohaninya seawal pukul 8.30minit pagi waktu semenanjung Malaysia...beginilah keadaan pelajar2 cemerlang yang bakal menerajui negara pada suatu masa nanti ketika sesi kuliah berlangsung dan selepas sesi pembelajaran........



    penat lelah tak mengerti dan tidak mengenal siapa mahupun seorang PM, jika penat menguasai diri serta menjajah minda...tiada siapa yang mampu menghalanginya daripada bermaharajalela seperti Adlof Hitler menawan negara2 yang dikehendakinya...

    ...................................................................................................................

    pada sebelah petangnya pula, selepas sahaja menunaikan fardhu zohor berjamaah di surau yang kecil molek di tingkat 11...ada la pulak matapelajaran Halaqah yang diterajui oleh seorang ustazah yang sentiasa mempunyai cerita bersiri( mengalahkan TV plak), iaitu Ustazah Rabiah bt Abdul Rahman...dan pada minggu ini, kumpulan yang disertai oleh Moja, Tasniim, Pingu dan Hasanah mengadakan persembahan lakonan yang berlandaskan cerita Tanggang yang telah dimodenkan mengikut zamannya..serta watak sebenarnya, Tanggang telah menjadi Tenggeng yang dilaksanakan oleh anak emas Ustaz Muhammad, Tasniim(niim,not,tata) dan lakonan mereka boleh la tahan hebatnya..selepas sahaja babak lakonan, ustazah membawakan ilmu tentang tayammum..cara2 tayammum ini telah dilakonkan kembali oleh Moja untuk menampakkan keadaan sebenar tayammum dengan menggunakan bedak Johnson&Johnson untuk menggantikan debu suci..berikut adalah babak2 tayammum yang berjaya dirakam pihak berkuasa...



    syukran jazilan...

    0 ungkapan:

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.