7.50am - setibanya di kampus. dan ia merupakan antara ketibaan kami yang terawal dalam sejarah penubuhan USIM. selepas kereta Myvi oren kesayangan Bob@Hafidz diparking mengikut kriteria JPJ di tingkat 7, kami ( bob, ammar, n c**n) bergegas ke kafeteria untuk melunaskan hutang kami terhadap perut..dengan hanya roti tuna dan 2 biji telur separuh masak (nyam2!!) serta teh tarik, ia mampu menewaskan nafsu makanku..sesi menjamu nafsu ini berlangsung dalam 15 minit...
8.15am - sebagaimana yang dijanjikan oleh pihak atasan bahawasanya kami akan bertolak ke destinasi yang dituju pada pukul 8.15 tidak ditepati...inilah JANJI MELAYU!! ~lalalala...dengan berbumbungkan matahari yang sentiasa senyum menaburi sinar2 panasnya yang juga mampu memaksa badan untuk menerbitkan cecair yang kurang disenangi selama beberapa minit ( adala dalam berbelas2 minit ), selepas itu kami mula menaiki bas panjang yang disediakan air-cond didalamnya dan secara rasminya bas menghidupkan enjin seterusnya tayarnya bergerak secara selari pada pukul 8.45 mengikut jam tangan yang setia menemaniku..perjalanan ini dikotori dengan kesesakan lalulintas yang hampir2 teruk dan melewatkan waktu ketibaan kami disana...
keadaan didalam bas sepanjang perjalanan.......
9.10am - bas bergerak dengan pantas bagi mengelakkan kelewatan yang terlampau dan melalui jalan Perwira 1 untuk menghantar pasukan yang diketuai bob dan seterusnya Perwira 2 untuk pasukan kami..jarak diantara rumah yang kami lawati dengan pasukan yang satu lagi begitu dekat tak sampai sekilometer dekatnya..
9.20am - tibanya kami di destinasi yang diimpikan selama ini..kami melaksanakan aktiviti2 yang telah dirancang sebelomnya selama 3 hari lamanya.. bla..bla..bla...bla...bla..pelbagai aktiviti dijalankan, membersihkan kawasan halaman, mencantikkan rumah dan paling penting sesi2 bersama insan2 istimewa..kerenah mereka menunjukkan mereka dahagakan suasana riang gembira serta meriah dengan tingkah laku mereka yang mencuit hati..
11.45am - kami mula bersiap2 untuk pulang serta menjamu selera bersama2 mereka dan sesi gambar bergambar yang sering menjadi topik utama dalam setiap lawatan. selepas ucapan terakhir dari Ishaq dan pengetua tempat itu, Suzy serta sesi penggambaran yang diteruskan sedikit lagi, kami bertolak pulang tepat pada pukul 12.01 tengahari dengan perasaan sedih,gembira,letih menyelubungi diri..BUBYE!! jmpe lagi di lain waktu...
antara gambar2 kenangan bersama mereka........
seorang yang agak2 pemalu...yang sentiasa dengan
PUMMA dan MAKKAN-nya..juga dikhabarkan menggemari kopi..
mentornya ialah j-doe...
PUMMA dan MAKKAN-nya..juga dikhabarkan menggemari kopi..
mentornya ialah j-doe...
ayat yang sentiasa dihadapan makanan sejak awal hingga akhir
j-doe kelihatan seperti insan istimewa berbanding orang disebelahnya
j-doe kelihatan seperti insan istimewa berbanding orang disebelahnya
............................................................................................................
p/s: beringatlah semasa waktu sihatmu sebelum tiba waktu sakitmu...
0 ungkapan:
Post a Comment