Pages

    Showing posts with label movie. Show all posts
    Showing posts with label movie. Show all posts

    25 December 2011

    sabtu itu.

    PAGI

    suatu pagi yang sabtu itu, aku bersama temanku ingin ke nilai. niat dihati nak sampai awal, tapi ada orang membaiki jalan membuatkan jalan kesesakan yang melambatkan masa perjalanan. mujur setibanya disana, ada orang-orang lelaki sedang berlari mengelilingi balapan menunjukkan aku sempat melihat acara roadrelay yang merupakan tujuan asal aku kesana. mereka (yakni pelari-pelari) berlari dengan sekuat tenaga bagi mengelak kehampaan tertimpa kepada diri sendiri, fakulti apatah lagi penyokong yang menyokong dari awal hingga akhir tanpa rasa segan dan silu. akhirnya berkesudahan dengan mereka berbaju hijau muda memenangi larian mengelilingi balapan 400 meter berganti-ganti sebanyak 7 kali sambil memegang baton kayu berbentuk silinder. beralih kepada kemuncaknya, puak-puak FMed dari pandan yang datang menaiki bas kelabu-biru yang bertolak pukul 7 lebih kurang merangkul kejuaraan keseluruhan SUFA pada tahun 2011 dengan pungutan mata sebanyak 101 mata hasil campuran 89 mata hasil kemenangan dengan 12 mata jumlah permainan yang disertai dengan mereka merangkul piala besi berwarna kelabu berkepala bulat disertai sorakan kegembiraan yang terbatas.

    "sapa habaq FMed hanya ngadap buku 24 jam. kami manusia. juga perlukan rehat." 




    TENGAHARI

    setamatnya penutupan di nilai, kami berehat sebentar di gv dan bergegas ke taman batu muda yang mana petronas, shell dan bangi kopitiam menjadi penanda aras bagi mengelakkan kesesatan menimpa. ketibaan menunjukkan kelegaan dan kelegaan mempamerkan kegembiraan dan kegembiraan adalah menghiburkan. pabila sesuatu ikatan itu sah, disitulah ada perkahwinan, dan disebalik perkahwinan itu ada majlisnya dan majlis itulah tujuan kami datang kemari. siapa sangka purple menjadi pilihan mereka.

    "sorang dari batu caves dan sorang duk dekat kota bharu,
    walaupun jarak jauh berbatu mereka bertemu,
    dan dengan keizinan Allah mereka menyatu,
    diserikan lagi dengan majlis yang penuh dengan ungu,
    ku harapkan bukan sahaja berkekalan sehingga anak cucu,
    malah biar kapan ke syurga pun mereka disatu."
        

    PETANG

    sehabis makan makanan yang disajikan buat pendatang yang datang, kami pulang. kami pulang ke wangsa walk mall untuk menonton wayang sherlock holmes yang berharga rm14 bagi sekeping tiket. walaupun aura ombak rindu sedang melanda malaya umpama tsunami, kami tetap kukuh dengan sherlock holmes yang penuh dengan aksi kesempurnaan. sempurna-sempurna aksi sherlock holmes pon, ada juga ketersalahannya. daripada berhabis duit untuk tiket yang penuh dengan aksi keranjang dan datin ghairah, baik tengok aksi yang penuh wow dan kesan efek yang umphh serta lawak yang haha.


    MALAM

    dan kami sudahi dengan makan di AS-SABA' yang aku membazir nasinya yang banyak. kesian dekat beratus-ratus titik peluh petani aku siakan. 


    -THE END-

    29 July 2011

    two is enough!!

    bismillahirrahmanirrahim...



    hari ini aku nak memaparkan satu movie dan satu drama pilihan aku.

    red cliff 1 & 2.
    aku mendownload cerita ini disebabkan buku 'kuasa kepemimpinan al-Fateh'.
    movie ini berdurasi selama 4 jam++.
    merupakan kisah benar tentang peperangan kejatuhan zaman Han.
    aku malas nak sinopsiskan cerita ini.
    tapi strategi yang digunakan untuk melawan pihak musuh yang lebih ramai memang cool habis.
    tentera yang sedikit mampu menewaskan tentera yang begitu ramai dengan strategi yang hebat.
    itu baru china.
    tapi cara al-Fateh menawan Konstantinopel (sekarang Istanbul) lagi hebat.
    kerna hanya pemimpin yang terbaik dan askar yang terbaik seperti dijanjikan Rasulullah ketika perang Khandak yang mampu menawan kota Konstantinopel yang telah ditawan oleh kaum kafir selama beratus-ratus tahun lamanya.
    untuk mengetahui secara lanjut bagaimana sultan Muhammad al-Fateh 2 menawan kota Konstantinopel, carilah buku-buku sejarah Islam, ataupun bacalah buku kuasa kepemimpinan al-Fateh.
    bukan promote, tapi mengajak! hu hu hu!!

    *dan malaysia pun boleh menang semalam jika strategi yang digunakan hebat, tak kesahlah lawan sepanyol sekalipun, jika taktik dan strategi yang digunakan hebat, nescaya tumbang juga juara piala dunia itu. dengan menyalahkan pihak lawan berdrama, tapi strategi yang digunakan untuk melawan pun tak hebat. macammana mahu menang? pandai buat, pandaila tanggung. itu pendapat aku, namun aku tetap malaysia!! huhu.



    red cliff the movie.



    city hunter.
    ha ha ha!!
    semalam tamat drama nih. fuhh!!
    emmm, ini aku tak tahu kenapa aku suka cerita ini.
    walaupun aku bukan peminat k-pop, j-pop, lolipop sekalipun.
    nak kata pelakonnya hensem-hensem dan comel-comel, memangbetul pun walaupun plastik semata-mata.
    tapi jalan penceritaannya yang aku suka walaupun berduapuluh episod.
    dan mengisahkan tentang realiti negara zaman sekarang.
    pemimpinnya mengamalkan rasuah sana-sini.
    dan rakyat juga menanggung beban atas kekhilafan seorang pemimpin itu.
    siti hanter (city hunter) umpama hero walaupun berniat untuk membalas dendam.
    membongkar kegiatan yang tidak sihat itu kepada mata-mata rakyat yang tidak tahu.
    dan begitulah seterusnya.
    aku malas nak sinopsis lagi.
    ha ha ha!!
    mujur drama ni habis sebelum ramadhan.
    dapat mengurangkan aktiviti menonton itu.
    alhamdulillah!!
    aku tak minat apa-apa jenis drama pun.
    ni munken last drama aku, except team medical dragon.
    hmmmm!!


    city hunter the drama.

    tigasatulima: banyak masa yang telah aku rugikan!!
    nasihat untuk semua...gunakanlah masa sebaik munken.
    kerna masa itu lebih tajam daripada pedang.
    "perjalanan menuju kematian bermula sebaik sahaja kita dilahirkan".

    18 July 2011

    prison break

    dimulakan dengan bismillahirrahmannirrahim...


    salam sejahtera.
    alhamdulillah, tamat sudah 13 episod drama Juvana yang diminati ramai, walaupun tidak sehebat nora elena.
    semua episod tengok tak kira live ataupun yang download.
    sebenarnya, aku bukan nak menceritakan sinopsis tentang drama ini.
    tetapi, aku tertarik dengan drama ini yang macam berkisarkan keadaan negara-negara sekarang secara langsung ataupun tidak.
    iya lah, jika warden raja itu dianggap seperti ketua negara, dimana yang suka songlap duit pelajar-pelajar ini, lebih kurang sahaja dengan pemimpin negara-negara yang suka menggunakan duit rakyat sesuka hati.
    tak kesah la di apa negara sekalipun, tetapi ia tetap berlaku.
    malah cikgu azmee, guard dan botak (sebelum insaf) ini boleh dikira sebagai pengikut ataupun balaci, tidak kira ia benar ataupun tidak, asalkan diorang disogok dengan wang, janji yang manis, pangkat dan sebagainya.
    manakala cikgu zakiah (cit, tak bertudung rupanya) ni boleh dianggap sebagai pihak pembangkang dimana dia menentang kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah, serta berusaha membetulkan minda pelajar-pelajar ke arah jalan yang lurus.
    daim, apek, ayam dan yang lain-lain boleh dianggap pemuda yang mahukan keadilan, sepakat dengan pihak pembangkang yang mempunyai misi dan visi yang sama untuk mengembalikannya kepada fitrah yang sebenarnya.
    biasalah, yang benar pasti menang.
    dan yang dusta pasti kecundang.
    walaupun ia mengambil masa yang lama.
    apa yang penting, usaha itu ada.
    kemudian, tawakal dan doa menyusul.
    sekian.



    dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
    "dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir."


    * berikut merupakan pelakon-pelakon utama drama ini. (aku sahaja meletakkannya)
    *kelik pada gambar untuk versi yang besar dan menarik tertarik.
    *tekan next/prev untuk gambar seterusnya/sebelumnya.




    laparkan harta dan zalim
    balaci, macam baik tapi hakikatnya jahat
    nampak jahat hakikatnya baik, stylo
    ingatkan bertudung, rupanya tidak, ish3!!
    kembali menjadi cikgu di sekolah wira bakti
    juara peninju asia
    ushawan yang berjaya
    ayah kepada 8 orang anak dalam masa 10 tahun. WOW!!
    jadi pak guard sekolah wira bakti


    ini adalah trailer juvana the movie.
    tiada zahiril adzim sebagai daim.
    tiada izreen azminda sebagai cikgu zakiah.
    tapi ada shilla tasha sebagai cikgu zakiah. YES!!


    tigasatulima: maaf merepek dimalam hari, itu hanya tanggapan aku sahaja.
    itu terpulang kepada anda.
    percaya atau tidak?
    bolos saja dinding itu!

    disudahi dengan alhamdulillah...

    02 July 2011

    betulkah aku ini ??

    this is what i always do...

    imam muda hassan adli bin yahaya- juara imam muda musim kedua

    jumaat punya yesterday.
    imam muda 2 tamat siarannya.
    penantian juga berakhir.
    imam muda hassan yang dinobatkan sebagai pilihan. (angka tiada makna)
    seperti jangkaanku, ia mengena.
    tahniah!!

    *beliau masih bujang, siapa-siapa yang berkenan boleh cucuk angin. ha he hi ho hu!


    selamat hari ummi. anda tidak tahu tak apa. its oke.

    baharu lepas menonton muvi "hari mama". (mama digunnakan dalam muvi ini, tiada ibu, umi, mummy, emak dan amma.)
    aku sebagai peminat muvi "SAW" harus menontonnya kerna direktornya pun pembuat SAW.
    karakter ibu memang sangat penting dalam mendidik anak.
    tetapi, jangan contohi ibu dalam movie ini.
    sekalipun syurga dibawah telapak kaki ibu, anak-anak jangan ikuti perintah ibu jika ibu semacam muvi ini.
    jangan jangan.
    muvi ini hanya untuk mereka yang mempunyai hempedu yang keras, darah yang pekat, dan semangat hantu.
    budak-budak yang masih belum boleh mengundi disarankan ditemani adik-adik jika tetap berdegil untuk menonton.

    *makanya, sayangilah ibumu selagi kamu mempunyai kesempatan untuk melakukannya...
    jangan ketika kehilangan baru teresak-esak menyesali diri...


    tu tu aku la yang berdiri tu...apahal pulak mamat tu ??

    jika mahu like, better like yang bawah...like dua-dua lah... hahaha

    kemarin.
    aku menyertai pertandingan "get behind your team" dari laman web liverpool.
    katanya kalau mesej sokongan kita mendapat "like" tertinggi, makanya akan dapat memenangi 2 tiket menonton liverpool.
    makanya, barangsiapa yang tangannya terasa gatal-gatal tu, silalah like yer.
    bukannya susah kemain pun.
    pergi ke my profile page, then click "like".
    ia pun akan jadi anda like this.
    after that, if you want to delete your fb.
    just do it.
    its fine. TQ!!

    *tulum menulum amalam anda. saya dah tulum. sudahkah anda? ha ha ha!! (sewel)

    tigasatulima: maaf jika tersasul jiwa, meracau hati, terangsang jiwa, terlampau minda!!
    kemaafan itu lebih baik.
    hati pun tenang.
    berdendam merosakkan jiwa.
    syukran ya!!!

    suatu hari di kordoba

    this is... this is... this is....

    tiket ini terbalik ataupun orang yang melihatnya terbalik

    optimus peraim ko tuh?
    (gambar yang dicetak rompak dalam wayang)

    bumbelbi memey pelik, jadi keto bersih gilo, jadi robot gap....calar situh, calar sinih..

    ayye masok meghoh berkolesterol tinggi...

    sedih weh ambo tengop gonih...

    pah teke teke tok tubik jugop...nok bertiok sero..

    salam sejahtero,
    semalam bersamaan dengan yaumul jumaah bertarikh 1 julei.
    selepas sahaja solat jumaat diselesaiyin beserta du'anya.
    angku bergenggas-genggas ke JJ untuk menuntun Teranspormes 3: Gelapnya Bulan Itu.
    walaufun harga tiketnya yang bukan 3D itu13 ringget waktu malaysia, aku tetap heypi kerna ia datang terus dari bulan tanpa perlu membuat bayaran.
    masuk fukol 3.30 keluar 6.15. (masyaAllah solat terlambat waktu)
    orang cakap citer itu berrating sampai 5.5-5.0/5.0, tapi aku cakap 3.5-4.0 je. (bukan rabun seni atau pekak seni)
    sebabnya ceriter itu tak mampu membuat aku meneteskan ayer mata lelaki. ha ha ha.
    cume ade beberape yang mampu, tapi ia dirahsiakan atas keselamatan negara.

    dan ada lagi,
    aku merasakan feras sebab dia memberitahu 1 julei boleh merayu-rayu.
    akan tetapinye, tiada pulak dalam perkhidmatan.
    oh e-wadi, oh al-tullabiyyah (HEP), oh permohonan kolej kediaman.
    mana janji-mu ??
    aku tertunggu-tunggu.
    tula, siapa suruh lupe daftar dulu. kan dah kena. fadan muke!!
    tigasatulima: kadangkala aku capek untuk berdoa,
    tetapi Allah tidak pernah capek untuk mendengar doa-doa-mu..
    (dari "DOA YANG MENGANCAM")

    18 May 2011

    akutakpahamini"맨발의 꿈"

    hi, aku baru je habis menonton filem korea yang bertajuk 'Barefoot Dream' yang dihasilkan pada tahun 2010. Walaupun cerita je korea, tapi ia dibuat di East Timor dan bahasanya pulak ade korea, indon, jepun ( jowo pon ado )....mula2, aku ingat cerita ni sempoi2 bahasa jiwa bangsa je, tapi lama kelamaan ia bertukar menjadi aweszing ( awesome+amazing) dan aku tanpa segan silu cuba memberikan 5 bintang sebab ceritanya bukan sahaja berkisarkan tentang bola, tapi ia turut menyentuh isu kemanusiaan dan banyak membawa mesej kebaikan, malah ia mampu membuatkan anda menitiskan air mata walaupun anda lelaki yang gagah. ini bukan jenaka. percaya atau tidak, bolos saja dinding itu......

    ini juga movie based on real story....nak tahu lebih lanjut...apa yang lanjut??...tekan saja link itu.....http://zefonsilves.blogspot.com/2010/10/football-coach-kim-shin-hwan-hailed-as.html

    hey, who says you can't dream big if you're poor ??
    maen-bal-eui ggoom = 맨발의 꿈

    * aku bukan fanatik k-pop atau j-pop apatah lagi m-pop,.... "ambil yang suci, simpan yang murni"
    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.