Pages

    25 December 2011

    sabtu itu.

    PAGI

    suatu pagi yang sabtu itu, aku bersama temanku ingin ke nilai. niat dihati nak sampai awal, tapi ada orang membaiki jalan membuatkan jalan kesesakan yang melambatkan masa perjalanan. mujur setibanya disana, ada orang-orang lelaki sedang berlari mengelilingi balapan menunjukkan aku sempat melihat acara roadrelay yang merupakan tujuan asal aku kesana. mereka (yakni pelari-pelari) berlari dengan sekuat tenaga bagi mengelak kehampaan tertimpa kepada diri sendiri, fakulti apatah lagi penyokong yang menyokong dari awal hingga akhir tanpa rasa segan dan silu. akhirnya berkesudahan dengan mereka berbaju hijau muda memenangi larian mengelilingi balapan 400 meter berganti-ganti sebanyak 7 kali sambil memegang baton kayu berbentuk silinder. beralih kepada kemuncaknya, puak-puak FMed dari pandan yang datang menaiki bas kelabu-biru yang bertolak pukul 7 lebih kurang merangkul kejuaraan keseluruhan SUFA pada tahun 2011 dengan pungutan mata sebanyak 101 mata hasil campuran 89 mata hasil kemenangan dengan 12 mata jumlah permainan yang disertai dengan mereka merangkul piala besi berwarna kelabu berkepala bulat disertai sorakan kegembiraan yang terbatas.

    "sapa habaq FMed hanya ngadap buku 24 jam. kami manusia. juga perlukan rehat." 




    TENGAHARI

    setamatnya penutupan di nilai, kami berehat sebentar di gv dan bergegas ke taman batu muda yang mana petronas, shell dan bangi kopitiam menjadi penanda aras bagi mengelakkan kesesatan menimpa. ketibaan menunjukkan kelegaan dan kelegaan mempamerkan kegembiraan dan kegembiraan adalah menghiburkan. pabila sesuatu ikatan itu sah, disitulah ada perkahwinan, dan disebalik perkahwinan itu ada majlisnya dan majlis itulah tujuan kami datang kemari. siapa sangka purple menjadi pilihan mereka.

    "sorang dari batu caves dan sorang duk dekat kota bharu,
    walaupun jarak jauh berbatu mereka bertemu,
    dan dengan keizinan Allah mereka menyatu,
    diserikan lagi dengan majlis yang penuh dengan ungu,
    ku harapkan bukan sahaja berkekalan sehingga anak cucu,
    malah biar kapan ke syurga pun mereka disatu."
        

    PETANG

    sehabis makan makanan yang disajikan buat pendatang yang datang, kami pulang. kami pulang ke wangsa walk mall untuk menonton wayang sherlock holmes yang berharga rm14 bagi sekeping tiket. walaupun aura ombak rindu sedang melanda malaya umpama tsunami, kami tetap kukuh dengan sherlock holmes yang penuh dengan aksi kesempurnaan. sempurna-sempurna aksi sherlock holmes pon, ada juga ketersalahannya. daripada berhabis duit untuk tiket yang penuh dengan aksi keranjang dan datin ghairah, baik tengok aksi yang penuh wow dan kesan efek yang umphh serta lawak yang haha.


    MALAM

    dan kami sudahi dengan makan di AS-SABA' yang aku membazir nasinya yang banyak. kesian dekat beratus-ratus titik peluh petani aku siakan. 


    -THE END-

    6 ungkapan:

    Connecting With My Own Soul said...

    wah. full sungguh perjalan hari sabtu. :D

    Faariis said...

    huhu.. besela, cuti 3 hari.

    are_liana said...

    untunglaaaaa....boleh berjimba sepenuh hari sabtu yang lalu.

    *apehal aku follow keskemaan kau? tak paham =_="*

    Faariis said...

    haha...skema sgt la tuh...

    dear anies said...

    da g wangsa walk tu apsal x sggh sini??

    Faariis said...

    sini tu mane?

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.