Pages

    12 February 2012

    who cares baby, i think i wanna marry you.

    wali : wahai Ahmad Faris bin Mohd Zulkafli.

    aku : ehemm, ye saya, ayah.

    wali : wah, belom akad da berayah-ayah ye. ok. dengan ini, saya nikahkan dikau Ahmad Faris b Mohd Zulkafli dengan anakku, ________________  dengan mas kahwin sebanyak __________  tunai.

    aku : aku terima nikah ______________ dengan mas kahwin ___________ tunai.

    saksi-saksi : soh doh towww!!

    usai sahaja dengan sekali akad dan pengesahan dari saksi dibuat, termeterailah sebuah ikatan yang sah lagi halal dan terbinalah sebuah masjid yang insyaAllah kukuh selamanya. *bukan selamanya harimau malaya*

    "dan kini aku telah menjadi suami. suami kepada si dia. segala tanggungjawab yang dipikul oleh ayah si dia sebelum ini, sekarang telah menjadi hak milikku," berkata hati kecilku.  

    kemudiannya aku bersenyum. bukan untuk bertalam 2 muka atau bermuka buku. tetapi aku telah berjaya. berjaya membuatkan syaitan menangis terguling-guling bagai nak rak. kerna usaha mereka untuk mengajak manusia mendekati zina langsung tidak berjaya. dan aku terus tersenyum.

    hadis yang dibacakan oleh ustaz Asri yang mengajar Feqah masa tingkatan 2 dari Rasulullah yang bersabda: " Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan." masih terngiang-ngiang ditelinga aku. 

    ahhh. aku cuba menepis segala bisikan minda dan mainan hati. 

    tanpa berfikir panjang, aku pergi kepada si dia dan terus menyarungkan cincin ke jari si dia dan mencium dahi si dia melengkapkan upacara pembatalan air sembahyang. selepas itu, tanpa menghiraukan kamera-kamera yang dihalakan kepada kami, aku menarik tangan si dia untuk menjamu selera bersama-sama dek memandangkan perut tengah berkeroncong sejak sebelum akad nikah lagi.

    ditengah aku berjalan menuju ke tempat makan, tanpa aku sedari ada sebuah bata dihadapan ku. aku pun terus berjalan sambil memimpin si dia dan tiba-tiba dengan tidak disengajakan, aku tersepak batu itu dan aku jatuh keseorangan kerna aku sempat melepaskan tangan si dia. dan aku pun pengsan.

    kemudiannya, aku tersedar dan perlahan-lahan aku buka mata. aku sedari tiada si dia disisiku melainkan roomateku yang tidur kenyenyakan.

    "ceyh! mimpi rupanya, dah la kejap je mimpi. tak sempat nak bermanja-manja ngan si dia lagi. huh! mungkin sebab penat pergi majlis kawin mael-anie, bro remy dattebayo-kak amirah dan bro yusoff-kak hani tak hilang lagi ni," mengeluh aku sambil mengelap peluh-peluh nipis di dahi.

    dan tidak semena-mena air mata terkeluar di celahan mata. rasa suam-suam kuku membasahi pipiku.

    "mungkin ini pula disebabkan kekalahan liverpool tadi," getus hati dengan syahdunya.







    semoga menjadi keluarga yang bahagia. dan diberkati Allah. dan kekal ke syurga.
      
    bersama akh remy dattebayo di taman sri langat. berbelas kali U-turn baru sampai.
    enjoy bersama kawan-kawan dulu sebelum kahwin. 
    nanti nak enjoy bersama si dia pulak.
    ha ha!!

    tigasatulima:
     cerita diatas rekaan semata-mata. 
    tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.
    peace yo!!

    26 ungkapan:

    Bintul-el-Bakr said...

    mg bile lagi chanchan..dah siap mimpi tuhhhhh :p

    Faariis said...

    haha. cepatnye. em, aku? tengah tunggu si dia laaaaa. :D

    TasniimAHY said...

    si diaaaa?? aaarrrr, sape2 tu, sape tu....? hahahaha...

    Faariis said...

    TasniimAHY> hahaha.. si dia? entah la. tengah tunggu la sape si dia tu. huuuu~ :P

    Haziyah said...

    kalau betul pun apa salahnya..nak kad~!

    Faariis said...

    insyaAllah, bakal betul. huhu. kad? kena ada si dia dulu laaaa.. :D

    Anonymous said...

    ade je org nye..cume die kate bleh x tggu pas blaja

    ^Laila^ said...

    sdak make kt kenny rogers toww~~ :p

    p.s: cpt2 la chan.. napok mace xsbr jah tuu~ hu3.. nop kad!

    are_liana said...

    cambest kan tengok orang kawen~~~ nanti kau kawen, jemput aku!! si dia dah menanti dah tuuu....HAHA!

    p/s : kim salam kat doe senget!

    Faariis said...

    anonymous> owh. da ade ek? jodoh di tangan Allah. kalau ada jodoh, insyaAllah tak kemane-mane. huuuu~

    ^laila^> meme sedap pon, 1st tyme etep. haha. sabar lagih ni. kad nanti tunggu nak print nih. haha!!

    are_liana> mmg besh, lagi2 kalau sendiri kawen. insyaAllah aku jemput. mane si dia?? haha!
    "doe, ada makcik kirim salam"

    aiman_masri said...

    dale hati ado tamey.... jange main....

    Faariis said...

    aiman_masri> sapo tow? buke ambo. ambo dale hati ado injap.

    chemay said...

    hape kaitan dengan liverpool kalah pulak?
    hihihi

    Faariis said...

    chemay> xde la, kan semalam liverpool kalah ngan MenyU, ade kaitan la tu. haha

    reenapple said...

    ceh... aku baru je nak congrats... tetiba mimpi la pulak.. hehehe

    semoga cepat ahwin ya..=)

    Faariis said...

    huhuhu. insyaAllah. xpe, congrats skarang pon xpe.

    Koding said...

    Koding Berkata:
    nak bagi tau...
    dah folo awk...
    takde kotak jerit ke??

    Faariis said...

    owh. oke. memang xde kotak jerit pon. haha.

    ChaCha said...

    tak lama dah le tu... :P

    c'axoera ヅ said...

    kaweeeeen eyh.....hmmmm ntah bila plak huk2

    LidiaSuraya said...

    wah wah kenny rogers.. nyummy ngan si dia makan apa plak?

    zana said...

    singgah kat sini smbil mengomel :)

    Cik Nurul said...

    ceyh! mimpi plakss.. cecepatlah kawen.. wajib sgt dah tu.. muahahahaa *kidding* :P

    chemay said...

    bila nak apdet ni faaris?

    KhaiRin : anies said...

    amboooiii kemain lg!

    ahmad suhaib said...

    haha. tak tahan, belum habis akad dh panggil ayah. blh try buat kt realiti nnt. :D

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.