transformers 315: Dark of The Mung!!
aku bersama kawanku, A dan B ke MPH yang letaknya di dalam Midvalley di Kuala Lumpur. tujuan aku hanyalah untuk cuba menghabiskan voucher biru kehijauan bernilai rm50 sebanyak 4 keping hasil pemberian daripada kerajaan kepada pelajar.
"aku nak beli air 50 tin, baru dalam seratus. seratus lagi belilah buku." niatku dalam hati.
setibanya disana, aku terus mencari-cari peti ais sambil bertanya-tanyakan jurujual dan penyusun buku tentang kewujudan peti ais berisikan air tin. namun, kesemua jawapan mereka mengecewakan aku. maka aku terpaksa menukar perancangan sebab aku tahu perancangan Allah yang Maha terbaik. riak muka aku yang mulanya menunjukkan kekecewaan kembali pudar. aku terus berpusing-pusing mengelilingi MPH yang agak besar serta ratusan pengunjung yang mungkin turut mempunyai tujuan yang sama sepertiku sampai tegang leher dibuatnya.
aku terus berjalan mengikut haluan kakiku tanpa menghiraukan lagi A dan B. sambil berjalan, mata aku turut menoleh kiri dan kanan kalau-kalau ada sesuatu yang menambat hati. tiba-tiba...
ting tong... ting tong...
"perhatian kepada semua pengunjung, kami selaku pekerja MPH ingin menutup kedai dalam masa 10 minit lagi. kami pun ada rumah juga nak balik, suami dan anak pun kena jaga. maka, bolehlah pilih buku terakhir atau terus bayar di kaunter hadapan dengan segera," bersuara salah seorang pekerja menggunakan hailer.
"ahhhh...tak sempat nak jenguk-jenguk buku da nak tutup, baru dua jam kot aku duk sini," marah aku sambil melihat jam ditangan menunjukkan 5 minit sebelum pukul 10.
aku pun dengan pantasnya mengambil apa sahaja buku yang terbentang di hadapan mata walau tanpa membaca sinopsisnya dahulu dan terus ke kaunter pembayaran. tanpa beratur, aku terus meletakkan buku-buku aku di atas kaunter sambil mengendahkan kata-kata sinis dan ketidakpuasanhatian orang yang beratur kerna aku tahu mengumpat itu seperti memakan daging saudara yang telah mati. disamping mengeluarkan voucher, mereka juga meminta kad pengenalan untuk mengelakkan penipuan yang biasanya dilakukan oleh pihak atasan kononnya menggelapkan voucher-voucher pelajar untuk kepentingan masing-masing. setelah memberikannya, jurujual itu tersenyum sipu melihat kad pengenalan aku yang retak seribu dan serba klasik.
"senyum pulak, ya lah sejak dari form 2 sampai sekarang, camtulah jadinya. tahula buruk," kata aku sambil mengetap bibir.
"bukanlah, senyum sebab hensem sebenarnya."
"terima kasih, yang tu saya memang tahu itu. dan belilah ye," ucap aku sambil berakad jual beli.
"sama-sama. ish, berlagak betol. juallah ye dan jangan lupa datang lagi," balas si jurujual dengan senyuman berterusan.
malam itu, aku pulang bersama buku-buku dan jurujual itu. kawanku pula menghilang entah ke mana. Alhamdulillah!!
Buku-buku aku
Buku A
dapat voucher percuma untut pembelian seratus keatas. cepat selagi masih ada.
tigasatulima:
innalillahiwainnailaihirajiun.
masuk-masuk asrama pun da kena musibah.
cuti seminggu pun da kena diceroboh pencuri.
setiap perkara itu ada hikmahnya!
setiap perbuatan itu ada balasanya!
13 ungkapan:
da abes yeh voucher kau guna ??
aku ada lagi 2 keping,,hehe
nnt mmg nk terjah mPH Mid Valley gaks :P
lom abes lagi, tinggal seratus plus voucher 10 hengget. xtaw da nak beli buku ape. fenin2
balance tu blanje sy je la
haha..boleh, tapi ganti ngan duet btol..huuuu :p
boring punya cerita *carik pasal* HAHAHAHA!!!
p/s : novel Hlovate : contengan jalanan. try la bace.
haha...carik pasal plak..
p/s: buku apekah itu?
ingat kau sorang je boleh psiko aku? *carik gaduh* HAHAHAHA!!
novel. hlovate penulisnyee..try la bace.... tagline untuk novel ni "contengan pengalaman mencari tuhan"
hlovate:contengan jalanan
hahha.. xpsycho pon.. ko je trase dipsiko..*xbersalah*
ade jual ke buku ni? nme cm besh...huhu
kau tak boleh dah psiko aku. aku kebal *poyo*
mesti la adeee...aku baru je habes bace. tu yang semangat rekeman kat kau. ngeeee :D
haha. wahhh!! gile kebal ko. *rolling eyes*
owhh..begitu. nanti aku cari.*malas membaca*
semalam gi MPH, kul 9.30 dah nak tutup... benganggg jek -_-"
smpat beli 2 buku je gune 1 kupon. so xdptla voucher percuma tu..ngeee
hahaha cool giler topeng tu :D
mmg taknak hapdate blog eyh heheh
Post a Comment