Pages

    Showing posts with label bola. Show all posts
    Showing posts with label bola. Show all posts

    27 November 2011

    senyum dalam haru.

    ha. aku tergelak kecil.


    tak sangka mulut ku masin. tak kesahla masin ke tak.
    yang pentim aku harapan ku menjadi realiti.
    bukanlah fantasi.


    bukan untuk menjatuhkan. tapi sebagai pengajaran.
    agar kita tidak mudah lupa.
    siapa kita sebenarnya.


    jangan ketika dipuncak, belang menjadi-jadi.
    tapi bila dibawah, hilang menyepi.


    SEKIAN. TERIMA KASIH. YeNuWA!!!


    mesti rindu kan dengan penangan fakri.
    tu la, bila takde baru rindu.
    dah ade, buat-buat benci. ha.

    26 November 2011

    new/s

    salam... salam maal hijrah 1433

    setiap tahun mesti akan ada azam masing-masing. 
    mesti yang mantap-mantap punye azam ni.

    alhamdulillah. 

    dan kalau yang tak tercapai azam last year, boleh dienjakkan kepada tahun baru.
    azam-azam juga, biar buat lah.
    tapi kalu azam untuk jadi lebih jahat, baek berenti slaluh.
    kita dok haw bilo masonyo roh bercerai dari jasad.
    bilo-bilo maso jah, tanpo didugo dan dijangko.
    munken ni tahun terakhir kito, esok pon dok tahu lagi guano.
    maso tok menunggu kito. 
    hargoilah yang ado itu, kerno yang ado itulah merupokan harape kito.


    "makonyo, ambo disini memohon maah atah saloh silak spanje hidup ambo, tok kisoh tahun lepas or sebelom-sebelomnyo. semogonyo marilah kito bersamo-samo berhijroh, yakni gi alah ko jale hok diredhoi-NYO..."

    insyaAllah.
    AMIIN.

    "haraknyo bialah tahun ni lebih comey, lebih moleklah berbanding hok dulu-dulu."

    seri duo kosong nge sek kapong. 
    fitness xdop, position out, men kelaut.

    22 November 2011

    tanpa disangka

    alhamdulillah...menang kowt..

    fuhh, sape yang tengok tahulah bagaimana debarannya.
    tapi tak leh lawan debaran tengok liverpool main...
    lagi berdebar aku...

    tapi macam mana pun, tahniah buat harimau malaya (hebat macam tigecyclin) sebab mampu merebahkan garuda, dengan bantuan kehebatan "fakri saarani and the gang". tanpa fakri saarani, keputusan mungkin berubah dan mana tahu tanpanya malaysia akan tewas. 

    lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat itu.

    bertuah kot jadi fakri saarani. main cam siput gondang pon, tetap boleh pingat mas. ditambah pula pahala orang yang mengutuk-ngutuk beliau, mungkin berjuta kot dapat pahala free-free je malam ni. puas. lega. tengok-tengok balik ni dapat dato', sape tahu. ha ha ha.



    oghe kelate ghupenye demo...
     gomo 'abe yie' gomo

    29 July 2011

    it's just fantasy!

    bismillahirrahmanirrahim..




    di petang penghulu segala hari yakni jumaat yang mendung bagai nak hujan.
    aku tiba-tiba tiada kerja.
    bukan kerja bergaji yang dimaksudkan.
    tapi tiada benda yang nak dibuat.
    kan lebih elok jika dibuat sesuatu yang berfaedah.
    tapi aku memilih sesuatu yang tak berfaedah.
    iaitu aku dengan begitunya pergi ke laman sesawang FANTASy PREMIEr LEAGUe. [tekan jika taksudi]
    walaupun dah berabad aku main binatang ini, aku tetap suka.
    sebab aku suka jadi manager.
    ha ha ha!!
    sejak dari form 1-2 lagi menjadi manager secara fantasi.
    bilekah aku boleh menjadi manager liverpool?
    ha ha ha!!


    [kelik pada gambar untuk imej yang lebih besar]
    fantasy premier league.


    ini pula pemain yang diserapkan ke dalam pasukan aku.
    pasukan yang bernama 3-1-5 fC.
    akan memakai jersi merah membara.
    dengan hanya berbekalkan 100 juta pound.
    inilah kesebelassan utama aku.


    reina
    clark-baines-clichy
    lennon-n'zogbia-pennant-lee chung young-downing
    suarez-odemwingie

    ada berani mahu cabar pasukan 3-1-5 fC?
    kalau berani join 'liga 315'.
    ni codenya: 521702-143527.
    tiada hadiah.
    just for fun.
    hu hu hu!!



    it's my team. are you ready?

    tigasatulima: majulah sukan fantasi untuk negara fantasi!!
    ha ha ha!!

    28 July 2011

    harimau mengeow dimalam jumaat.

    bismillahirrahmanirrahim..


    alhamdulillah.
    tamat sudah perlawanan timbal balik di stadium bukit jalil.
    berbekalkan keputusan 5-3 dengan singapura.
    dan mencatat keputusan 1-1 disini.
    maka agregatnya 6-4 jika mengikut sistem perkiraan matematik.
    aku sudah menjangka yang sang harimau akan tumbang kepada taring sang singa.
    berdasarkan perlawanan pertama lagi, malaysia tampak longlai lesu.
    pemilihan pemain utama juga menjadi persoalan.
    malah pertukaran pemain pun tidak bertepatan.
    siapakah yang harus dipersalahkan?
    penonton hampir 90 ribu membanjiri dan menyokong.
    namun ia tidak memberi sedikitpun kesan.
    dengan permainan yang mengamalkan hantaran jauh.
    tambah lagi dengan membawa bola terlalu lama. (bajet pandai dribble)
    serta first touch yang kurang menjadi.
    menjadi aspek perbezaan cara permainan rimau dan singa.
    cara permainan yang terbaiklah yang akan menang.
    tak kiralah jika lawan pemain import sekalipun.
    apa yang perlu semangat sepasukan.
    bukan semangat ke-se-ekor-an.



    kalau maen pakai baju kunim lagi semat!! baru ada ciri kemalaysian gitu!! kunim go kunim!!!
    kaler biru kesukaan raja memakan tuan. percaya kepada kaler untuk menang memang cendol, kalau camtu, baek maen tak payah pakai baju, menang punye!! tula, syirik kaler lagi, biru pula akan dicerca nanti. nanti ada la, biru pembawa sial. ha ha ha!!


    tigasatulima: giler untung FAM malam ini.
    boleh la perbesarkan surau di stadium bukit jalil.
    hu hu hu!!

    16 July 2011

    kamu tidak akan berjalan keseorangan!!

    this is official...


    [lokasi dirahsiakan]
    [tarikhnya 16 julai 2011]
    [berpukul 10.36 malam]


    abe mat: fuhh!! ko tengok ke tadi liverpool lawan malaysia XI? macam besh.
    faariis: macam tengok, cuma aku tengok kat televisyen je. itu pon aku tengok siaran langsung je kot.
    abe mat: aku pun macam pergi tengok kat stadium. terasa macam penuh je stadium tadi, munken tiket tak habis jual rasanya.
    faariis: wah!! gila kentang putar kau pergi stadium tengok bola. macam fanatik.
    abe mat: itu sudah kemestian! sampai waktu maghrib pun tertinggal. you'll neva walk alone!!
    faariis: lu memang sempoi bro. gua memang amat shuke sama lu. gua tak kesah lu fanatik bola ka, lu pegi stadium ka, janji solat tu, lu tunaikan!! ingatkan solat lambat tadi, tu pon gua nak marah kaw-kaw lu, ni lu terus-menerus tinggalkan ia, memang gua nak sentap lah muka lul!!

    gedebakk gedebukk!! satu pasang tumbukan padu ala-ala arnold susah-nak-eja hinggap di pipi abe mat. darah merah likat mengalir bagai air terjun lata tembakah dari mulut abe mat.

    abe mat: STOP!! STOP!! dont do this to me. macam sakit pipi aku ini. aku tak habis berbicara lagi, ko tak bagi chance pun untuk aku menerangkan asbab musabab aku tertinggal itu. kan aku sekarang bekerja kat london, pagi tadi baru sampai malaysia sebab isteri aku bersalin anak kembar 6. esok malam aku kena pulang da kena pulang da sebab boss bagi cuti sehari semalam. dan alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan tu, aku pergi la tengok bola kat stadium. ko pon tahu aku peminat liverpool. memandangkan aku musafir, so aku solatlah jama' ta'khir. maka, tertinggallah waktu maghrib sebab gua solat maghrib dalam waktu isyak. ok?
    faariis: maafkan gua, abe mat. gua pukul sebab gua sayangkan lu. lu pun kenal gua. gua dengan lu kan sama. ehem, dan memandangkan malam ini malam nisfu syaaban, jom lakukan apa yang patut!!
    abe mat: gua tahu lu tak sengaja. gua maafkan lu. jom bersama-sama!!

    mereka pun beredar tanpa diketahui arah yang ditujui. sekian.


    *berikut adalah gambar-gambar yang tak disengajakan. sila kelik pada gambar untuk melihat dengan lebih canggih. harap maaf jika ada yang tersinggung.


    MALAYSIA XI 3-6 LIVERPOOL



    rupanya ayah-ayah pemain malaysia yang menentang liverpool tadi.
    free kick safiq rahim memang terbhaekk wokk!!
    jay melompak mengelak mahali.
    charlie adam macam hapi skor penalti je pun.
    baju untuk mereka yang mempunyai perasaan asobiyah melampau.
    sape nak sir, ambe nak due. banyok sikik.
    ejaan liverpool mengikut huruf arab komputer. love & passion pallo!!
    nak suh bina stadium pulak da. duit sapa nak guna?
    bagi yang tengok dalam kebiruan?? apakah yang biru itu??
    macam tak hepi je budak-budak ni, orang besa pulak terlebih hepi.
    "gila kencang rembatan budak kecil berbaju besar ini," ngomel abang pakeko.


    tigasatulima: cerita itu hanya rekaan semata-mata,
    tiada kaitan dengan yang masih ada mahupun yang telah tiada,
    mohon maaf dipinta jika ada terkasar bahasa, tersilap kata.
    salam sejahtera untuk semua.

    13 July 2011

    four-three, four-nil

    this is pre-season friendly...


    dua perlawanan persahabatan yang berbeza.
    berlangsung di negara yang berbeza.
    dan pasukan-pasukan berentap yang berbeza.
    malah dijelmakan dengan keputusan yang berbeza.
    serta turut menghasilkan dua cerita berbeza.


    1) guangdong sunray cave fc 3-4 liverpool YNWA
    -stadium china, 8.00 malam.
    -kelab vs kelab.


    [tekan pada gambar untuk yang lebih jelas nyata lagi terang.]











    2) malaysia XI 0-4 arsenal the gunner
    -stadium nasional bukit jalil, 8.45 malam.
    -negara vs kelab.


    tigasatulima: malaysia kalau macam ni la main, ada chance ke nak menang lawan singapura.
    baru jumpa arsenal, belum liverpool lagi tuh. takut naya la kena rembat lagi.
    apa-apa pun, astro terbhaekk!! malaysia lawan arsenal tara tunjuk,
    liverpool lawan guangdong ada live....ini macam ka astro!!
    gua bayaritu astelo, lu kasi live ma.....

    12 July 2011

    akanku cuci malaysia!!


    this is malaysia...welcome to malaysia..


    saya leftenan ardudu, merupakan pilot untuk penerbangan ini,
    selamat datang ke malaysia,
    kapal terbang sudah pun mendarat di KLIA,
    dan waktu tempatan menunjukkan pukul 9 pagi,
    suhu disini 36 darjah selsius dan cuaca agak mendung,
    sekali lagi,
    terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines,
    semoga anda berpuas hati dengan hospitaliti yang disediakan,
    berjumpa lagi pada lain waktu,
    trruuuttttt...

    begitulah lebih kurang ucapan terakhir seorang pilot sebelum mengakhiri penerbangan.
    aku pon da lupe betol ke idak dia punye ucapan.
    tapi lebih kurang la.
    yang terkurang ditambahkan.
    yang terlebih dihalalkan.
    aku pon malas nak tulis,
    aku cume nak test image viewer je..
    so, alang2 tu..kena la wat satu post.
    memandangkan asenel baru tiba di malaysia tanah tumpah darahku.
    aku apa lagi, menggunakan photo yang ada.
    nak buat pasal bersih 2.0, da berlambak di pasaran.
    so, thats all for this time.
    see you at bukit jalil.

    prediction: harimau malaya 0-4 arsenal

    *so, enjoy da pictas...tekan pada gambar, then untu ke gambar seterusnya, ada butang next...cubalah!! jangan malu-malu, tapi boleh pegang-pegang gambar itu.
    halal dan tiada fitnah. InsyaALLAH!!















    tigasatulima: gua tak kira lu cesc fabregas ka,
    lu asene wenger ka,
    harimau malaya ni gua pegang!!

    06 July 2011

    a happy warrior

    this will make you happy...

    1. if you are kelantanesse

    skuad kijang kelantan yang bukan sahaja megah dihutan, namun di Liga Super.

    eh! taw la skor dua gol tadi...tapi pakai la seluar..isk3..tidak kemaluan betol la.


    baru semeta takdih jah, tokde sapa duo seje duo lagih.
    aponamo nih kelate mene liga supo.
    oghe ghoyak kali petamo nih mene nih.
    ambo pon dok tahu la sebak dok minat mano bola nih.
    ambo minat gimrama, nga berene kupu-kupu jah.
    apo-apo pom, segulung tahnioh la buat pemain-pemain hok main dok besunggoh tuh.
    ambo nok jah bia kaloh takdi, wi pengajare kali keduo.
    main dok besunggoh mano, sapo tok tekke.
    sapa ado hok sakik tekok, palo lutut, keno gaut nga gastrik pom ado.
    main bia semangat po ganung gak.
    mene puah hati gituh.
    meh (match) ngelah key.
    nok patoh kaki ko, patoh tule blikak ko takpo.
    asalkey demo puah, ambo pom puah.
    dey puah tu gak, jange bia gitu pulop.
    gi basuh la deh!! ha ha ha...
    GKG...
    kawe minat kelate walaupon maen tok sedak...ko wano??




    2. if you are liverpoolian@liverpoolesse (liverpool fan)

    charlie adam yang dahulunya terkenal di dalam PES, sekarang mampu bermain bola.

    doni merupakan bekas pemain bola lisut peringkat daerah sao paolo,
    dan kini menukar kerjaya kepada penjaga gawang.


    ehem..iya yahu.
    liverpool bakal mendapatkan khidmat kapten jiran sekolam liverpool, iaitu blackpool.
    pemain itu ialah Charlie a/l Adam.
    harga yang ditetapkan setelah tawar menawar dianggarkan sebanyak 9 juta. (tidak termasuk cukai tanah)
    dan seorang lagi yang bakal menyarung jersi kebangsaan liverpool ialah pakcik Alexander 'The Worst' Doni.
    dia bakal menjadi backup goalie kepada abang Pepe 'The Bold' Reina.
    pernah dibolosi Man U 7 kali dalam satu match. WTD!!

    tigasatulima: hanya minat menonton sukan, tetapi malas untuk bersukan...
    langsung tidak menyihatkan badan, malah mampu merosakkan badan...
    geleng-gelengkan dan selamat bersukan..

    05 July 2011

    1, 2, 3, 4, 5.....prittt!!

    this is too late bro...
    salam.
    aku dah 2 hari terlambat.
    bukan apa pun, kemalasan telah melanda.
    sebagaimana yang telah seluruh penduduk malaysia pun tahu.
    malaysia layak ke pusingan kedua dalam kelayakan piala dunia.
    walaupun tewas, namun jaringan ditempat lawan menyelamatkan malaysia.
    based on title above, what is that means?
    ha ha ha!!

    satu bermaksud hanya satu pasukan layak, iaitu malaysia.
    dua pula merupakan jaringan malaysia tak kira di malaysia ataupun di taipei.
    tiga ialah pemberian sepakan penalti daripada repree yang berat sebelah kepada chinese taipei.
    empat adalah jaringan agregat bagi malaysia dan chinese taipei.
    dan lima pula mengenai tarikh hari ini, lima haribulan julai tahun dua ribu sebelas ( 05072011 ).

    ini pula gambar yang sempat dicapturekan oleh kameraman yang singgah di taipei.

    .
    .
    .
    .
    .


    dari kiri: norshahrul, amirulhadi, s. kunalan, fadhli shas, mahali jasuli,
    abdul hadi, safiq rahim (c), amar rohidan, aidil zafuan dan sharbinee alawi.

    sepakan free-kick aidil yang menerjah jaring pada minit ke-7
    -free-kick berkelas dunia...wokk-

    sepakan percuma dari kapten safiq melencong ke kanan gawang taipei
    -taraf david bekam-



    dan ini kami tak setuju dan sukai!!!
    entah bile pernah entah tengok bola.
    peminat MU no.1 boleh.
    tapi bukan no.1 TRW.
    kembar aku, SM5 baru betul no.1.
    kan kan kan!!

    setakat nombo di jersi tiada makna.

    tigasatulima: abang abang abang...
    abang sokom liverpool, kelate.
    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.