Pages

    Showing posts with label panduan. Show all posts
    Showing posts with label panduan. Show all posts

    04 November 2011

    Alhamdulillah


    selepas tamatnya kuliah jumaat Tok Guru Nik Abdul Aziz...(tengok melalui portal KTV)


    ada seorang pemuda Sabah memeluk Islam yang asalnya dari kristian malah dengan tanpa pengetahuan keluarganya.




    "رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ"


    semoga ditetapkan hatinya kepada Islam dan berpegang teguh kepada Islam


    "Allahumma ati nafsi taqwaha, wa zakkiha Anta khairu man zakkaha,
     Anta waliyyuha wa maulaha."

    02 November 2011

    T_T

    kadangkala,

    ujian itu...
    kita rasakan ia amatlah menyusahkan..
    membuatkan kehidupan kita terseksa...
    hampir membuat kita putus asa...

    tapi hakikatnya,

    ujian itu,
    mampu melahirkan sebuah kebahagian yang tidak pernah kita rasai...
    tanda betapa sayangnya ALLAH kepada kita yang tidak mahu kita terseksa di kemudian hari...
    membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri...



    رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

    Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu,

    dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami"



    oooo pok jiq...

    31 July 2011

    salam ramadhan!!

    bismillairrahmanirrahiim..

    since tomorrow will be our first dy of ramadhan, so i am happily writing about ramadhan.
    just read it if you want.


    1. ramadhan is the month of al-Quran.
    - Allah says (which means), the month of ramadhan in which was revealed the Quran, a guidance for mankind....
    [al-Baqarah: 185]

    2. ramadhan is the month in which sin is being forgiven.
    - on the authrity of Abu Hurairah r.a, that The Prophet sallallahu 'alayhi wa sallam said, those who fast due to their belief (iman) and are hoping for rewards from Allah, then their previous sins will be forgiven.
    [narrated by al-Bukhari and Muslim]

    3. ramadhan is the month in which the prayer will be granted and being freed from the Hell.
    - on the authority of Jabir Ibn Abdillah r.a, that The Prophet sallallahu 'alayhi wa sallam said, verily in each day of the ramadhan, Allah will liberate some people from the Hell, and each Muslim has one prayer which surely will be granted.
    [narrated by Ibn Majah, al-Bazzar; the narrators are trusted]

    4. ramadhan is the month in which the devils are chained, the gates of paradise/heaven are opened and the gates of the hell are closed.
    - on the authority of Abu Hurairah r.a, that one day The Prophet sallallahu 'alayhi wa sallam gave good news to his companions, he said, there has come to you the month of ramadhan, the month that full of blessing, Allah has ordered you to fast in that month. in this month, the gates of heaven are opened and the gates of the hell are closed, besides, the devils and jinns are chained. in the month of ramadhan, there is one night that is better than 1000 months. whoever is hindered to get the goodness (rewards) of that night, that means she/he has been hindered to get the goodness (plenty of it).
    [narrated by Ahmad, al-Nasa'i, this hadith has been considered sahih by Shu'aib al-Arnaut]

    5. the rewards of minor pilgrimage (umrah) in ramadhan is equal to the (rewards of) performing Hajj (pilgrimage).
    - from Ibn Abbas r.a, The Prophet sallallahu 'alayhi wa sallam said, the value of (rewards) from performing minor pilgrimage (umrah) in ramadhan is equal to (the rewards) from performing hajj (pilgrimage).
    [narrated by al-Bukhari]

    tigasatulima: ramadhan kareem!!


    14 July 2011

    what do you know about five ?????

    this is about 5ive...

    are you ready for this ??
    ready or not...
    3...2....1... go!!

    numbur lima.
    ia adalah............

    jikalau mengikut kaligrafi ini, ia menunjukkan numbur lima.tapi bukan ini.

    dan bukan band click five ini yang dimaksudkan...
    malah bukan juga mengenai cerita hawaii five-o
    apatah lagi berkaitan dengan muvi fast five ini...
    begitu juga dengan apetah band five ini...



    ehem ehem hmmm...

    begini.
    al-kisahnya.
    Abu Laits as-Samarqandi adalah merupakan seorang ahli fiqh yang terkenal dan termasyhur.
    pada suatu ketika, dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan rasulada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

    maka salah seorang nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.
    engkau dikehendaki berbuat,
    pertama: apa yang engkau lihat (hadapi), maka makanlah ia,
    kedua: engkau sembunyikan,
    ketiga: engkau terimalah,
    keempat: jangan engkau putuskan harapan,
    dan yang kelima: larilah engkau daripadanya."

    pada keesokan harinya, nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit yang berwarna hitam.
    nabi itu kebingungan sambil seraya berkata, "aku diperintahkan untuk memakan benda pertama yang aku hadapi, tetapi ia sungguh aneh dan sesuatu yang mustahil untuk melaksanakannya."

    maka nabi itu terus mengorak langkah menuju ke kaki bukit itu dengan harapan untuk memakannya.
    ketika sahaja dia menghampirinya, secara tiba-tiba bukit itu mengecil sehingga menjadi sebesar buku roti.
    maka nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke dalam mulutnya.
    bila ditelan, ia terasa sungguh manis bagaikan madu.
    dan, nabi pun mengucapkan kalimah syukur 'Alhamdulillah'.

    kemudian nabi itu meneruskan perjalanannya, lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas.
    serta merta dia teringat arahan dalam mimpinya supaya disembunyikannya, lantas nabi itu menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkan.
    tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ditanam itu.
    nabi itu pun menanamkannya kembali sehingga tiga kali berturut-turut.
    maka berkatalah nabi itu, "aku telah melaksanakan perintah-MU."
    lalu dia meneruskan perjalanannya tanpa disedari olehnya yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

    ketika dia sedang berjalan,tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil.
    kemudian terdengarlah rintihan burung itu merayu, "wahai nabi Allah, bantu dan tolonglah aku."
    mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya.

    melihat keadaan itu, lantas burung helang itu datang menghampiri nabi itu sambil berkata, "wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku telah mengejar burung itu sejak dari pagi tadi.
    oleh itu, janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
    nabi itu teringat pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh memutuskan harapan.
    dia menjadi buntu untuk menyelesaikan perkara itu.
    akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepada helang itu.
    setelah mendapat daging iu, helang itu pun terbang dan burung kecil tadi turut dilepaskan dari dalam bajunya.

    selepas kejadian itu, nabi meneruskan perjalanannya.
    tidak lama kemudian, dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia bergegas lari dari situ kerna tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.
    setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah nabi itu ke rumahnya.
    pada malam itu, nabi pun berdoa.
    dalam doanya dia berkata: "ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-MU sebagaimmana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

    dalam mimpi, beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,
    "Yang pertama engkau makan itu ialah marah.
    pada mulanya ia nampak besar seperti bukit, tetapi pada akhirnya jika kamu bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
    kedua: semua amal kebajikan dan kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
    ketiga; jika seseorang itu menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
    keempat: jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun engkau sendiri berhajat.
    kelima: bau yang busuk itu ialah 'ghibah' (menceritakan hal seseorang).
    maka larilah dari orang-orang yang sedang berkumpul sambil membuat ghibah."

    tigasatulima: tajuknya ialah kisah lima perkara aneh.

    27 January 2011

    yA ALLAH, LiNDunGiLaH kAMi!!

    syukur Alhamdulillah, Engkau masih memberiku peluang untuk bertaubat

    Bersyukur tidak hanya cukup dengan melafazkan Alhamdulillah. aku nak bercakap tentang apa yang kita semua lalui pada hari-hari kita.. mane yang betul, mane yang tak betul, mane yang bagus, mane yang tak bagus, mane yang bajet macam bagus..heh!

    begini, aku lihat kita ini kurang sangat bersyukur, aku sendirilah terutamanya. bersyukur sekadar melafazkan di bibir, kire ok lah kau masih ingat untuk mengucapkan Alhamdulillah tu. tapi ramai jugak yang tak mampu untuk buat bende simple itu. lepas makan, lepas bersukan, lepas bangun tido, lepas sembuh dari sakit, lepas lulus dalam exam, dan banyak lagi benda yang kau perlu ucap syukur. hatta setiap mudarat dan ujian yang kau terima, bersyukurlah! kerana itu tanda Allah masih peduli pasal kau. jangan sampai Allah malas nak amik peduli pasal kita..nauzubillah.

    bersyukur dengan perbuatan kau.. pastikah kau buat? bagaimana Rasulullah yang maksum itu sampai bengkak-bengkak kaki solat, bila ditanya oleh isterinya Siti Aisyah radhiallahuanha, kenapa Nabi s.a.w. masih solat sampai bengkak-bengkak kaki sedangkan Nabi s.a.w. dijanjikan terampun dosa yang telah lalu dan akan datang. jawapan Nabi s.a.w. ringkas, padat, tepat dan jitu, “salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur..”

    begitu sekali untuk menjadi hamba yang bersyukur. setakat jage solat 5 waktu, nak kate kita hamba yang bersyukur? haha. balik awal la bai.. tak layak langsung kan. bagaimana dalam kehidupan kita seharian perlu hadirnya rase syukur setiap saat.. setiap oksigen yang kita sedut Allah tak suruh kita bayar seposen sekali sedut, tak perlu kau kena bagi arahan kat jantung kau supaya berdenyut dan kalau kau terlupa untuk suruh kau akan mati serta merta, banyak lagi yang kau perlu syukuri.

    aku tak berapa faham, bagaimana kebanyakan rakyat malaysia berfikir. bila audition AF, malaysian idol, mentor, my star LG, boleh kate lebih setengah juta yang hadir. maksudnya, lebih dari setengah juta rakyat malaysia mahu jadik artis.. oh! itu yang mempunyai keberanian untuk pergi, yang menyimpan hasrat dalam hati kat rumah bagaimana? tentu ramai lagi bukan? inilah rasukan media dalam kehidupan kita tanpa disedari.

    aku cuma terfikir, bagi mereka yang ade wajah boleh pergi, cantik atau kacak sikit, tapi suara macam hantu, mesti akan cakap, kalaulah suara aku sedap, mesti hot gile aku.. yang suara sedap tapi muka tongkang pecah, kalaulah muka aku cantik/hensem, mesti market gile aku.. oh, itukah doa kau? haha. pegi mampus.

    doalah semoga diberi kefahaman agama. ramai yang terlupa untuk doa sedemikian. hanya berdoa untuk kecantikan fizikal untuk kehidupan duniawi. walhal kau perlu bersyukur dengan setiap nikmat yang kau miliki itu, dan mohonlah diberi kefahaman agama. bila kau faham agama, segalanya akan baik2 saja dalam hidup kau insyaAllah. jadilah hamba yang bersyukur. fahami agama untuk diamalkan! bukan pakai skirt pendek hampir cecah kemaluan, tapi bila ditanya ciri-ciri calon suami, kau mahukan suami yang beriman!! bukan pakai baju nampak lurah, dedah sane sini, tapi bila dikecam kerana seksi, jawapan kau “pun saya seksi, tetapi saya masih tahu batas2 agama. saya tidak lakukan perkara-perkara yang tidak senonoh..” holahola!! inikah jawapan yang kita dedahkan kepada anak2 kita? lindungi kami Tuhan.

    14 June 2009

    ~cAR sECuRiTy sYsTeM~


    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.