Pages

    Showing posts with label gilo. Show all posts
    Showing posts with label gilo. Show all posts

    18 March 2012

    Pendikir Lara.

    hamlo koko...
    samassekoto...
    hamlo koko samassekoto samjodil barjani...
    cepat-cepat naik ke pentas kito nok perform ni...

    ta ta ta ta tabooor.
    la la la la lagi.

    hey hey heyyy hey hey hey heyyyyy.....
    la la laaa la la laaaaa.....

    Hey assalamualaikum...
    Awop-awop hok mano maghi...
    Maghilah denga, kami berdikir...
    Dikir pasal kehidupey doktor... doktor... doktor.

    Namo kami gagok puteh...
    Depe puteh, belake hitey...
    Depe semak doh, blake koho semak...
    Ini semoo kejadie Tuhe... Tuhe... Tuhe.

    Bakal-bakal doktor di dale dewe ini...
    Tuntutlah ilmuuuu, jange mudoh tidooow...

    Bangun pagi-pagi baco quran betol niat,
    Balik alek pete baju semuo jadi mashee...

    Male-male stadi jange sapa tido lewat...
    Bangun alek pagi gi kelas jange bushukk..

    Maso dale lecture, jange gurau jange sengguk...
    Hok comeynyo tekun, terus paham terus hafal...

    Bo doktor starow demo... blanar blanar blanar..
    Bo panda starow demo... blanar blanar blanar..
    Bo rajin starow demo... blanar blanar blanar..

    Hok peting... comey perangai...
    dan hok peting... senyum sopmo...

    Bo kiut starow demo... blanar blanar blanar..
    Bo mashe starow demo... blanar blanar blanar..
    Bo omey starow demo... blanar blanar blanar..

    Hok comey... ngaji quran...
    dam hok class... baco mathurat...


    Ini kesoh hidop doktor...

    Yang sangat budimey...
    Kijo sie kijo maley...
    Eaaaa... Nok tolong oghe...



    Hidup soghe doktor...
    Penuh nga cabarey...
    Tidok cukup tido...
    Keno kijo sie maley...



    Ore jerik adu-adu...
    Timbul raso sie...
    Lutut hok raso kendur...
    Tibo-tibo raso hiley...



    Makey jugok minum...
    Tidok tentu maso...
    Maley atau sie...
    Tido tidok jenegho...



    Hati raso sayu...
    Tok dey selamat nyawo...
    Raso sesal dan saloh...
    Hinggo sokmo-sokmo...



    Maso duk ngaji...
    Penuh pancarobo...
    Maso enam tahun...
    Raso tidok seleso...



    Keno rajin belaja...
    Bia buleh jayo...
    Takut kecewa... 
    Perasaan ibu bapo...



    Demikie kisoh kito...
    Kami sudoh crito...
    Pahit manis susoh sene...
    Hidup doktor kito...



    Beribu saloh kami dikir hari ni...
    Maafkanlah kami semuo...
    Tapi sayyang....
    Tahun ini tahun akhir kami...
    Semoga kito akey berjumpa lagi... 

    B: HAPISHHH...
    C: ye bapak.
    B: kenapa kamu tak datang talk pagi tadi?
    C: ini semua salah bapak!! banyak sangat wat program.
    B: HAPISHH... (sambil tampa Hapishh)
    C: begitulah kehidupey doktor x20




    tigasatulima: sedey tokleh kekalkey kejuaraan. dzouk xmaghi. 
    tahniah 1st yer. osem performance.

    07 February 2012

    ber-MPH-ing.

    transformers 315: Dark of The Mung!!




    aku bersama kawanku, A dan B ke MPH yang letaknya di dalam Midvalley di Kuala Lumpur. tujuan aku hanyalah untuk cuba menghabiskan voucher biru kehijauan bernilai rm50 sebanyak 4 keping hasil pemberian daripada kerajaan kepada pelajar. 


    "aku nak beli air 50 tin, baru dalam seratus. seratus lagi belilah buku." niatku dalam hati.


    setibanya disana, aku terus mencari-cari peti ais sambil bertanya-tanyakan jurujual dan penyusun buku tentang kewujudan peti ais berisikan air tin. namun, kesemua jawapan mereka mengecewakan aku. maka aku terpaksa menukar perancangan sebab aku tahu perancangan Allah yang Maha terbaik. riak muka aku yang mulanya menunjukkan kekecewaan kembali pudar. aku terus berpusing-pusing mengelilingi MPH yang agak besar serta ratusan pengunjung yang mungkin turut mempunyai tujuan yang sama sepertiku sampai tegang leher dibuatnya.


    aku terus berjalan mengikut haluan kakiku tanpa menghiraukan lagi A dan B. sambil berjalan, mata aku turut menoleh kiri dan kanan kalau-kalau ada sesuatu yang menambat hati. tiba-tiba...


    ting tong... ting tong...


    "perhatian kepada semua pengunjung, kami selaku pekerja MPH ingin menutup kedai dalam masa 10 minit lagi. kami pun ada rumah juga nak balik, suami dan anak pun kena jaga. maka, bolehlah pilih buku terakhir atau terus bayar di kaunter hadapan dengan segera," bersuara salah seorang pekerja menggunakan hailer.


    "ahhhh...tak sempat nak jenguk-jenguk buku da nak tutup, baru dua jam kot aku duk sini," marah aku sambil melihat jam ditangan menunjukkan 5 minit sebelum pukul 10.


    aku pun dengan pantasnya mengambil apa sahaja buku yang terbentang di hadapan mata walau tanpa membaca sinopsisnya dahulu dan terus ke kaunter pembayaran. tanpa beratur, aku terus meletakkan buku-buku aku di atas kaunter sambil mengendahkan kata-kata sinis dan ketidakpuasanhatian orang yang beratur kerna aku tahu mengumpat itu seperti memakan daging saudara yang telah mati. disamping mengeluarkan voucher, mereka juga meminta kad pengenalan untuk mengelakkan penipuan yang biasanya dilakukan oleh pihak atasan kononnya menggelapkan voucher-voucher pelajar untuk kepentingan masing-masing. setelah memberikannya, jurujual itu tersenyum sipu melihat kad pengenalan aku yang retak seribu  dan serba klasik.


    "senyum pulak, ya lah sejak dari form 2 sampai sekarang, camtulah jadinya. tahula buruk," kata aku sambil mengetap bibir.


    "bukanlah, senyum sebab hensem sebenarnya."


     "terima kasih, yang tu saya memang tahu itu. dan belilah ye," ucap aku sambil berakad jual beli.


    "sama-sama. ish, berlagak betol. juallah ye dan jangan lupa datang lagi," balas si jurujual dengan senyuman berterusan.


    malam itu, aku pulang bersama buku-buku dan jurujual itu. kawanku pula menghilang entah ke mana.  Alhamdulillah!!





    Buku-buku aku
    buku-buku B

     Buku A
    dapat voucher percuma untut pembelian seratus keatas. cepat selagi masih ada.


    tigasatulima: 
    innalillahiwainnailaihirajiun.
    masuk-masuk asrama pun da kena musibah.
    cuti seminggu pun da kena diceroboh pencuri.
    setiap perkara itu ada hikmahnya!
    setiap perbuatan itu ada balasanya!

    25 December 2011

    sabtu itu.

    PAGI

    suatu pagi yang sabtu itu, aku bersama temanku ingin ke nilai. niat dihati nak sampai awal, tapi ada orang membaiki jalan membuatkan jalan kesesakan yang melambatkan masa perjalanan. mujur setibanya disana, ada orang-orang lelaki sedang berlari mengelilingi balapan menunjukkan aku sempat melihat acara roadrelay yang merupakan tujuan asal aku kesana. mereka (yakni pelari-pelari) berlari dengan sekuat tenaga bagi mengelak kehampaan tertimpa kepada diri sendiri, fakulti apatah lagi penyokong yang menyokong dari awal hingga akhir tanpa rasa segan dan silu. akhirnya berkesudahan dengan mereka berbaju hijau muda memenangi larian mengelilingi balapan 400 meter berganti-ganti sebanyak 7 kali sambil memegang baton kayu berbentuk silinder. beralih kepada kemuncaknya, puak-puak FMed dari pandan yang datang menaiki bas kelabu-biru yang bertolak pukul 7 lebih kurang merangkul kejuaraan keseluruhan SUFA pada tahun 2011 dengan pungutan mata sebanyak 101 mata hasil campuran 89 mata hasil kemenangan dengan 12 mata jumlah permainan yang disertai dengan mereka merangkul piala besi berwarna kelabu berkepala bulat disertai sorakan kegembiraan yang terbatas.

    "sapa habaq FMed hanya ngadap buku 24 jam. kami manusia. juga perlukan rehat." 




    TENGAHARI

    setamatnya penutupan di nilai, kami berehat sebentar di gv dan bergegas ke taman batu muda yang mana petronas, shell dan bangi kopitiam menjadi penanda aras bagi mengelakkan kesesatan menimpa. ketibaan menunjukkan kelegaan dan kelegaan mempamerkan kegembiraan dan kegembiraan adalah menghiburkan. pabila sesuatu ikatan itu sah, disitulah ada perkahwinan, dan disebalik perkahwinan itu ada majlisnya dan majlis itulah tujuan kami datang kemari. siapa sangka purple menjadi pilihan mereka.

    "sorang dari batu caves dan sorang duk dekat kota bharu,
    walaupun jarak jauh berbatu mereka bertemu,
    dan dengan keizinan Allah mereka menyatu,
    diserikan lagi dengan majlis yang penuh dengan ungu,
    ku harapkan bukan sahaja berkekalan sehingga anak cucu,
    malah biar kapan ke syurga pun mereka disatu."
        

    PETANG

    sehabis makan makanan yang disajikan buat pendatang yang datang, kami pulang. kami pulang ke wangsa walk mall untuk menonton wayang sherlock holmes yang berharga rm14 bagi sekeping tiket. walaupun aura ombak rindu sedang melanda malaya umpama tsunami, kami tetap kukuh dengan sherlock holmes yang penuh dengan aksi kesempurnaan. sempurna-sempurna aksi sherlock holmes pon, ada juga ketersalahannya. daripada berhabis duit untuk tiket yang penuh dengan aksi keranjang dan datin ghairah, baik tengok aksi yang penuh wow dan kesan efek yang umphh serta lawak yang haha.


    MALAM

    dan kami sudahi dengan makan di AS-SABA' yang aku membazir nasinya yang banyak. kesian dekat beratus-ratus titik peluh petani aku siakan. 


    -THE END-

    27 November 2011

    senyum dalam haru.

    ha. aku tergelak kecil.


    tak sangka mulut ku masin. tak kesahla masin ke tak.
    yang pentim aku harapan ku menjadi realiti.
    bukanlah fantasi.


    bukan untuk menjatuhkan. tapi sebagai pengajaran.
    agar kita tidak mudah lupa.
    siapa kita sebenarnya.


    jangan ketika dipuncak, belang menjadi-jadi.
    tapi bila dibawah, hilang menyepi.


    SEKIAN. TERIMA KASIH. YeNuWA!!!


    mesti rindu kan dengan penangan fakri.
    tu la, bila takde baru rindu.
    dah ade, buat-buat benci. ha.

    22 November 2011

    tanpa disangka

    alhamdulillah...menang kowt..

    fuhh, sape yang tengok tahulah bagaimana debarannya.
    tapi tak leh lawan debaran tengok liverpool main...
    lagi berdebar aku...

    tapi macam mana pun, tahniah buat harimau malaya (hebat macam tigecyclin) sebab mampu merebahkan garuda, dengan bantuan kehebatan "fakri saarani and the gang". tanpa fakri saarani, keputusan mungkin berubah dan mana tahu tanpanya malaysia akan tewas. 

    lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat itu.

    bertuah kot jadi fakri saarani. main cam siput gondang pon, tetap boleh pingat mas. ditambah pula pahala orang yang mengutuk-ngutuk beliau, mungkin berjuta kot dapat pahala free-free je malam ni. puas. lega. tengok-tengok balik ni dapat dato', sape tahu. ha ha ha.



    oghe kelate ghupenye demo...
     gomo 'abe yie' gomo

    11 November 2011

    XI

    11 = kalau satu je, sebelas
    11.11 = da kalau dua, jadi la dua belas
    11.11.11 = tapi kalau da tiga tu, berbelas-belas la jawabnya

    aku tyme ni tido asenye... qoilullah katenye


    apa ada pada 11.11.11?


    1. ulang hari keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V, Tuanku FARIS (ehem2) Petra yang ke 42. [ Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar :D ]
    2. berbondong-bondong manusia mendaftar untuk berkahwin. [ alhamdulillah, Selamat Pengantin Baru, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat :), aku bila plak? ]
    3. senior ku diijab kabulkan. [ Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khair, sedey tak dapat gi T_T ] 
    4. pembantu khas Dato' Husam Musa, Kamarulzaman Hj Abdullah meninggal dunia. [ innalillahi wainna ilaihi raji'un, semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh :I ] 
    5. ramai ibu-ibu memaksa anaknya dilahirkan walaupun dengan caeserean. [ isk3, tak patot... tak patot, cian kat baby tu ]
    6. munken ada orang menyambut hari kemunculannya di dunia ini. [ umur da meningkat, amalnya pon patot meningkat la kan? peringatan buat diriku ] 
    7. ada pasangan yang memilih untuk memulakan per'kapel'an. [ cendol ke hape manusia cenggini? ]
    8. ada juga suami isteri yang sah menyambut ulangtahun perkahwinan. [ semoga terus berkekalan hendaknya ]
    9. malah ada yang memandai-mandai membuat perkiraan matematik, iaitu 111111 x 111111 = 12345654321. [ so what? ]
    10. dengan disengajakan, cerita 11-11-11 pun mula ditayangkan dipawagam. [ macam tak besh je cite ni ]
    11. aku gi solat jumaat. [ satu kewajiban. untuk muslimin yang cukup syaratnya, tak kesahla tarikh bile2 pon ]


    fuhh, cukup gak sebelas. apa pun, tiada apa pun. tarikh hanyalah nombor dan nombor adalah angka. tiada apa pun. yang penting Allah s.w.t itu Esa, yakni SATU. 



    tak cukup satu... dimanakah satu itu?
    cukuplah SATU itu untukku.

    "benjo double special"
    aku ingatkan 2 je telur, 
    lupe plak 'special' gune telur jugak, 
     3 telur la makannya,
    terlebih telur suda.


    "Allahumma inni a’udzu bi ridhooka min sakhotik wa bi mu’afaatika min ‘uqubatik, wa a’udzu bika minka laa uh-shi tsanaa-an ‘alaik, anta kamaa atsnaita ‘ala nafsik"

    tigasatulima: XI seertinya 11

    23 October 2011

    SABAR dan terus berSABAR.


    di saat kita terasa kehilangan,
    ia memerlukan kesabaran.

    ketika kita terasa kesedihan,
    ia memerlukan kesabaran.

    apabila kita terasa tertekan,
    ia memerlukan kesabaran.

    bilamana kita terasa kekalahan,
    ia memerlukan kesabaran.

    dan jika kita mengalami ke'seri'an,
    lagi-lagi dengan team baru naik,
    dengan berdozen-dozen percubaan,
    ia tidak memerlukan kesabaran....tapi,
    IA AMATLAH SANGAT MEMERLUKAN 'LUCK'!!

    *argghhh!! tension gile tengok liverpool v norwich, dah la pukul 12.30 main. tensen2.
    SABAR2!!

    da banyak kali bersabar tengok liverpool main....arghhh!!!

    admin: bersyukur dengan apa yang ada.
    1 mata pun 1 mata lah daripada takde mata.
    bila takde mata, buta lah jawabnya.

    11 October 2011

    akan.ta.may.ba

    tiada kena mengena dalam hal ini. ini hanya propaganda barat.
    .
    .
    .

    ishh!! kenape blur je ni? power mata aku tinggi sangat ke?

    taknaklah guna spek mata. tak stylo. i'm a macho man.

    rendam guna air paip pun ok ape. jernih dan murah lagi.
    guna kat mata je pun. kankan?

    pakai contact lens baru ke'macho'an-ku terserlah.
    baru menangis gadis-gadis jalanan melihatku nanti. ha ha ha!!

    bismillah. dengan ini aku memakai kanta lekap ini seadanya. amiin.

    wahh!! nampak ke'barat'an pada mataku yang biru ini.

    ha! baru jelas, terang lagi nyata tulisan ini.
    terima kasih "Phenom X" ( jenama kanta lekap )

    diorang ingat kita tidak wujud ka?
    terimalah balasan atas kekedekutanmu itu.

    inilah cara 'aku' memberontak. ada bran?

    inilah hasil daripada serangan bertali arus gila babi ku.
    gila ke babi 'aku' ini?

    kenalpasti masalah sebelum membuat hipotesis.
    yakin atau tidak, terpulanglah!

    prevention is better than cure. right? or left?

    rawatlah sebelum terambat. belum cuba belum tahu.
    ubat hanyalah medium, tapi Allah-lah yang Maha Penyembuh.

    p/s: *acanthameoba!!

    04 October 2011

    babi-shiall !!








    03 September 2011

    al-kesah hari raya

    bismillahirrahmannirrahiim.

    eja pun xreti ke? ade ke LAHIR. hu hu hu!!

    huarghhhh!!
    dapat jugak berkoneksi dengan internet sesudah lama ketiadaan internet di kampung.
    nama pun balik beraya di kampung, kalau ada astro, internet, apatah lagi parabola...takdelah keheningan berada di kampung itu. orang kata 'feel' kampung tu takde.
    lagi-lagi ada bunyi cengkerik bersahut-sahutan menggantikan kokokan ayam, lagilah rasa kampung tu. ha ha ha!!
    rumah pon kenalah berkayu, dengan atap zinknye lagi yang ade bocor-bocor kalau hujan tiba. fuhh, memang terasa kampunglah.
    kisah diatas tiada kena mengena dengan postku kali ini. aku tiada perasaan untuk menulis panjang, kalau kutulis jua, mahu 2-3 jam baru siap, itu pon tanpa berhenti dimana-mana perhentian R&R.
    ku cuma mahu simple is pimple je. kankankan!!
    itulah kisah rayaku.



    ni baru 2 family, family-ku dan mok teh's family bersama-sama mok dan che'.


























    bersama mek, nenek arwah umi dan pok su awie di ayer lanas.






















    walaupun beraya, durian jugak yang dicari. mujur ade lagi yang gugur.



























    dirumah dato' pa pada hari raya ketiga. dapat makan meja VIP wookkk!!





















    disamping membuat rumah terbuka aidilfitri, dato' pa juga menyambut 2 menantu dari sabah dan johor...


    .


    tapi apakan daya, dah raya sekali pulak dengan merdeka yang ke 54 kan. merdeka jugaklah abang-abang dan kakak-kakak syaitoon. bertebaranlah kembali untuk menggiatkan aktiviti menghasut ma'nusia kepada kejahatan. jahat-jahat-jahat. dan aku pun menerima kesannya.
    pulang sahaja dari kampung dari pukul 1.30 petang, tiba di Key eL pada pukul 8 lebih, dan sampai di rumah pukul 10. bukak sahaja pintu utama. damn!!
    cehh!! rupanya ada orang berparti ketika kami pulang beraya.
    inilah dipanggil musibah. musibah raya.
    dan seeloknya, jika ditimpa musibah, apa yang patut kita buat anak-anak?

    haa, pandai pun. sebutlah "inna lillahi wainna ilaihi raji'un" dan boleh tambah lagi "allahumma' jurni fi musibati, wa akhlifli khairan minha."
    dah la bukan satu rumah je, ada lagi satu rumah dibelakang rumahku. memang beraya sakanla dihari raya makhluk-makhluk halus itu. yelah, dalam 90% balik kampung, sape nak ade.
    diorang memang licik, letak gam gajah kat ibu jari, so takdelah kesan thumbprint kat mane-mane, tapi kesan tapak tangan banyak. ceroi punye pencuri. (ni polis la bagitahu, modus operandi pecah rumah satu lagi pon same.)
    ni kalau ditangkap si pencuri ni, pastu tanya, kenapa mencuri? mesti jawab, da syaitan da merdeka. diorang suruh saya mencuri. ha ha ha!!

    ada grill pun xde makna. abis ngan wayar telepon terputus.
    no phone, no internet. dush3!!

    abis bilik macam rumah bujang senang.
    wahai pencuri, ingat senang ke nak kemas balik.
    curik, curik la. pastu kemas la balik.

    habis rantai emas arwah umi dikebas.
    mujur ade kotak henpon je, henponnye tarak.

    nah, amek kau penyamun selamat jalan dari raul meireles. it's not me k!!
    moge-moge kau dapat hidayah dan petunjuk. kalau dijalankan hudud, dah takdo da eh tangan ekau.
    makan ngan kaki la jawabnyo.

    tigasatulima: salam syawal untuk semua!!
    maah zaher dan baten.
    halalkan makan dan minum.
    kembalilah kepada fitrah yang sebenar.
    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.