Pages

    Showing posts with label lucu. Show all posts
    Showing posts with label lucu. Show all posts

    22 November 2011

    tanpa disangka

    alhamdulillah...menang kowt..

    fuhh, sape yang tengok tahulah bagaimana debarannya.
    tapi tak leh lawan debaran tengok liverpool main...
    lagi berdebar aku...

    tapi macam mana pun, tahniah buat harimau malaya (hebat macam tigecyclin) sebab mampu merebahkan garuda, dengan bantuan kehebatan "fakri saarani and the gang". tanpa fakri saarani, keputusan mungkin berubah dan mana tahu tanpanya malaysia akan tewas. 

    lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat itu.

    bertuah kot jadi fakri saarani. main cam siput gondang pon, tetap boleh pingat mas. ditambah pula pahala orang yang mengutuk-ngutuk beliau, mungkin berjuta kot dapat pahala free-free je malam ni. puas. lega. tengok-tengok balik ni dapat dato', sape tahu. ha ha ha.



    oghe kelate ghupenye demo...
     gomo 'abe yie' gomo

    11 August 2011

    mari bermercun. [18SG]

    bismillahirrahmanirrahim..


    muka serius menjalani ibadah puasa.


    as-salamu 'alaikum.
    sudah 11 hari rupanya kita dibulan ramadhan.
    dan fasa kedua iaitu fasa 'maghfirah' pula dilalui setelah fasa rahmat telah pun berlalu.
    sebegitu pantas masa berlalu.
    ting tang ting tang, tengok-tengok esok dah nak raya.
    munken itulah salah satu tanda kecil kiamat, masa dirasakan begitu singkat.

    dan sejak dua tiga empat hari lepas, banyak keratan-keratan akhbar menunjukkan bahana akibat bermain mercun dengan tidak mementingkan keselamatan diri sendiri.
    yang hebatnya, banyak pulak kejadian berlaku di kelantan. (munken dekat sangat dengan rantau panjang kot.)
    bukan sahaja budak-budak hingusan sahaja yang terkena tempias mercun ini, malah golongan berbulu lebat dan berjanggut bermisai pun ada terkena.
    dan kebanyakan yang mengalami musibah 'mercun automatik meletup' ni disebabkan rasa hebat, bangga diri nak membuat mercun brand sendiri, dan tak lupa juga akibat gurauan biawak rakan-rakan yang menganggap mercun ini seperti LEGO, BAKUGAN, dan DASHANKURO.

    sebenarnya, aku pon pernah mengalami situasi ngeri ini, tapi alhamdulillah masih cukup lima jariku ini.
    ceritanya begini.
    ia berlaku sewaktu aku berada dalam bulan ramadhan dan aku form 1 ketika itu dan ketika itu juga aku tinggal di rumah bapa saudara-ku kerna aku duduk di asrama.
    pada suatu malam yang dingin ketika minggu pertama ramadhan, aku tidak semena-mena merasa marah.
    lalu ku gapai sebiji mercun bola yang ku beli rm10 untuk 100 biji, dan secara tidak sengaja aku ternyalakan sumbu mercun bola itu.
    dan memandangkan ketika itu aku berada di dalam rumah, dan semua tingkap dan pintu tertutup rapi, aku tiada cara lain melainkan memegang mercun bola itu.
    dan "KEBABOOM!!"



    inilah beddil bola yang dimaksudkan.


    mercun bola itu meletup di tangan kanan-ku.
    aku melihat darah membeku di jejariku dan penuh kesan koyakan, letupan dan kehancuran di jejariku.
    tapi alhamdulillah, walaupun ia meletup di tangan, jariku masih lima sekalipun ada kuku yang tercabut.
    hmmmm!!
    itu tidak risaukan, aku cuma risaukan bapa saudara-ku sedar tentang bunyi itu, mujur sesiapapun tidak mendengarinya walaupun ia berlaku didalam rumah.
    aku tidak terus memberitahu bapa saudara-ku, malah aku tidur dalam keadaan tangan sebegitu rupa.
    dan keesokan harinya ketika waktu bersahur, memandangkan ia berlaku di tangan kanan, macam mana mau makan.
    so, aku terpaksa memberitahu bapa saudara-ku, dan aku pun sudah lupa macam mana aku bersahur ketika itu.


    ini bukan jari-ku, tapi lebih kurang sama dengan aku la,
    aku pegang mercun tu dengan tiga jari ni la. isk3!


    pagi itu, aku ke klinik panel untuk mendapatkan rawatan susulan.
    tiada jahitan, cuma cucian atas kesan darah beku yang terkumpul di tangan-ku.
    dan tiada dalam akhbar mengenai kisah aku dan mercun bola ini di dada-dada akhbar. ha ha ha!!
    selepas kejadian itu, aku masih tidak serik, dan masih bermain seperti biasa. huuuu~


    oleh itu, beringatlah sebelum kena, bila dah putus jari, baru terhegeh-hegeh buat muka frust.
    pastu cakap kat akhbar, saya sudah serik, inilah kali terakhir saya mendengar perkataan mercun ini.
    tup tup, tengok-tengok lepas tu dia pulak melebih-lebih main mercun berbanding orang yang tak pernah kena.
    biasala tu zaman kanak-kanak shinchan, perlu ada pengalaman baru besh!
    sekarang da tak maen da. (sebab takde stok!! hu hu hu)

    tigasatulima: daripada main mercun tak tentu hala tu, baek baca quran ke,
    mendengar tazkirah ke, kalau malas sekalipun, tidur.
    takdelah menggangu orang di bulan ramadhan yang mulia ini.

    25 June 2011

    tergelakkah anda?

    maharaja lawak..... maha lawak sangat ke? aku tak tergelak lasom pon...cilakak!!
    .
    .
    .
    .
    .
    keputusan sms :

    johan/juara/pemenang pertama
    [ habis SEPAH, madu dikutip ]

    naib juara/naib johan/pemenang kedua
    [ hidup ini macam JOZAN, kalang-kalang di atas, kalang-kalang no.2 nye pun.
    aduiii...pun ]

    naib kepada naib juara/pemenang ketiga
    [ lu balik, lu cuba pikir, then lu bersendiri la NABIL...ok? ]
    nombo gubak/tempat terakhir/pemenang keempat
    [ walaupun muka kiut, tapi hati JAMBU kalernye ]


    "Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram"
    -Hasan al-Banna

    tigasatulima:
    camno pun, nabil juaro sebaknyo dyo dapek duit paling banyak sekali...
    bak seketui kat dyo sorang...xyah kongsi-kongsi...
    lu kongsi, lu bayar laa!!

    31 January 2011

    pee - hesh - dey 's Q


    bapakess soklan....klu camnila soalan pHD...nampaknye berbaloi2 la orang akan dapat pHD...papepun, jom kita tengok skema jawapan....

    .
    .
    lup dup
    .
    .
    .
    lup dup

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .


    skema jawapan


    p/s; kita tidak perlu terlalu bijak dalam semua perkara,
    kadang2 anda juga perlu berfikiran gila2
    kerna dunia ini tidak seskema
    yang engkau sangka.....

    03 December 2010

    era[dot]fm


    assalamualaykum...salam 1 era


    takde ape pun sebenanye,
    cume aku nak tergelak dengar segmen CIHU yang ini,
    walaupun dengar banyak kali,
    tetap nak gelak.....
    hahahahaha!!


    (belajarlah bahasa inggeris dengan cara yang ringannnn!!)


    p/s: aku memang suke dengar era fm, da la dengar online lak tuh....kat sinila aku denga...huuuu~

    28 February 2010

    HUA HUA HUA




    Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
    Farid : Mengapa?

    Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
    Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
    Siti : Erkkkkkk........ Benci .........


    ........................................................................................................................


    Citer ni member aku yg beritau. S
    ampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.

    So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
    Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
    So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
    Pomp
    uan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN
    HOUSEMATE SAYA."
    So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
    Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"

    Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.



    p/s: think twice before do something, never take drug while watching television and beware of yourself..

    14 February 2010

    dua kali HUA..... :D

    Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang…
    Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja… dia cuba bertanya harga segelas teh panas
    dan teh sejuk… lalu pelayan restoran menjawab..

    "Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20

    Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu
    lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya….

    Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam
    sekelip mata sahaja…

    Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata
    "Kalau lambat diminum… air ini jadi sejuk… kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20..
    lebih baik cepat-cepat diminum kerana wangku hanya ada 70 sen saja"

    12 February 2010

    satu kali HUA...

    Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur tersebut…lalu si mamat ni pun tanye….

    Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.

    Dengan muke selambernyer…makcik tersebut menjawab…

    Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang…
    Mamat : ……….
    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.