buongiorno a.k.a sobahal khair a.k.a selamat pagi a.k.a good morning.
semoga hari ini lebih elok daripada semalam. amiin.
"Ya Allah, aku bermohon untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dalam agamaku, duniaku, kaum keluargaku dan hartaku. Ya Allah, jagalah kehormatanku dan berikanlah keamanan kepada keluargaku. Ya Allah, peliharalah aku dari depanku, dari belakang, dari kiri, dari kanan dan dari atasku. Aku mohon perlindungan dengan keagunganMu agar aku tidak menzalimi orang di bawah jagaanku."
alhamdulillah, tamat sudah 13 episod drama Juvana yang diminati ramai, walaupun tidak sehebat nora elena.
semua episod tengok tak kira live ataupun yang download.
sebenarnya, aku bukan nak menceritakan sinopsis tentang drama ini.
tetapi, aku tertarik dengan drama ini yang macam berkisarkan keadaan negara-negara sekarang secara langsung ataupun tidak.
iya lah, jika warden raja itu dianggap seperti ketua negara, dimana yang suka songlap duit pelajar-pelajar ini, lebih kurang sahaja dengan pemimpin negara-negara yang suka menggunakan duit rakyat sesuka hati.
tak kesah la di apa negara sekalipun, tetapi ia tetap berlaku.
malah cikgu azmee, guard dan botak (sebelum insaf) ini boleh dikira sebagai pengikut ataupun balaci, tidak kira ia benar ataupun tidak, asalkan diorang disogok dengan wang, janji yang manis, pangkat dan sebagainya.
manakala cikgu zakiah (cit, tak bertudung rupanya) ni boleh dianggap sebagai pihak pembangkang dimana dia menentang kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah, serta berusaha membetulkan minda pelajar-pelajar ke arah jalan yang lurus.
daim, apek, ayam dan yang lain-lain boleh dianggap pemuda yang mahukan keadilan, sepakat dengan pihak pembangkang yang mempunyai misi dan visi yang sama untuk mengembalikannya kepada fitrah yang sebenarnya.
biasalah, yang benar pasti menang.
dan yang dusta pasti kecundang.
walaupun ia mengambil masa yang lama.
apa yang penting, usaha itu ada.
kemudian, tawakal dan doa menyusul.
sekian.
dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir."
* berikut merupakan pelakon-pelakon utama drama ini. (aku sahaja meletakkannya)
*kelik pada gambar untuk versi yang besar dan menarik tertarik.
*tekan next/prev untuk gambar seterusnya/sebelumnya.
"sejenak bersama mereka, sesungguhnya tiada jalan mudah untuk berjaya"
"saksikan keazaman mereka menimba ilmu duniawi dan ukhrawi"
"untuk melayakkan diri menjadi imam muda yang dicari"
"mampukah merekamenghadapi segala rintangan yang mendatang"
.
.
alhamdulillah...minggu depan merupakan minggu ke 10 yakni minggu terakhir dalam rancangan imam muda musim ke-2, tahniah buat imam muda hasan dan imam muda nazrul kerna berjaya terpilih untuk berentap di minggu terakhir. terharu rasanya tengok untuk minggu yang ke-9 yang bertemakan warga tua/ibubapa ( xpasti )....bak kata imam muda hasan, "sesuatu itu akan terasa nilainya selepas kehilangannya." dan "kadang-kadang Allah tak beri apa yang kita nak, dan beri apa yang kita tak nak". oleh itu, jagalah kedua ibubapamu sebelum menyesal di kemudian hari dan jangan lupa berdoa untuk mereka. dan barangsiapa yang derhaka kepada ibubapa, nescaya bau syurga pun tidak akan dihidu. nauzubillahi min zalik!!
Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud:" Tidak bertambah umur seseorang jika dia MELAKUKAN KEBAIKAN, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-muállaq) kecuali melalui DOA, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan DOSA-DOSA YANG SENTIASA DILAKUKANNYA."