bismillahirrahmanirrahim...
salam.
hari ini aku ingin berkongsi sebuah kisah teladan mengenai 3 binatang, iaitu kerbau, kelawar dan cacing.
semoga bersama mendapat manfaat.
begini kisahnya.
pada suatu hari, Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk menemui salah satu makhluk-Nya, iaitu kerbau dan menanyakan kepada si kerbau adakah dia senang telah diciptakan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau.
Malaikat Jibril AS segera menemui si Kerbau.
Di siang yang panas terik itu, si Kerbau sedang berendam di dalam sungai.
malaikat Jibril AS mendatanginya dan kemudian mulai bertanya kepada si kerbau; "hai kerbau, apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau?"
si kerbau menjawab; "Masya-Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang mandi dengan kencingnya sendiri."
mendengar jawapan itu, malaikat Jibril AS segera menemui si kelawar.
[klik pada gambar untuk melihat si kerbau]
malaikat Jibril AS mendatangi seekor Kelawar yang pada waktu siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.
kemudian malaikat Jibril AS mulai bertanya kepada si kelawar; "hai kelawar, apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar?"
maka si kelawar itu menjawab; "Masya-Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada aku dijadikan-Nya seekor cacing.
cacing itu tubuhnya kecil, tinggal pula di dalam tanah, berjalan pun dengan menggunakan perutnya."
mendengar jawapan itu, malaikat Jibril AS pun segera pergi menemui si Cacing yang sedang merayap di atas tanah.
[klik pada gambar untuk melihat si kelawar]
malaikat Jibril AS pun bertanya kepada si Cacing; "wahai si cacing kecil, apakah kamu senang telah diciptakan oleh Allah SWT sebagai seekor cacing?"
si cacing menjawab; "Masya-Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menciptakan aku sebagai seekor cacing daripada aku diciptakan-Nya sebagai seorang manusia.
apabila mereka tidak mempunyai iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati, mereka akan diseksa selama-lamanya."
[klik pada gambar untuk melihat si cacing]
tigasatulima: sesungguhnya kita telah diciptakan oleh Allah SWT sebaik-baik ciptaan.
tetapi adakah kita bersyukur kepada Allah kerna telah menjadikan kita sebagai sebaik-baik ciptaan ?
"Rabbighfirli fainnahu la yaghfiruz zunuba illa anta"
4 ungkapan:
=.=
kenapa cmtu tuh?
ngantuk ke? HAHA
seram..cacing tu besar sgt.. =)
haha..cacing besa la eloknye...bagus untuk kita!! xmakan orang punye..
Post a Comment