Pages

    16 November 2010

    예측할 수 주

    Salam 1cuti dan 1eid

    Dengan kegembiraan yang masih terpancar setelah berjaya menamatkan pemerahan otak selama 2 minggu di dalam dewan yang sejuk tak terhingga, dan dengan ketibaan Hari Raya Haji/Aidiladha yang hanya pada esok hari.....marilah kita membuat apa yang sepatutnya dan jangan hanya membazir (etc. Masa,duet(JPA uhh!!),ATP,dan sewaktu dengannya) ....setelah hampr seminggu membiarkan blog ini tidak bertuan, dan tidak mempunyai idea untuk menulis sesuatu yang berfaedah (mmg selalu xpun). So, share sumthin apa aktiviti yang berlangsung sepanjang minggu lepas....??

    08112010

    Cuak. Nervousa. Gementar. Terpaksa berdepan peperiksaan subjek core yang pertama. Kertas Anatomi hasil acuan Prof Ezz, Prof Hany, Dr Hisyam, Dr Syarifa betul2 mencabar ingatan dengan ribuan nerves, muscles, arteries, veins, lymph nodes yang terpaksa dihadam oleh otak. Amat memenatkan. OSPE gross,histo,embryo yang memerlukan pergerakan kaki untuk berhijrah dari 1 stesen ke stesen seterusnya mengikut nombor yang disusun secara menaik, kepantasan minda serta tangan amat dipraktikkan ketika ini. Stesen rehat tetap yang terbaik.


    10112010

    Sekali lagi, hanya sedikit pemahaman dan bertimbun2 cycles serta enzymes yang perlu disumbat kedalam otak secara paksa (klu xpaham,cmnila caranya). Prof Aripin, Prof Iman, Dr Wan Noraini mewujudkan sekelompok soalan2 yang menimbulkan adanya kertas Biokimia yang terpaksa aku hadapi. Kali ini berlaku sedikit kesukaran kerna lipid tidak aku sentuh sangat. Mati. KO. Bendera Putih. Tapi, do the best. Then, tawakaltu ‘ala ALLAH. Mujur OSPE tidak diwujudkan. Balik awal dan tidur.


    12112010

    Kali ini, pemahaman memainkan peranan paling penting walaupun penghafalan turut dimuatkan bersama. Bingung. Stress. Sleepy. Banyak yang perlu difahamkan dan dibaca. Guyton, Ganong, Vanders terpaksa diketepikan kerna kesuntukan masa....lecture notes menjadi sumber rujukan (tula, len kali jangan study last minute....kan da kena!!). Soalan2 tricky daripada Prof Jamilah, Prof Rafidah, Dr Hanum, Dr Norsham Juliana kadang2 menjerat aku yang tak seberapa penjerat ni. OSPE pun tidak ada kali ini. Syukur Alhamdulillah.


    13112010

    Pukul 8 pagi lagi terpaksa bertolak ke UKM, mewakili USIM dalam Kejohanan Intervarsiti. Badminton, Netball, Futsal, Bola Tampar, TOW dipertaruhkan USIM dalam kejohanan kali ini, kurang basketball daripada tahun lepas. Futsal kalah peringkat kedua. Badminton kalah first round. Bola Tampar tewas diperingkat kedua. TOW (Tug of War atau nama hulunya tarik tali) mendapat tempat ke-tiga (sukan ni la yang aku ceburi). Dan sekalung tahniah kepada pasukan Netball wanita USIM yang menggondol tempat ke-dua (walaupun tahun lepas kalah teruk...ada improvement). Walaubagaimanapun, hadiah untuk TOW jugak paling best, ada hamper dan medal (last year, no medal for TOW). Hepi. Penat. Letih. Sakit belakang dan biceps.



    14112010

    Bermulalah aktiviti the “JIWA LARA TEAM”. Sunway Pyramid ( Prima bak kata orang lama) menjadi tempat melepaskan ke’lara’an. Pukul 12 pm tiba di sana. Membeli tiket wayang aktiviti pertama bagi mengelak kesesakan ribuan manusia. ‘Megamind 3D’ menjadi pilihan bersama walaupun harga mencecah RM21.00. Kelakar. Lucu. Menghiburkan. 3D. Amin membeli jaket baru. Kami makan di Wendy. Pulang pukul 7pm.






    15112010

    Pulang ke tanah air, Kelantan Darul Naim. Bertolak pukul 11.45 setelah menghantar Azraie di Bandar Tasik Selatan. Melalui Lebuhraya Karak, Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang (GM), Kemumin, Selising, Tunjong dan KB. Hanya berhenti di 3 stesen minyak, 2 surau (1 GM, 1 Kemumin), 1 kedai makan (GM) dan 1 kedai bundle(Kemumin).tiba di rumah pukul 9.45 malam. Penat. Puas. Suka. Tidur.





    ~wassalam~

    6 ungkapan:

    aiman_masri said...

    weh, lame nye balik klantan... 12-9pm... lame molek...

    GuGu said...

    megamind best!

    Faariis said...

    aimang; lmo la...bnjir key
    aiamg 2; xpon

    Faariis said...

    aimang; mstila lamo..namo pon enjoy...huuu~
    aimang 2; xbest pon...

    aiman_masri said...

    eh, mcm best...

    aku sbg Aiman the I,

    dan gugu sbg Aiman the II.

    Sero pege anok rajo sero...

    Faariis said...

    hahaha

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.