Pages

    07 July 2015

    7 itu sekejap.

     بسم الله الرحمن الرحيم

    الحمد لله...
    Syukur kehadrat Ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk berada dibulan yang mulia ini. Da lebih separuh dah Ramadan, tapi kita macamana? Hmmm... 
    Dan rasa syukur masih terasa lepas lulus final pro exam hari tu. Kalau nak dibandingkan usaha dengan result, memang tak lah. Tapi setiap yang dicapai ini hanyalah Allah yang memberi dan mengizinkannya. Malah setiap yang berlaku itu ada sebabnya, cuma kita taktahu kerna perancanganNya adalah yang terbaik untuk hamba2Nya. 
    Ok, malas nak tulis panjang2, nanti abis Ramadan pun takhabis. Cuma nak letak gambar je sepanjang 7 tahun pengajian disini. Walaupun nampak cam lama 7 tahun, tapi disebabkan ianya best, rasa cam baru semalam daftar masuk. Daripada kurus, perangai cam ntah ape2 sampailah ke 'sado' (hahaha) dan ok-lah sikit perangai dari dulu. Layan jelah gambar, wat pengubat rindu sambil2 gelak dan tangis.

    *Hmmm.. maaf gambar hanya rawak. Tiada susunan rapi.


    1) Tamhidi Dulu, ape benda tamhidi pun taktaw. U ni pon main letak je, asalkan dapat U la katakan. Takkesah pun U mana dulu, tapi jangan oversea suda. Haha. Bermula dengan tamhidi Sc Tech, kita redah takat mana yang mampu. Tapi fav subject masa tu adalah Math and Chemistry, Biology memang kelaut lah, sampai skang pun rasanya. Belajar sambil2 mengarut setahun, dapatlah masuk medik dengan result yang pape je, ingatkan nak amek actuary dah, tapi rezeki ke sini. Hahaha.

    Setia menunggu bas pagi ². Baru nampak bersemangat nak belajar, taksia2 mak ayah anta belajar jauh2.
    Jejaka2 Sc Tech suatu ketika dulu. Innocent je.
    Sc Tech + Medic. Teknologi sains dan perubatan saling memerlukan.
    Kat lab, main ngan rumput2 dan dedaun. Belajar macamana nak survive cam diorang guna kaedah photosynthesis.
    Kat lab bersama Cg Arho. Sorry cg, aku still takleh nak menghayati physics sampai skang.
    Sorry Zaid, taksengaja. Kalau ada masalah otak bergegar, maaf lah ye. Haha. Tula, sape suh kejar aku. Kan da kena. Itulah dipanggil kenangan. Huuu..
    SUFA ke ape dah ni. Power dak2 ni lari. Lutut masih kuat time ni.
    Sedih aaa group kitorang diorang takambik gambar. Lupa dah sape group sekali dulu. Waaa...
    Rehlah Sc Tech kat dusun eco resort.
    Jalan2 raya di rumah Cg ARHO.
    One of the best lecturer ever. Thanks for everything!
    Dak2 medic ngan dental time tu. Sape la kita Sc Tech. Haha.
    Sep2 maahad di Sc Tech.
    With Puan Ju. Walaupun awal2 kena cop meniru kimia waktu test (walaupun taktiru), kubuktikan waktu exam. Haha. Thanks Guru!
    Alhamdulillah! Dapat anugerah dekan, kita biasa2 je.
    We are products of Tamhidi Science Technology!!

    2) Pre Clinical Ni lah permulaan sebuah kehidupan seorang pelajar medik. Selama 3 tahun pre clinical, 2 pro exam terpaksa diharungi. Alhamdulillah! Lepas juga dua2 tanpa viva. Dan masa inilah, ko belajar apa itu basic. Tapi, belajar hanyalah belajar, basic entah kemana. Huuu..

    Basic clinical skills. Masa ni main2, time clinical baru nak menyesal. Tapi itulah lumrah kehidupan, belajar dari kekesalan. Haha.
    Kat lab microb, men ngan bendalah ni. Hafal maut je sume yang ada. Paham belakang kira.
    Kepenatan pelajar2 medik. Ingat takpenat ke belajar medik, sampai tidur mana2 je. Huhu.
    Opkim di Terengganu.
    Dihadapan hostel ketika opkim.
    Debat BM. Suko kito kelih nudin debat.
    Acara tahunan, menyambut birthday ustaz Nazri. Setiap tahun, mesti terharu. Huuu..
    MPS 2009/2010.
    Jamuan raya bbq nga ust Muhammad. Letih belajar arab kat maahad, masuk2 takingat balik doh. Haha.
    Lelaki2 melayu terakhir. Hmmmm....
    Jamuan raya FPSK.
    Sampai UM belajar parasite.
    Gen5 in action !
    Ladies and gentlemen of gen5. Hahaha!

    3) Wedding

    Mati adalah rahsia, perkahwinan pun sama. So, setiap orang taktaw bila jodohnya akan tiba. Tapi yang jodohnya sampai awal, itulah rezeki diorang. Tu yang jangan tanya, "hang bila nak makan nasik minyak?", kang ada yang makan kaki nanti. Yang pasti, ramai bertukaq status lepas pro. Hahaha. Sedap gelak, hang bila?


    Azhani + Mael : Huri.

    Raja + Najmee : Naqeeb.
    Zue + Ayie : Maya.
    Kak Ida + 'Ammar ....
    Hisyam + Aqilah ....
    Fais + Nurabihah : Naufal
    Atiqah + abam sado (takingat nama) ...
    Nurishaq + Aimi : 'Aisyah Sofea.
    4) Aktiviti ghama2 Ia adalah aktiviti yang dilakukan secara berjemaah, takkesah lah berapa orang, asalkan lebih daripada satu. Sekiranya orang berjanji nak join aktiviti2 ini, tapi tup tup hilang, ini dipanggil 'wat tahik' namanya. Sekali buat, terus dicop sedemikian rupa. Ada aku kesah?

    Ia juga boleh dikategorikan aktiviti yang melibatkan sume jenis etnik manusia, takkesah lah dirancang, ataupun semulajadi. Yang penting, ia hendaklah ramai, sesuailah dengan nama 'aktiviti ghama2'. Sungguh, setiap kita memerlukan aktiviti seperti ini. Sebab kita hanyalah manusia, yang kadang2 stress taktentu pasal. Salah satu cara nak salur kestressan itu adalah menyertai aktiviti2 ini. Mengadu kepada Tuhan tu mesti, ni kaedah2 lain yang secara tidak langsung mereleasekan stress itu. Makan2, jalan2, sharing moments, dan macam2 lagilah cara digunakan dalam aktiviti ghama2 boh.

    Menikmati pemandangan GV selepas subuh..

    SUFA. Kita juara.

    Makan2 dirumah Ust Nazri. Sedih plok tadop doh hafazan, nak dengar cite2 ustaz.. habih doh laaa..
    Merpati putih dan gagak hitam. "Demo loni ni toksupo muloooo..."
    Dipaksa join kuiz mewakili FPSK. Tanya general knowledge, memang tak ah. Jawab apa yang tahu je lah. Leh saguhati pun ok da tu. Huuu..
    Badminton. Fav sport time kecik2 dulu, masa leh jumping smash cam Lin Dan. Skang, smash bahang net je lah.
    Hiduplah seperti seorang perantau. Menunggu kalau2 ada yang sanggup bagi tumpang gi Kelate free.. pitih takdop.
    Melawat bachok, gi tengok pantai sekali sekalo. Last2 jupo pakcik Zulkarnain, singgoh semeta minum. Haha.
    Pastu, jalan2 KB, tersinggah rumoh pakcik Abd Halim. Keno taaruf siap, macam usrah dah. Kemas2. Mujur taktanya bab2 agama. Kalu dop, tewas pesen. Hehe.
    Ini adalah rahsia. Hahaha!
    Coach Cino sedang mengatur pasukan bolasepak FPSK. In Cino, we trust!
    Makan dinner western buat sediri sekali sekalo bohh. Hasil masakan Chef Paya and the gang. Tapi jaddi wehh makaney dioooo...
    Cubo merasai ore grad, kito nok grad dopleh lagi. Cubo hepi ngan kehepian ore lain. Baru yolo. Insya Allah kito menyusul pahni.
    Cubo perati molek, apo yang anda dapat lihat. Sebut subhanallah jika kagum dan share supayo semakin ramai ucap. Hmmm...
    KFC antara tempat yang selalu dikunjungi di Temerloh. Tok kan nok bahang Go bang sokmo, abih pitih laaa...
    Kolam di Tampin. Dulu free, skang dah berbayar. Tapi oklah, da bersih sikit. Hihi.
    Legoland di Johor. Nok masuk mahal, main luar jah la. Tulon patung masuk pun jadi.
    Carls Jr. Sep2 tegar burger mesti nok make sini. Tapi kito minat mee goreng jah. Haha.
    Paintball. Melatih diri untuk dishot sebelum dishot dengan kata2 pedas dari pakar. Biar sakit badan, jangan sakit hati, nanti masuk psy nanti.
    Kenny Rogers. Tempat makanan2 mewah dak ni. Mewah2 masa dapat JPA, hujung2 sem megi pun jadi.
    Sweetree. Yang mana bajet nak jadi KPop, cuba makan dulu. Kalau lidah anda lidah melayu, hentikanlah niat anda itu. Sungguh!
    A'famosa waterworld. Upacara air lah yang paling besh, disamping menyihatkan badan, mata pun makin naik power. Hahaha.
    Air terjun. Menikmati keindahan ciptaan Tuhan membuatkan anda lupa dengan keserabutan duniawi. Lagi2 bila menyelam di kawasan dalam, Insya Allah memang lupa terus dunia sebab da lemas.



    5) Fasa Klinikal Inilah fasa yang ditunggu2 oleh mereka yang minat nak jumpa pesakit. Clerk, PE, discuss. Tiap2 hari wat camni satu patient je dari tahun 4, final year da boleh tido setahun, bangun2 terus amik final pro exam. Tapi, takjumpa tips ni dulu, bukan sebab taknak amik tahu, cuma sebab diri memang malas cam hantu. Mujurlah ada lecturers yang baikhati, ikhlas mengajar kami. Kalau tak, hanyut dan tenggelam taktimbul2 la jawabnya. Terimakasih guru!

    1st pic of clinical year. Dihadapan kubu hospital Ampang. Belum masuk pun da berdiri bulu roma dulu, skang redah camtu je. Haha.
    1st posting clinical, surgery kat temerloh. Bersama the legendary of Mr Ragu. Tiap2 hari dalam ketakutan menunggu kelas, selagi takde kelas, selagi tulah rasa hidup segan mati takmahu. Tapi, disebalik ketakutan itu, besh belaja dengan dia.

    Bersama Dr Rahman. Dr yang serba serbi power. Ilmu medik memang perggghhh, masak pun taraf2 chef bhaii.. maafkan aku Dr sebab malas, Dr da rajin ajar, aku yang malas. Doaku semoga Dr dicepatkan jodoh. Heeee..

    Bersama Mr Ash. Kami lah anak sulong yang diajarnya. Sebab itulah kami merasa heaven walaupun orang lain merasai sebaliknya. Haha. Ape2pun, YNWA!
    Posting CH. Mengajarku apa itu questionnaire, meletakkan data kedalam SPSS, membuat analisa2, dan merumuskan kepada solusi. Ajar saja, tapi aku masih taktahu. Apaan ini sih!!
    Posting Family Medicine. Didalam agendanya ialah melawat hospital orang asli. Orang asli pun ada hospital khas, sep2 LGBT taknak mintak ke?

    Turut melawat KK. Bukan hospital je ada. Taw?
    Gambar official pelajar tahun 6. Masuk buku tuuu....

    Open day FPSK. Macam2 ada. CPR, jahit, BSE pun ada.
    Harimau mati meninggalkan nama, kita tampal nama kat dinding tangga. Hahaha. Kreatif2.
    Semua muka bangga dapat masuk TV. Bukan orang lain leh nampak pun, tapi sebab jarang2 masuk TV, ini dimaafkan.
    Dipaksa balik selepas banjir dijangka melumpuhkan Temerloh. Kusangka dapatlah membantu warga Temerloh disaat banjir ini, tapi guru lebih mengetahui. Takpasai2 tersadai kat Temerloh kalau takbalik ni. TQ Dr Ummi dan suami.
    Menunjukkan bakat yang terpendam. Rupa2nya aku berbakat untuk berchoral. Ingatkan susah, main hangguk2 kepala je. Mulut wat2 gerak da cukup. Haha.

    Last MPS as medical student. Masa ni pun da berbaur sedih walaupun exam lambat lagi, tapi disebabkan memikirkan exam, sedih tu cuma 5 saat.
    Oh Kak Fiza. Belanja ini tidak mampu membalas segala penat lelahmu yang menjaga kami selama 3 tahun di Temerloh. Tapi apakan daya, ini sahaja kami mampu, selebihnya hanya Tuhan yang mampu membalasnya.
    Last class with Dr Kamarul before pro. Time2 ni pon masih takingat camne nak PE patient paeds. Hahaha.
    Picnic bersama Ust Nazri di Hulu Yam. Walaupun da nak exam pro, benda2 camnilah yang diperlukan. Belajar je takleh gak bro, enjoy your life. Hahaha.

    6) Final Professional Examination. Dengar je da cuak. Ada dekat seminggu tido taklena duk pikiaq camna lah nak pro nih. Study2 takingat, ingat2 takstudy. Duk main camtu lah. Dah la cabut undi no 54 (alhamdulillah dapat no ni), lagi haruu pagi2 orang gi exam, kita duk umah. Nak study lah sangat, cuak punya pasai, apapun takmasuk. Haha. Syukur sangat2. LC dapat lah dengue fever with underlying BA. Jawab mana yang dapat jawab je lah, taktahu terus cakap i can't recall. Haha. SC pun alhamdulillah leh thyroid examination, down's syndrome and CPR. Walaupun ada slack, boleh laaa.. kita bukannya top student pon. Huuuu... Teori exam lak, PMP memang rasa hancuss gile daa... mujur ase OSCE dan MCQ oke sikit. Haha. Dan alhamdulillah lagi, aku lulus dua2, maka luluslah aku final pro. "Haza min fadhli rabbi." Nampak simple kan, tapi complicated gila rasa. Haha.

    Gamba cuak sebelum gi LC exam. Muka steady, dalam hati Tuhan je taw.

    Time ni lagi cuak, masing2 menunggu dipanggil untuk gi exam. Keep cool and stay cuak. Hmmm...
    Exam teori. Jawab je yang mana ada dalam kepala. Perah sampai biar keluar jawapan, nampak logik sikit pon oke. Asalkan ada jawapan, kalau salah tu masalah orang yang tanda lah.
    Malam before result. BBQ bersama, tarawikh bersama, makan bersama. Inilah perhimpunan terakhir kami sebagai ahli 'Keluarga Lelaki Hensem'. Tiada lagi yang dapat kuluahkan.
    Keputusan diumumkan. Tahniah yang berjaya. Dan yang kurang berjaya, Allah dan aturkan yang terbaik untuk anda. Insya Allah!
    Last iftor bersama disamping menyambut kegembiraan. Alhamdulillah! Nando pon nando lah.
    Moreh2 bersama. Masa bermoreh lagi lama pada masa bertarawikh.
    Last futsal. Walaupun takleh skor malam tu, still hepi sebab dapat bermain dengan diorang. cry emoticon
    Graduation dinner. Bertemakan arab padang pasir, jadilah kita cam Imam Mishary. Haha.
    Alhamdulillah! Tanggungjawab lebih besar menanti kami. Doakan kami agar menjadi Dr yang berguna untuk ummah. #Drforummah
    Harap2 dia nih jadi Dr lah. Insya Allah. HE knows best for you. :)


    P/s: 7 hari 7 malam taktido wat benda nih. Haha

    5 ungkapan:

    TasniimAHY said...

    hahaahahahaha, xsanggup nk tgk mukaaa sorg2 waktu tmhddd...

    Faariis said...
    This comment has been removed by the author.
    Faariis said...

    Sebab rasa taksanggup nak tengok tula letak sini. Nak tengok beza dak2 ni time tamhidi ngan skang. Haha.

    Unknown said...

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    Anonymous said...

    UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.