Pages

    16 July 2011

    kamu tidak akan berjalan keseorangan!!

    this is official...


    [lokasi dirahsiakan]
    [tarikhnya 16 julai 2011]
    [berpukul 10.36 malam]


    abe mat: fuhh!! ko tengok ke tadi liverpool lawan malaysia XI? macam besh.
    faariis: macam tengok, cuma aku tengok kat televisyen je. itu pon aku tengok siaran langsung je kot.
    abe mat: aku pun macam pergi tengok kat stadium. terasa macam penuh je stadium tadi, munken tiket tak habis jual rasanya.
    faariis: wah!! gila kentang putar kau pergi stadium tengok bola. macam fanatik.
    abe mat: itu sudah kemestian! sampai waktu maghrib pun tertinggal. you'll neva walk alone!!
    faariis: lu memang sempoi bro. gua memang amat shuke sama lu. gua tak kesah lu fanatik bola ka, lu pegi stadium ka, janji solat tu, lu tunaikan!! ingatkan solat lambat tadi, tu pon gua nak marah kaw-kaw lu, ni lu terus-menerus tinggalkan ia, memang gua nak sentap lah muka lul!!

    gedebakk gedebukk!! satu pasang tumbukan padu ala-ala arnold susah-nak-eja hinggap di pipi abe mat. darah merah likat mengalir bagai air terjun lata tembakah dari mulut abe mat.

    abe mat: STOP!! STOP!! dont do this to me. macam sakit pipi aku ini. aku tak habis berbicara lagi, ko tak bagi chance pun untuk aku menerangkan asbab musabab aku tertinggal itu. kan aku sekarang bekerja kat london, pagi tadi baru sampai malaysia sebab isteri aku bersalin anak kembar 6. esok malam aku kena pulang da kena pulang da sebab boss bagi cuti sehari semalam. dan alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan tu, aku pergi la tengok bola kat stadium. ko pon tahu aku peminat liverpool. memandangkan aku musafir, so aku solatlah jama' ta'khir. maka, tertinggallah waktu maghrib sebab gua solat maghrib dalam waktu isyak. ok?
    faariis: maafkan gua, abe mat. gua pukul sebab gua sayangkan lu. lu pun kenal gua. gua dengan lu kan sama. ehem, dan memandangkan malam ini malam nisfu syaaban, jom lakukan apa yang patut!!
    abe mat: gua tahu lu tak sengaja. gua maafkan lu. jom bersama-sama!!

    mereka pun beredar tanpa diketahui arah yang ditujui. sekian.


    *berikut adalah gambar-gambar yang tak disengajakan. sila kelik pada gambar untuk melihat dengan lebih canggih. harap maaf jika ada yang tersinggung.


    MALAYSIA XI 3-6 LIVERPOOL



    rupanya ayah-ayah pemain malaysia yang menentang liverpool tadi.
    free kick safiq rahim memang terbhaekk wokk!!
    jay melompak mengelak mahali.
    charlie adam macam hapi skor penalti je pun.
    baju untuk mereka yang mempunyai perasaan asobiyah melampau.
    sape nak sir, ambe nak due. banyok sikik.
    ejaan liverpool mengikut huruf arab komputer. love & passion pallo!!
    nak suh bina stadium pulak da. duit sapa nak guna?
    bagi yang tengok dalam kebiruan?? apakah yang biru itu??
    macam tak hepi je budak-budak ni, orang besa pulak terlebih hepi.
    "gila kencang rembatan budak kecil berbaju besar ini," ngomel abang pakeko.


    tigasatulima: cerita itu hanya rekaan semata-mata,
    tiada kaitan dengan yang masih ada mahupun yang telah tiada,
    mohon maaf dipinta jika ada terkasar bahasa, tersilap kata.
    salam sejahtera untuk semua.

    0 ungkapan:

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.