Pages

    17 July 2011

    how many STARS are there in the universe?

    bismillahirrahmanirrahim...

    [kelik untuk melihat kepalsuan bintang yang comel ini]


    salam.
    pernahkah anda tahu berapa banyakkah bintang di angkasa raya?
    adakah beribu? atau berjuta-juta? ataupun munken tidak terkira dek akalmu?
    wallahualam...sesungguhnya Allah lebih mengetahui.



    ini merupakan kisah mengenai bintang-bintang.

    pada suatu malam, Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Saidatina Aisyah r.ha berdiri dihadapan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan ALLAH SWT.
    Saidatina Aisyah r.ha bertanya kepadaRasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu?"
    di dalam hatinya, Saidatina Aisyah r.ha meneka pahala sebanyak ini pasti pahala ayahandanya.
    "pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar r.a," jawab Rasulullah SAW.
    Saidatina Aisyah r.ha terkejut lalu bertanya: "ya Rasulullah SAW, bagaimana dengan pahala ayahandaku?"
    Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil Baginda berkata: "ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abu Bakar r.a bersamaku, pahalanya lebih banyak dari pahala Umar r.a dan keluarganya sehingga hari Kiamat."


    [kelik untuk mengira bintang di angkasa-raya]


    dan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "sekiranya ditimbang iman Abu Bakar, maka berat lagi iman Abu Bakar berbanding iman penduduk dunia."


    tigasatulima: masyaAllah!! berapa banyakkah pahalaku? ataupun dosaku lebih banyak dari dosaku?
    Ya Allah, Al-Ghafar, Al-Ghafur, Al-'Afu....rabbighfirli fainnahu la yaghfiruzzunaba illa anta

    2 ungkapan:

    ghost said...

    jenuh aku nak kira beb.kata abu nawas kalau nak kira bintang lebih baik kira bulu kambing biri-biri...

    Faariis said...

    haha...tahu xpe, jangan duk kire la..dpd kire bintang, baek wat bende bermanfaat...TQ

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.