Pages

    11 August 2011

    mari bermercun. [18SG]

    bismillahirrahmanirrahim..


    muka serius menjalani ibadah puasa.


    as-salamu 'alaikum.
    sudah 11 hari rupanya kita dibulan ramadhan.
    dan fasa kedua iaitu fasa 'maghfirah' pula dilalui setelah fasa rahmat telah pun berlalu.
    sebegitu pantas masa berlalu.
    ting tang ting tang, tengok-tengok esok dah nak raya.
    munken itulah salah satu tanda kecil kiamat, masa dirasakan begitu singkat.

    dan sejak dua tiga empat hari lepas, banyak keratan-keratan akhbar menunjukkan bahana akibat bermain mercun dengan tidak mementingkan keselamatan diri sendiri.
    yang hebatnya, banyak pulak kejadian berlaku di kelantan. (munken dekat sangat dengan rantau panjang kot.)
    bukan sahaja budak-budak hingusan sahaja yang terkena tempias mercun ini, malah golongan berbulu lebat dan berjanggut bermisai pun ada terkena.
    dan kebanyakan yang mengalami musibah 'mercun automatik meletup' ni disebabkan rasa hebat, bangga diri nak membuat mercun brand sendiri, dan tak lupa juga akibat gurauan biawak rakan-rakan yang menganggap mercun ini seperti LEGO, BAKUGAN, dan DASHANKURO.

    sebenarnya, aku pon pernah mengalami situasi ngeri ini, tapi alhamdulillah masih cukup lima jariku ini.
    ceritanya begini.
    ia berlaku sewaktu aku berada dalam bulan ramadhan dan aku form 1 ketika itu dan ketika itu juga aku tinggal di rumah bapa saudara-ku kerna aku duduk di asrama.
    pada suatu malam yang dingin ketika minggu pertama ramadhan, aku tidak semena-mena merasa marah.
    lalu ku gapai sebiji mercun bola yang ku beli rm10 untuk 100 biji, dan secara tidak sengaja aku ternyalakan sumbu mercun bola itu.
    dan memandangkan ketika itu aku berada di dalam rumah, dan semua tingkap dan pintu tertutup rapi, aku tiada cara lain melainkan memegang mercun bola itu.
    dan "KEBABOOM!!"



    inilah beddil bola yang dimaksudkan.


    mercun bola itu meletup di tangan kanan-ku.
    aku melihat darah membeku di jejariku dan penuh kesan koyakan, letupan dan kehancuran di jejariku.
    tapi alhamdulillah, walaupun ia meletup di tangan, jariku masih lima sekalipun ada kuku yang tercabut.
    hmmmm!!
    itu tidak risaukan, aku cuma risaukan bapa saudara-ku sedar tentang bunyi itu, mujur sesiapapun tidak mendengarinya walaupun ia berlaku didalam rumah.
    aku tidak terus memberitahu bapa saudara-ku, malah aku tidur dalam keadaan tangan sebegitu rupa.
    dan keesokan harinya ketika waktu bersahur, memandangkan ia berlaku di tangan kanan, macam mana mau makan.
    so, aku terpaksa memberitahu bapa saudara-ku, dan aku pun sudah lupa macam mana aku bersahur ketika itu.


    ini bukan jari-ku, tapi lebih kurang sama dengan aku la,
    aku pegang mercun tu dengan tiga jari ni la. isk3!


    pagi itu, aku ke klinik panel untuk mendapatkan rawatan susulan.
    tiada jahitan, cuma cucian atas kesan darah beku yang terkumpul di tangan-ku.
    dan tiada dalam akhbar mengenai kisah aku dan mercun bola ini di dada-dada akhbar. ha ha ha!!
    selepas kejadian itu, aku masih tidak serik, dan masih bermain seperti biasa. huuuu~


    oleh itu, beringatlah sebelum kena, bila dah putus jari, baru terhegeh-hegeh buat muka frust.
    pastu cakap kat akhbar, saya sudah serik, inilah kali terakhir saya mendengar perkataan mercun ini.
    tup tup, tengok-tengok lepas tu dia pulak melebih-lebih main mercun berbanding orang yang tak pernah kena.
    biasala tu zaman kanak-kanak shinchan, perlu ada pengalaman baru besh!
    sekarang da tak maen da. (sebab takde stok!! hu hu hu)

    tigasatulima: daripada main mercun tak tentu hala tu, baek baca quran ke,
    mendengar tazkirah ke, kalau malas sekalipun, tidur.
    takdelah menggangu orang di bulan ramadhan yang mulia ini.

    4 ungkapan:

    Afikah Aziz said...

    xserik erk walaupun dah kena cmtu hehe,nasib bek xputus jari tu :P

    Faariis said...

    huhu...besela, pengalaman mengajarkan, maen tetp maen, tapi berhati2 la. :p

    aiman_masri said...

    nikmat bermain mercun itu pada selamatnya jari.

    Faariis said...

    haha.. betol tu emang, dey xdop jari, tengok mercun pon fobia..huu

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.