Pages

    23 May 2009

    ~sad story~

    Syukur, al hamdulillah ke hadrat Illahi krn di atas keizinan dan keredhaan dari Nya,kita masih lagi bnafas utk mneruskan perjuangan di alam milikNya ini.Bertemu menjalinkan ukhuwwah di sini dan semoga blog ana ini dapat mberi manfaat kpd sahabat2 skalian.Bahang Tsunami masih lagi di rasakan. Namun,Hidup ini perlu diteruskan ,ambil lah ia sbagai iktibar dan pedoman di dalam kita melayari bahtera di samudera kehidupan . Timbul bibit keinsafan tatkala pelbagai tragedi mlanda bumi Al Khaliq ini ..sejenak itu..terkenangkan alam akhirat ..hakikat syurga dan neraka yang dijanjikan buat hamba2 Nya bdasarkan imbangan amalan dan kebajikan di kita di dunia..Beruntunglah sesiapa yang menerima buku catatan amalan nya mlalui tangan kanan…bagi yang menerima mlalui tangan kiri??x dapat dibayangkan azab dan seksaan yang telah menanti..Ya Allah ..sesungguhNya,diri ini tak layak utk syurga Mu ..namun tak sanggup rasanya utk mnjadi penghuni nerakaMu.Semoga diriku,keluargaku,saudara2ku dan,sahabat2 ku tergolong di dalam golongan hamba2 Mu yang dijanjikan nikmat Syurgawi.Janganlah Kau palingkan hati ini setelah Kau tunjukkan hamba Mu ini jalan yang lurus..jalan yang diterangi nur hidayah dan keredhaan Mu.Peliharalah iman dan aqidah kami.. aminn… Salam takziah buat saudara2 seIslam kita yang di uji dengan ujian yang palin g hebat dan getir dari Allah SWT..Moga telah ditemui penawar bgi penderitaan mereka.Buat diriku yang sering alpa ,smoga stiap kelalaian ku diberi peringatan dan peluang utk mbaikinya sblum nafas ini terhenti.Mati itu pasti,syurga dan neraka itu juga pasti….!

    Oh ye..apa yang ingin ana kongsikan bsama di sini ttg kisah benar yg ana baca dari sbuah majalah.Citer ni dikirim oleh seorang ayah yang menyesal atas kesilapan yang telah meninggalkan kesan pada zuriat yang telah di amanahkan padanya.ana dah ringkaskan sket tapi isinya ttp sama.

    Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan yang berusia tiga setengah tahun.(wah sure comeykan..)Di rumah,anak mereka sering bermain bersendirian lantaran kesibukan pembantu rumah melakukan kerja2 rumah.Walaupun begitu,pintu pagar tetap dikunci.Jadi,bermainlah si kecil itu di atas buaian ataupun memetik bunga yang ditanam di sekeliling rumahnya.(ihik..cam ana la dulu time kecik2)

    Suatu hari Ita terjumpa sebatang paku karat.( karat tu!!! attention pada mak ayah di luar sana..please alert ngn apa yg anak2 main) Dia pun melakar (scratch) sesuatu di atas simen tempat letak kereta ayahnya tetapi disbbkan ia diprbuat daripada marmar,lakaran tu tak kelihatan.Dicubanya plak pada kereta baru ayahnya.(kreatif tul adik ni..)Kebetulan pula haritu ibu dan ayahnya bermotosikal ke pejabat kerana laluan jalan raya sesak sempena perayaan Thaipusam..

    Oleh kerana warna kereta tu gelap,lakarannya pun jelas dan timbul.Anak kecil itu pun melakar dengan penuh gembira dengan menggunakan kreativitinya yang tersendiri .Sebelah kanan dan kiri kereta di lukis dengan gambar ibu dan ayahnya,gambarnya sendiri,dan pelbagai lukisan lagi megikut imiginasinya.Pembantu rumah langsung tak menyedari hal ini..(biasala kan kalau dah sbuk wat keje umah..so lpas ni sapa yg jadi house servant tu alert2 la ngan anak2 majikan yg dah diamanahkan kat kita tuk djaga)

    Petangnya,pulanglah pasangan suami dan isteri tu.Terkejut badaklah mereka bila melihat kereta mereka yang baru menjangkau setahun itu dipenuhi dengan seni karya anak perempuan mereka.Apalagi,si bapa terus menjerit “Sapa punya kerja ni?””

    Pembantu rumah terus tersentak bila terdengar jeritan majikannya.Apabila melihat apa yangtelah terjadi,terus pembantu mereka itu beristighfar. “ Tak tahu,tuan ” …..

    “Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu,apa kau buat ?” herdik si isteri pula.

    Tiba-tiba,si anak kecil berlari-lari mendapatkan ayah dan ibunya.Dengan penuh manja dan gembiranya dia berkata, “ Ita buat ayah…cantik kan ?”


    Si ayah yang hilang sabar lantas merentap ranting kecil pokok bunga raya .Di pukul bertalu-talu tapak tangan anaknya.Anak kecil yang tak mengerti apa-apa itu terlolong-lolong kesakitan dan ketakutan.Tak cukup tangan,si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.Si ibu cuma mendiamkan diri.Cukup rakus si ayah memukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.Selepas si bapa masuk beredar dituruti ibunya,pembantu rumah itu terus mendokong anak kecil itu.Dilihatnya tapak tangan anak kecil itu calar balar.Waktu hendak dimandikan,bila terkena air saja,anak kecil itu menjerit-jerit menahan kesakitan apabila calar-balar itu terkena air..(ana bleh bayangkan keadaan Ita..lemah longlai ..menaggung kesakitan yang tak terperi )
    Nak tau apa terjadi keesokan harinya??tangan anak kecil itu membengkak.Bila pembantu rumah tu mengadu kat majikannya,tuannya hanya mengarahkan dia menyapu minyak gamat saja kat tangan anak kecil itu.Dia langsung tak pergi melihat keadaan anaknya ..konon marah sangat la tu..sampai 3 hari tak dijengoknya anak mereka.Satu hari,anak mereka demam. “Bagi je panadol tu” kata ibunya.Bila badan anaknya dah terlalu panas,barulah mereka bawak ke klinik.Bila anaknya yang dah longlai ti diperiksa oleh doktor .Doktor tu keluarkan surat arahan utk pindahkan Ita ke hospital coz dah tahap serious.Kene tahan sampai seminggu di wad padiatrik.Then doktor kat wad tu mencadangkan agar kedua-dua tangan anak mereka dipotong kerana GANGREN yang terjadi sudah terlalu teruk…(wuaa..menitik air mata ana baca part ni..ksian sangat kat Ita )Tangannya sudah bernanah,perlu dipotong dari siku ke bawah demi nyawa anaknya,Ita.Respon ayah dan ibu dia???Si ibu meraung lantas merangkul anaknya.Si ayah dengan terketar-ketar sign surat kebenaran pembedahan.
    Keluar jek dari bilik operation,slepas ubat bius yg dgunakan abis,menangislah Ita kesakitan apatah lagi bila melihat both tangannya( left n right) berbalut putih.

    Dalam menahan kesakitan,si anak kecil itu bersuara dalam linangan air mata.
    “ABAH…MAMA…Ita sayang abah..sayang mama.Abah..bagilah balik tangan ita.Buat apa ambil..Ita janji tak buat lagi.Ita nak makan camne?nak main camne?ita janji ita tak conteng lagi”………

    Moga kisah ini mnjadi iktibar krn satu hari nanti ..dengan izinNya..Insya ALLAH ..kita juga akan mnjadi ibu or ayah dan bakal mmpunyai zuriat . Anak2 ibarat kain putih,corakkanlah mereka dengan pnuh kasih sayang dan penuh etika.Di dalam ketegasan perlu ada kelembutan, agar terbentuk akhlak yang mulia di sanubari anak2.Bak kata orang tua2..keras jangan sampai patah..lembut jangan sampai mudah dilentur.. Di dalam Islam sndri,mpunyai kaedah bagaimana mmukul anak dgn niat utk m’ajar dan mndidik.Jangan biarkan nafsu amarah menguasai minda.Ana tak kata yg pengirim citer ni bukan seorang ayah dan ibu yang baik.Cuma apa yang ana tekankan di sini ttg betapa pentingya kita mengawal nafsu amarah..Bukan tak boleh nak merotan..tapi jgnlah pula sampai patah riuk dan cacat. Wassalam

    0 ungkapan:

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.