Pages

    14 June 2009

    ~bERaPa rAmAiKaH??~

    Assalamualaikum
    Kisah ni ana dapat dari email yg di forwardkan oleh sahabat ana.Terharu baca kisah ni.
    Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah

    kolokium wanita di tempat saya baru2 ini. ustazah yg
    menceritakan ini sekarang mengajar di Kisas.Ceritanya begini:..................
    Suatu hari, dia travel, saya kurang ingat ke mana dan

    dari mana. dia singgah di rumah seorang sahabatnya yg
    mana pasangan suami isteritersebut adalah guru biasa. Si suami seorg guru
    pen.kanan. beliau tiba di rumah sahabatn ya ini
    sekitar tgh hari tapi belum zohor. kedua2 suami
    isteri ini masih disekolah. W/bagaimanapun beberapa
    orang dari 8 org anak mereka yg kesemuanya lelaki yg
    mana yg paling tua dlm tingkatan satu & yg paling muda
    masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. waktu zohor
    masuk. Abang yg tua mengajak semua adik2nya yg baru
    pulang utk solat berjemaah dgn dia sendiri sbg imam,sewaktu dlm
    rakaat kedua, salah seorg adiknya yg berumur
    lingkungan 8 tahun pulang.
    Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yg sedang

    solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah.
    dia ikuti ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud
    apabila imam sujud, dan selesai imam memberi salam,
    dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yg
    tertinggal. subhanallah... adik yg berumur 8 thn ini
    sudah pandai masbuk...ustazah yg melihat terkejut dan kami yg mendengar
    mengucap memuji ALLAH.
    Bayangkan betapa taatnya anak2 yg masih kecil ini

    menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan
    kedua org tua mereka atau mana2 org dewasa dan tanpa
    disuruh2. Cerita tak berakhir di situ. ustazah
    bermalam di rumah sahabatnya itu.
    Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yg paling awal

    bangun Kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh
    berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia
    apabila ke bilik air dilihatnya anak2 kecil semuanya
    sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 org budak
    lelaki dgn yg paling tua berumur 13 thn dan yg ketujuh
    ntah berapa tahun sibuk menagmbil
    wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. si
    ayah menunggu anak2nya di tikar sembahyang dgn sabar
    sambil berzikir. mereka solat jemaah
    sekeluarga (termasuk ustazah).Sewaktu hendak mula
    solat, si ibu meletakkan anak bongsu nya yg masih bayi
    (yg sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak
    menangis mengganggu jemaah spjg mereka solat.
    Sekali lagi cerita tak berakhir di situ. ustazah

    tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat
    travel semalamnya tak surut lagi. alangkah terkejutnya
    dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing
    menghadap jemaah sambil berkata,"anak2... hari ni ayah
    nak beri kuliah
    mengenai solat dan puasa...".dan 8 org anak termasuk
    si ibu dgn tekun mendengar kuliah subuh yg
    disampaikan.subhanallah... bila ditanya kpd
    si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kpd anak2 nya
    dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya
    sblm mati. Mereka berharap agar
    anak2 lelakinya yg 8 org itu dpt membacakan
    sekurang2nya fatihah utk mereka jika ditakdirkan
    mereka pergi dulu. lagipun anak2 mereka
    semuanya lelaki... psgn suami isteri ini tak sanggup
    melihat anak2 mereka terabai tanpa pedoman...
    cuba kita tanya diri kita sendiri... berapa ramai

    keluarga Islam hari ini yg dapat mengamalkan solat
    jemaah dalam keluarga... berapa ramai
    anak2 Islam berumur 8 thn yg pandai solat masbuk...
    berapa ramai anak2 berumur 13 thn yg pandai mengimami
    solat memimpin adik2 mereka... dan berapa ramai
    ibubapa yg berjaya mendidik anak2 mereka
    sedemikianrupa yg taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan
    dan pengawasan merekayg lebih dewasa...subhanallah...alhamdulillah... moga
    apa yg saya sampaikan ini menjadi pedoman dan i'tibar
    buat kita semua yg rata2nya masih belum
    berumahtangga....
    "Teruskan Perjuangan dengan IMAN dan UKHWAH

    0 ungkapan:

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.