Pages

    02 June 2009

    ~Di potong tangan kerana memberi sedekah~

    Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalamkalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorangkaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong rotidengan ikhlas kerana Allah S.W.T."Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orangkaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahajagadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yangbakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupanorang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga diamenjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalamkeadaan yang paling hina.Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah kerumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorangkaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumahtersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawaanak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadistersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadistersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu punmemberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suamihendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannyadan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya jugatelah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminyamenyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial suaminyamelihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawaorang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengantangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengantangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tibatibaterdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu ituwahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong rotidengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikankembali akan tangan kananmu itu."Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkantangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalamkeadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya denganmenggunakan tangan kanan.Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamukita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita makasesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yangbermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya diatelah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnyadia telah memuliakan Allah S.W.T.Dan barangsiapa telah menjadikemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapamenjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka AllahS.W.T."Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabiladia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersamadengan seribu berkah dan seribu rahmat."

    0 ungkapan:

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.