Pages

    04 June 2009

    ~nASiHaT~

    Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
    1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.
    2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
    3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.


    Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada
    yang lima :
    1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
    2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

    3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
    4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
    5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

    0 ungkapan:

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.