Pages

    05 June 2009

    ~sELaWaTLaHLah~

    Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa : Malaikat Jibril, Mikail,Israfil dan Izrail a.s telah berkata kepada ku.
    Berkata Jibrail a.s : Wahai Rasulullah, sesiapa yang membaca selawat ke atas mu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa ia melintasi titian seperti kilat yang menyambar.
    Berkata pula Mikail a.s : Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan saya beri mereka itu minum dari telagamu.
    Berkata pula Israfil a.s : Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan saya sujud kepada Allah s.w.t dan saya tidak akan mengangkat kepalaku hingga Allah s.w.t mengampuni orang itu.
    Berkata pula Izrail a.s : Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan saya cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti saya mencabut roh para nabi-nabi.
    Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yangberselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
    Dengan kisah yang dikemukan ini,semoga para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

    0 ungkapan:

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.