Pages

    02 March 2011

    PAGIitu

    didalam sebuah bilik tidur yang gelap gulita..

    huarghhhh!! ( bunyi nguapan aku sambil mulut aku terbuka seluas2-nya ). dan secara tiba-tiba, aku tersedar dari mati sementara.

    "eeuuwww...... busuk gila bau mulut aku,.....sah, ni sure aku tak basuh kaki sebelum tidur, pasai tula mulut aku bau cam longkang",
    katanya aku bersendirian di dalam hati.


    dan aku terus melihat jam yang tertera di paparan skrin HD jam aku itu, dan aku terkejut. bukan kerana lambat sangat aku bangun, cuma terlebih awal pulak.

    " alamak, baru pukul 1 setengah daa...awal gile kot aku bangun, dr Rozmey ( abg angkat aku ) pon belum tentu bukak kedai lagi jual jus mate 5 ",
    aku merapu keseorangan.

    dan secara tiba-tiba lagi, aku terpandang akan sesuatu 'benda'. ianya kelihatan seperti mata dan warnanya juga kelihatan merah. secara tidak langsung aku ber'takikardia' dan peluh menghujani badan aku berterusan tanpa henti-henti ( boleh banjir kalau 3 hari hujan tanpa henti ). badan aku basah berjenruk. dan aku mengalami kegigilan serta kekancingan gigi dek takutnya terpandang akan 'benda' itu. cerebral cortex aku suruh aku cabut lari, tapi basal ganglia pulak suruh aku relax dulu. thalamus apa lagi, cuba menakut-nakutkan aku. akhirnya aku berpegang pada kata-kata cerebellum yang menyuruh aku bertindak sebagai detektif conan edogawa. pons dan midbrain berusaha mengembalikan kekuatan aku, ditambah pula kata-kata motivasi dari medulla oblongata menguatkan lagi daya tahan aku. dan aku telah bertekad. bertekad untuk meneruskan tekad aku itu. tambah melengahkan masa, aku bangun dari katil dan terus ke suis utama bilik. aku meraba-raba sesuatu dan aku telah menjumpainya.

    " ini pon dia suis lampu, siaplah kau wahai 'benda' ",
    aku memberanikan diri secara total.

    'klik', bunyi suis lampu ditekan dan lampu menyala. dan secara tiba-tiba lagi, suhu badan aku meningkat, salur darah aku mengembang, dan tangan serta kaki aku berasa ringan.ni bukan lagi kerana ketakutan, tapi kerana kegeraman yang melampaui batas.

    " citt, kuang asam girl punya screen saver laptop aku....'this animal'.....'animal' mane la yang tukar screen saver aku ni...ade ke patot letak screen saver mata merah, mujur tak arwah je aku ni ",
    marah aku bersendirian.

    aku terus menuju ke laptop dan ShutTheDownOfTheLaptopOfMine dengan penuh berhemat. aku masih sayang laptop aku.

    -THE END-

    p.s: adegan ini hanya berlaku dalam lingkungan 25-30 seconds walaupun ianya kelihatan seperti berlangsung selama 3 tahun.

    0 ungkapan:

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.