engkaulah penerangi di suasana sepi
kekal cekalmu walau dipayahi
kasihmu kau buktikan sebagai penyeri
tapi ilmumu untuk dicurahiii....ooo
engkau masih setia dan menanti
ketika muridmu tidak mengendahi
kau cuba juga untuk memahami
sehingga tiada lagi kegusaran dihati
bilamana engkau disakiti
hanya kemaafan yang bersemi
tidak sedikitpun untuk menyalahi
apatah lagi untuk membalasi
di kejauhan susah keperitan
mengerah keringat dengan kesungguhan
tanpa dengan rasa keluhan
kau hanya mahu memberikan harapan
kisah lama pernah diceritakan
tiadanya engkau semuanya hanya khayalan
tunjuk ajarmu memberikan ruang sinaran
agar ku menjadi seorang berwawasan
oh Tuhan
hanya Engkau memiliki kekuasaan
tidak Engkau ciptakan cahaya hanya untuk hiasan
kerna cahaya menghilangkan kedukaan
oh Tuhan
karuniakan mereka kebahagiaan
dari awal hingga pengakhiran
dengan segala pengorbanan dikorbankan
tidak terbalas dengan bayaran
-tammat-
* maka dengan itu, aku ingin menge'wish' selamat hari guru kepada semua guru2ku di tadika, sri aman, maahad muhammadi lelaki, tamhidi, dan fpsk usim...tidak lupa juga kepada guru pertamaku, kedua ibubapaku dan seagung2 guru kita ialah Nabi Muhammad saw, tanpanya kita tidak menganuti agama Islam yang indah dan selamat ini.......
2 ungkapan:
bijork...
bijork gapo dio gak...tolol gini bena
Post a Comment