Pages

    30 May 2011

    akuminumarak

    berikut merupakan petikan yang diambil dari akhbar kosmo....

    Sekat penjualan 'bir halal'


    WALAUPUN minuman ini mempunyai label yang menyatakan ia halal diminum, ujian makmal kadar alkohol di dalamnya melebihi had yang dibenarkan oleh syarak.


    KULIM – Masyarakat Islam dinasihat tidak minum sebarang jenis bir yang kononnya halal berikutan kandungan alkoholnya sudah melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

    Berdasarkan kajian, kandungan alkohol dalam minuman itu didakwa 0.05 peratus dan adalah haram untuk diminum oleh pengguna Islam.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom sehubungan itu mengarahkan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri untuk memantau atau jika perlu menyekat penjualan bir tersebut dan beberapa jenis lagi minuman yang sama di pasaran.

    “Dalam keadaan kita tidak pasti, lebih elok berhenti meminum minuman itu dan menjauhi diri daripada terperangkap dalam situasi yang mengelirukan.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

    .

    .

    .

    .

    .



    rupa-rupanya aku pon penah minum arak ini, patotla rasa mabuk2 gitu ( tipu kot ).... walaupun sikit, arak tetap arak...macam baby la, ade sikit pon..ia tetap ada...bukankah begitu tuan puan yang dirahmati sekalian... oleh itu, minumlah air masak!! asli, tiada bahan perasa, menyihatkan badan...tapi jangan lupa, mulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah...

    barbican....YA HA!!

    p/s; *bir = arak = alkohol

    0 ungkapan:

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.