Pages

    21 May 2011

    immunitiakulemah

    bismillahirrahman nirrahim..
    assalamualaikum... baru sekejap tadi aku tertonton rancangan realiti tv no 1 di malaysia, AF ( bukan nama aku ye! ataupon alex ferguson ). biasalah, dah bosan sangat lah tu sampai tertengok rancangan tu memandangkan tiada BPL matches malam ni. bukan nak membicarakan pasal Nera yang tersingkir malam ni, tapi aku tertarik dengan sistem immuniti ( betul ke eja ni, ke imuniti?? ) yang diperkenalkan. Wah!! alangkah bertuahnya bagi siapa yang mendapat immuniti tersebut, dia dapat ke final tanpa mendapat undian dari penonton.


    Immuniti yang dimaksudkan ini ialah kekebalan ataupon oghe kelate panggil 'dok luk' daripada apa-apa sekalipun. tetapi, yang dapat kita saksikan tadi ialah immuniti keduniaan semata-mata. tiada apa-apa baginya kerna ianya hanya sementara. Pernahkan anda terfikir adakah anda mampu untuk mendapat immuniti di akhirat kelak ?? sekiranya anda mampu, maka anda amatlah beruntung kerna tiada apa2 pun yang dapat menghalang anda untuk menikmati keindahan syurga yang hakiki. inilah baru dipanggil 'immuniti sebenar'. dan beruntunglah bagi mereka yang telah dijanjikan syurga kerna mereka telah mendapat immuniti yang hakiki itu seperti para sahabat nabi, para syuhada' dan golongan2 yang dijamin syurga, antaranya ialah:-
    a. Pemimpin yang adil.
    b. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
    c. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
    d. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
    e. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
    f. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
    g. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.

    dan bukan immuniti untuk mendapat syurga Allah sahaja ada, malah immuniti untuk masuk neraka juga ada. maka amat ruginya bagi mereka jika mereka mendapat immuniti untuk kebahagiaan di dunia tetapi mereka mendapat immuniti untuk mendapat neraka Allah di akhirat kelak. Na'uzubillahi min zalik. immuniti yang mereka kecapi di dunia yang ibarat seperti wanita tua renta yang bersolek, mengenakan busana yang paling indah, memakai wangi-wangian yang paling bagus dan yang paling harum aromanya serta tampil dengan dandanan yang paling sempurna nan mengagumkan. Tetapi anehnya, orang-orang terpikat dan berbondong-bondong mengikutinya padahal sejati umurnya adalah tinggal sebentar saja. Meskipun begitu indah, namun dunia sama sekali tidak berharga di hadapan Allah Azza wa Jalla.

    maka, immuniti manakah menjadi pilihan anda?? itu terpulang kepada anda....

    "dan orang2 yang paling dahulu ( beriman ), merekalah yang paling dahulu ( masuk syurga ), mereka itulah orang yang dekat ( kepada Allah ). berada dalam syurga yang penuh kenikmatan, segolongan besar dari orang2 terdahulu ( seluruh umat2 nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w ), dan segolongan kecil dari orang2 kemudian ( umat nabi Muhammad s.a.w )".
    [ Al- Waqiah : 10-14 ]

    p/s: maaf dipinta jika ada tersilap bicara tersusun perkataan, dan minta tunjuk ajar...

    0 ungkapan:

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.