Pages

    31 October 2010

    sHin-kAF-waW-Ro'...



    TRW meraikannya buat julung2 kalinya Piala Malaysia

    Piya@ Badri Radzi dinobatkan Pemain terbaik perlawanan..

    Hai-O pula dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan Piala Malaysia


    salam sejahtera 1TRW...
    hanya ucapan syukur 'Alhamdulillah' yang mampu diucapkan, setelah sekian lama penantian kelantan untuk merangkul Piala Malaysia buat julung2 kalinya stelah berpuluh2 tahun menanti, dan begitu juga penantian aku untuk melihat kelantan menang secara 'live' dari stadium selepas 4 kali bertandang ke stadium ( 3 bukit jalil, 1 shah alam ) akhirnya terjawab semalam...

    dengan keberangkatan kami ( ayat, chan, joie, mat min, j-doe (semua bukan nama sebenar) ) dari GV pada pkul hampir pukul 6 dengan ber'mobil'kan kereta khalis (juga bukan nama sebenar), tiba di perkarangan stadium hampir2 pukul 7 setelah bersesakan diatas jalanraya hampir sejam. then, aku berpecah ngan mereka untuk mencari ayah mie untk mendapatkan tiket beserta mencari abahku yang juga turut datang, disamping joie mencari sepupunya untuk mendapat tiket juga.

    ber'posing' didalam lif selom bertolak...

    setelah pencarian2 tiket berakhir dan penemuan abah, kami solat dahulu di surau luar walaupun dah ramai yang masuk ke dalam stadium. dengan gelagat penyokong2 yang mengecat muka, meng'kaler' rambut, timbul perasaan musykil....solatkah diorang?? ( tapi aku suuzon, maybe diorang uzur or solat jama')...malah, ada yang masuk awal ke dalam stadium sejak pukul 4 ptg lagi untuk memastikan tempat duduk terjamin...dan abah terpaksa pulang tengok dirumah kerna aku bagitau kalau masuk stadium tyme tu, sure memang tak dapat duduk da...jawabnya 90 mint berdiri la..so, pulanglah abah. kini, tinggal lagi 2 tiket kosong. kami masuk ke dalam stadium yang sudah dipenuhi penyokong sjak pukul 4 lagi selepas solat. dalam lautan penyokong, kami mencari 'pot' yang terbaik untuk menonton perlawanan yang berprestij ini dan tak mahu melepaskan peluang bersama2 mencipta sejarah.

    laungan "GOMO KELATE GOMO", " GOL..GOL..GOL", OLE...OLE...OLE" bergema kedengaran sejak sebelum start match lagi...disertai dengan 'wave' manusia yang meliputi setiap ceruk stadium mengindahkan lagi suasana stadium, dan stadium yang dipenuhi lautan merah kire2 dalam 3/4 stadium malah tempat duduk n9 masih lagi kelihatan lompng. pada awl permainan, penyokong kelantan terus menyorak hinggalah ketika n9 mendapat penalti, hampir semua jenis botol dibaling dan mercun2 mula dihidupkan untuk terus menyemarakkan lagi semngat 'anok kelate'. dan selepas TRW dapat terus penyamaan, stadium bergema dengan puluhan2 ribu penyokong meraikan gol dan suasana itu berterusan hingga gol kedua dijaringkan, bertambah2 bergema stadium disertai mercun yang berbagai2 jenis dilempar bagi menghangatkan lagi keadaan..aku pon turut menyumbang suara menyorak, hingga hari ni pon masih sakit tekak dan suara pon macam2 ada je...haha..xpe2, skali setahun je...penyokong n9 terus diam membisu
    hingga wisel penamat..

    Alhamdulillah, tiada rusuhan berlaku dan semua dapat pulang dengan tenang dan aman...(dapat gak terserempak ngan Ustaz Baihaqi Atiqullah..huhu),penyokong n9 pon berani untuk bersama2 penyokong kelantan malam tu(tu pon mujur kelantan menang, klu tak...berat gak)...kami singgah di kedai zue untuk makan2 dan solat2 sebelom meuju kembali ke GV...

    "Bo Lawe Stagho Demo, Gomo Kelate Gomo"

    2 situasi berbeza untuk 2 pasukan berbeza
    terdapat 2 lagi tiket free..sape cepat dia dapat..
    menjamu selera di kedai zue sblom pulang
    nasi goreng usa + teh tarik + tea O ais laici = BURPP!!

    p/s;
    1. kan bagus klau manusia datang awl utk beribadah seperti manusia datang awl untuk menyaksikan bola di stadium..
    2. kan bagus kalau manusia i'tikaf lame di masjid sebelum masuk waktu seperti manusia lame menunggu didalam stadium sebelum perlawanan bermula...
    3. kan bgus kalau manusia menggunakan suara untuk menyampaikan ilmu untuk agama seperti manusia menyorak bagai nak gila semalam (termasuk untuk diriku yang masih lagi sakit tekak)
    4. kan bagus kalau semangat manusia berjihad di jalan Allah seperti semangat manusia yang berkobar2 menyokong selama 90 minit lebih..
    5. ada jugak lelaki sanggup bawa wanita ke sana walaupun da tahu majoritinya lelaki disana, berhimpit2, berasak2 bersama kaum 'Adam', kalau la aku, tinggal je diorang kt rumah, ada pape hal...settle lpas match..kan senang...
    6. Exam da dekat, papehal pun...do ur best, ape yang penting...jangan Lupe Allah
    7. "Insan yang cemerlang datangnya dari akal, jiwa yang bersih, hati yang mantap"

    0 ungkapan:

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.