Pages

    15 February 2011

    gadjetdisekeliling.

    xde keje.malas stadi.mangkuk.kerbau balau...

    bekas gula-gula BOB yang selalu menjadi mangsaku ( bukan bekasnya jad mangsa, tapi isinya )...anggaran 10-30 biji sehari...MINTAK HALAL BOB YEEE!!

    buku khazanah PIXMA yang diperoleh secara percuma hasil sistem "batter" ( xtaw eja betol ke x ) dengan pembelian printer CANON. kandungan dalam buku ini amatlah berharga, semua dokumen penting negara tersembunyi didalamnya.

    inilah HTC DESIRE HD yang melampau harganya, rm 2000++, dengan touch skrinnya serta pixel gambar yang menarik bersama jutaan aplikasi yang perlu didownload, masih belum berbaloi harganya. cuma kehadiran wheather yang mampu menarik balik kata2 yang harganya melampaui batas. dia ini pemilik tanah wilayah CELCOM, +6013-2282...

    NOKIA 5730 secondhand yang dibeli dengan harga yang agak2 mahal, rm900++, asalnya untuk mengganti henfon yang hilang, tpi last2 dibaluti dengan salotape. berperanan agak penting dalam mendengari radio ERA dan earphone PHILIPS yang nilainya rm22 menjadi antenanya, sambil aksesori baju david villa yang dibeli di pasar malam dengan harga pasaran sebanyak rm4 sebagai pengindah suasana henfon.


    bekas untuk mengisi benda2 halus serta koleksi2 resit tegak tercacak diatas meja sambil ditindihi 2 buah AL-QURAN ( satu ana yang punya, satu lagi ambil along yang punya ), serta juga ditemani 2 bekas kacamata berwarna oren ( satu dibeli dan satu lagi hasil pemberian zakat daripada firdaus ).


    laptop TOSHIBA yang dibeli dari sweden pada tahun 2008 dengan harga 6000 kronor, menjadi tempat untuk melayani pelbagai jenis maklumat dan info serta menjadi wayang untuk menonton movie yang digeduk dari external hardisk SEAGATE, berkapasiti 500GB mampu memuatkan beribu2 fail dan folder yang harganya cuma rm299. jam PRO TREK yang dibeli di masjid Al-Azim selepas solat jumaat menjadi penunjuk waktu walaupun masanya dipercepatkan 30 minit awal. nilainya rm 30++. mouse dan keyboard bernilai rm 50 yang menggunakan agensi bluetooth bertindak sebagai pembantu dalam menyelesaikan masalah2 laptop yang kadang2nya perangai macam siput sedut. spek hitam yang dijumpai ditanah merah dengan harga asalnya rm10 mampu menangkis serangan sinaran ultra dan kehadirannya menyebabkan orang lain tidak tahu arah pandangan kita. menarik bukan ???

    syiling yang mencecah rm14 hasil simpanan 2 bulan yang lepas. macam eifel tower, tapi kecondongannya seperti menara condong di perak. Hebat!!

    cincin pujaan dari wilayah rantau panjang dengan nilainya hanya serendah rm5, selalu dipakai dimana2 walau dimanapun anda berada. reka bentuk yang ekslusif dan maskulin cukup untuk membutakan sesiapa sahaja melihatnya untuk membelinya.

    p/s: tidak betul buat masa sekarang. perlukan pedoman serta motivasi.
    hilang arah tujuan dan hampir2 membunuh. INGATLAH MEREKA DISANA!!

    0 ungkapan:

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.