Pages

    15 June 2011

    akubimbe

    masya-Allah...indahnya pemandangan ...jom mengindahkan iman!!


    salam...


    petikan yang diambil kosmo.com.my

    Golongan muda kurang amalkan ajaran Islam

    JAKARTA - Golongan muda yang beragama Islam di Indonesia dikatakan berpegang teguh kepada nilai-nilai konservatif, tetapi kurang dari segi pemahaman dan amalan Islam sebagaimana sepatutnya.

    Tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Institut Kaji Selidik Indonesia dan melibatkan hampir 1,500 responden mendapati 98 peratus daripada mereka tidak mengiktiraf hubungan seks sebelum berkahwin. Sementara 99 peratus tidak menerima amalan homoseksual dan 89 peratus lagi menolak pengambilan minuman beralkohol.

    "Rasa tidak setuju mereka terhadap hubungan seks sebelum berkahwin sangat tinggi. Berzina sangat dilarang, manakala menjadi gay atau lesbian pula seakan-akan satu sumpahan. Menyentuh isu-isu ini, kebanyakan remaja Islam Indonesia memiliki pandangan yang konservatif," jelas kaji selidik yang dijalankan bersama Institut Goethe itu.

    Namun, hasil kajian mendedahkan hanya 28.7 peratus responden mendirikan sembahyang lima waktu sehari. Hanya 11.7 peratus memahami ayat-ayat al-Quran dan kurang 60 peratus daripada mereka berpuasa di bulan Ramadan.

    Kaji selidik yang melibatkan responden berusia di antara 15 hingga 25 tahun itu dijalankan pada November 2010. Indonesia merupakan negara yang memiliki paling ramai penganut Islam dengan lebih 80 peratus warganya yang berjumlah 240 juta orang itu beragama Islam. - AFP


    selepas baca keratan ni, perkara ini bukan sahaja berlaku di indonesia, malah di malaysia pun lebih kurang sama sahaja....inilah yang akan berlaku bila umat islam hanya ada pada nama, tetapi tidak mengerti apa islam itu sebenarnya.... orang yang murtad pun sudah berlambak-lambak.....nauzubillahi min zalik...

    "ALLAHUMMA FAQQIHHNA FIDDIN, WA A'LLIMNA A'LA MA JAHILNA"ya ALLAH, berilah hambamu kefakihan(kefahaman,kebijaksanaan,faham sebenarnya) dalam Agama (Islam), dan berilah hambamu ini pengetahuan dalam perkara yang hamba tidak tahu"

    tigasatulima: amiin!!

    0 ungkapan:

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.