Pages

    18 July 2011

    prison break

    dimulakan dengan bismillahirrahmannirrahim...


    salam sejahtera.
    alhamdulillah, tamat sudah 13 episod drama Juvana yang diminati ramai, walaupun tidak sehebat nora elena.
    semua episod tengok tak kira live ataupun yang download.
    sebenarnya, aku bukan nak menceritakan sinopsis tentang drama ini.
    tetapi, aku tertarik dengan drama ini yang macam berkisarkan keadaan negara-negara sekarang secara langsung ataupun tidak.
    iya lah, jika warden raja itu dianggap seperti ketua negara, dimana yang suka songlap duit pelajar-pelajar ini, lebih kurang sahaja dengan pemimpin negara-negara yang suka menggunakan duit rakyat sesuka hati.
    tak kesah la di apa negara sekalipun, tetapi ia tetap berlaku.
    malah cikgu azmee, guard dan botak (sebelum insaf) ini boleh dikira sebagai pengikut ataupun balaci, tidak kira ia benar ataupun tidak, asalkan diorang disogok dengan wang, janji yang manis, pangkat dan sebagainya.
    manakala cikgu zakiah (cit, tak bertudung rupanya) ni boleh dianggap sebagai pihak pembangkang dimana dia menentang kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah, serta berusaha membetulkan minda pelajar-pelajar ke arah jalan yang lurus.
    daim, apek, ayam dan yang lain-lain boleh dianggap pemuda yang mahukan keadilan, sepakat dengan pihak pembangkang yang mempunyai misi dan visi yang sama untuk mengembalikannya kepada fitrah yang sebenarnya.
    biasalah, yang benar pasti menang.
    dan yang dusta pasti kecundang.
    walaupun ia mengambil masa yang lama.
    apa yang penting, usaha itu ada.
    kemudian, tawakal dan doa menyusul.
    sekian.



    dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
    "dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir."


    * berikut merupakan pelakon-pelakon utama drama ini. (aku sahaja meletakkannya)
    *kelik pada gambar untuk versi yang besar dan menarik tertarik.
    *tekan next/prev untuk gambar seterusnya/sebelumnya.




    laparkan harta dan zalim
    balaci, macam baik tapi hakikatnya jahat
    nampak jahat hakikatnya baik, stylo
    ingatkan bertudung, rupanya tidak, ish3!!
    kembali menjadi cikgu di sekolah wira bakti
    juara peninju asia
    ushawan yang berjaya
    ayah kepada 8 orang anak dalam masa 10 tahun. WOW!!
    jadi pak guard sekolah wira bakti


    ini adalah trailer juvana the movie.
    tiada zahiril adzim sebagai daim.
    tiada izreen azminda sebagai cikgu zakiah.
    tapi ada shilla tasha sebagai cikgu zakiah. YES!!


    tigasatulima: maaf merepek dimalam hari, itu hanya tanggapan aku sahaja.
    itu terpulang kepada anda.
    percaya atau tidak?
    bolos saja dinding itu!

    disudahi dengan alhamdulillah...

    10 ungkapan:

    Elie Lily said...

    tak sempat tgk finale nya! nnt nk kena downlod dari utube! T_T

    Faariis said...

    huhu...download utube je ke? gi kat kreativ.net...pilih je kat situ...pon ad gak..

    lalalililulu said...

    cite ni best,...suke tgk...xsangke last2 tuh jd macm tuh....xsuke botak...huhu

    Faariis said...

    HAHA..same la, xpenah miss..yela, cmne2 pun, msti happy ending...besela, botak xdapat hidayah lagi tu tyme tu..HUHU

    Aween Md Zahir said...

    terbaekk ~! mmg besh cte JUVANA tp hopefully jgn lak ade yg menggatal nk masuk Henry Gurney ..hehe

    Faariis said...

    terbhaek wokk!! haha..best mmg best, tp pngajaran yg dpat diambil dpd cite tu lgi besh...

    boleh je klu nk masuk, tp jdik cm daim la...HUHU!

    Wilayah Sepet Kuku said...

    semua sibuk cerita pasal cerita ni..tapi sayang, saya tak follow pulak..aduhaii..tp, mcm besh jek...

    Faariis said...

    haha...memang besh pun, kalu xsempattengok tu, download la...13 episod je pun!!

    Wilayah Sepet Kuku said...

    senyummmlah...nak entry!..

    hehe :)

    Faariis said...

    maaf ye, sibuk sikit sehari dua ni..sorry!!

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.