Pages

    31 January 2012

    detus





    DAMMMMNNNNNN!!


    tiba-tiba kedengaran seperti suatu dentuman kuat yang menghinggap di telinga. tidak semena-mena bunyi itu membuatkan mata aku yang mulanya tertutup rapi menjadi luas membulat. dan aku terjaga dari tidur. lena aku yang dibuai bersama mimpi indah hilang begitu sahaja dek bunyi itu. 


    aku mulai bimbang. jantungku berayun-ayun seperti ombak rindu yang menghempas batu-batu di persisiran pantai. malah otakku juga berlegar-legar seperti burung-burung yang bertebaran di awangan nano. mereka (jantung dan otak) saling bekerjasama dan bertoleransi dalam setiap aspek membuatkan mereka tidak ubah seperti adik-beradik kandung. namun aku masih merasa bimbang.


    aku cuba memeriksa diriku jikalau ada sesuatu yang kurang padanya. dan aku dapati diriku mengalami kebasahan. kebasahan yang melampau-lampau seperti bah yang melanda Kelantan pada suatu ketika dulu. 
    Alhamdulillah, aku dapati aku masih normal. adalah kerna ia merupakan proses homeostasis untuk mengawal suhu badan ketika aku tidur kepanasan tanpa hayunan kipas dinding dengan merembes keringat daripada kelenjarnya yang mana ada padanya kesan penyejukan.


    tapi itu bukan jawapan yang kucari. aku kembali pejamkan mata sambil berfikir sejenak hingga kenampakan arteri-arteri di dahiku. 


    Apakah yang cuba menghantui aku kali ini? Kenapa aku yang dihantukan? Adakah aku yang  pernah bersalah?


    berbagai soalan pelik yang muncul dibenak kepalaku. maka aku beristighfar panjang.
    hatiku menunjukkan keadaan mulai reda dan aku tanpa sengaja melihat jam berjenama Q&Q di tangan kiriku. 


    MASYAALLAH!! 


    perkataan itu terpacul laju keluar dari mulut. rupa-rupanya jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang dan aku masih belum solat Asar apatah lagi solat Dzuhur kerana aku pada mulanya bajet mahu berqoilullah, tapi terlajak beribu batu kerna walaupun aku tersedar diantaranya, aku mengendahkannya. aku dengan derasnya berlari menuju ke bilik air sambil berdetus hatiku, " Inilah jawapannya atas segala kegusaran yang berlaku."


    tigasatulima:
     bagi mereka yang tidak solat, 
    hati mereka tidak tenteram,
     diri merasa seperti berhutang,
     kerana tidak melaksanakan tuntutan Allah.

    4 ungkapan:

    dear anies said...

    detus tu apa?

    Faariis said...

    detus ni lebih kurang ngan getus.

    N said...

    agak2 ar arteri bole nmpk kat dahi an...

    Faariis said...

    oke... salah. taw la nmpk vein..bg hyperbola cket je.

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.