Pages

    04 February 2012

    a scar is.

    Assalamualaikum.

    Saya Ascaris. Nama penuh saya Ascaris Lumbricoides, tetapi kawan-kawan saya hanya memanggil saya Ris manakala kalau dalam kad pengenalan hanya A.Lumbricoides. Memandangkan saya bersaiz XXL dikalangan kaum kerabat saya, mereka menggelarkan saya Gergasi Usus Kecil Cacing Bulat. HA HA HA!! Sungguh kelakar gelaran itu. Saya merupakan parasit kepada manusia yang mana saya selalu tinggal di usus kecil. Orang bagitahu, saya ni merupakan antara parasit  yang biasa menjangkiti manusia di dunia yang fana ini. Bahaya kan? Saya selalunya dijumpai di kawasan Sub-Tropika dan Tropika yang tidak mengamalkan kebersihan sebaiknya. Disebabkan saya ni amat sukakan kanak-kanak, merekalah yang selalu menjadi mangsa keadaan saya tapi kadang-kadang orang tua pun saya lantak.



    Usai sudah dengan pengenalan diri, aku mahu menceritakan tentang satu ceritera mengenai kehidupanku sebagai seekor parasit. Ceritanya begini, ketika aku masih dalam telur lagi dan masa tu aku hanya seekor larva taraf kedua, saya dibawa terbang oleh angin Munsoon. Setelah hampir seharian berterbangan, saya memilih untuk mendarat di atas sepinggan mee goreng basah milik seorang pemuda Melayu. Namanya dirahsiakan untuk mengelakkannya daripada menjadi bualan ramai. Kemudiannya, pemudanya itu mencedok mee tersebut yang aku turut berpaut padanya menggunakan sudu lalu disuakan ke arah mulutnya.

    “Nyum-nyum. Nampak sedap juga mee goreng ni,” kata pemuda ini sambil memasukkan sudu kedalam mulut.

    “Padan muka! Tula, makan tak baca doa. Kalau baca, sure aku terbakar tadi,” balas aku bangga.

    Sebaik sahaja saya di dalam mulut pemuda itu, aku terus berpegang erat pada mee itu sampailah aku tiba di usus kecil. Disitulah aku keluar dari konkongan telur itu.

    “Ahhhh…. Lega rasa pabila merdeka. Aman. Harmoni. Tiada peperangan,” getus hatiku bersama senyuman manis terukir dibibir.

    Aku memulakan pengembaraan dengan menembusi dinding usus agar aku dapat memasuki lebuhraya limfatik ataupun venul, dan kemudiannya aku melalui berbagai kawasan seperti hati, jantung, paru-paru dan akhirnya aku sampai ke alveoli. Aku menetap disitu untuk beberapa ketika sehingga aku menjadi larva yang panjang sekitar 1.5 cm. dalam tempoh 10 hingga 14 hari selepas itu, aku mulai matang dan aku meneruskan aktiviti penembusan terhadap dinding alveoli. Aku mula mendaki ke atas melalui bronchi, larynx dan pharynx dan tiba di puncak oesophagus. Maka disitu aku sekali lagi ditelan.

    Mereka telah membawa aku ke usus kecil kembali. Dalam tempoh 2 hingga 3 bulan aku disini, aku semakin matang dan terus matang sehingga aku menemui cinta sejatiku. Hasil perkahwinanku, isteriku memberikan zuriat sehingga 200 000 telur dalam sehari. Kami hidup bahagia bersama.
    Pada suatu hari, pemuda ini mengalami berbagai masalah yang mana dia sukar untuk bernafas, batuk berkahak berpanjangan untuk 2 hingga 3 minggu, demam, tak sedap badan, dan rasa nak muntah.  Dia kemudiannya bertemu doktor dan disahkan mengalami berbagai penyakit seperti pneumonitis, Sindrom Loeffler, appendicitis, pancreatitis berdarah akut dan jaundice. Hasil pemeriksaan juga mendapati berlaku granuloma dan eosinophilia. Oleh itu doktor melakukan pemeriksaan mikroskop untuk mengenalpasti punca penyakit itu, dan berjaya menemukan telur-telur anakku didalamnya. Tidak puas hati dengan mikroskop sahaja, para doktor melakukan CT scan dan sonography. Mereka akhirnya membuat konklusi bahawa kaum kerabatku adalah punca kepada segala masalah ini. Setelah berbincang dengan pemuda itu, mereka mengambil kata sepakat untuk melakukan pembedahan usus dan disamping itu doktor menyarankan dia mengambil pil mebendazole.

    Tepat pukul 8 pagi pada hari keesokannya, yakni Jumaat, pembedahan itu dilakukan. Para doktor membelah sedikit bahagian usus, dan kemudiannya menarik keluar saudara maraku. Aku menunggu dengan penuh pasrah. Aku tahu masa aku akan tiba juga. Tiba-tiba aku terasa seperti ditarik.

    “abang, tolong abang… saya tak bersalah, jangan tarik saya,” aku menjerit sekuat hati.

    Namun mereka tidak mengendahkannya, malah terus menarikku dengan rakus sehingga badanku terputus dua. Begitulah tamatnya riwayat hidupku. 

    8 ungkapan:

    aiman_masri said...

    kahkahkahkah... aku duk tidur2 jah... ganah mu chan...

    Faariis said...

    aku duk tolol2 jah... sajo eman, puah2..

    dear anies said...

    sih biau betul?

    Faariis said...

    ape yang biau betol tu?

    TasniimAHY said...

    nice bedtime story nie! hehehe :)

    Faariis said...

    huuuu... mengarut je lebey ni... maaf kalau ade tersalah fakta...hehehe :]

    ihsan zakaria said...

    terima kasih bnyak ye chan..membantu nih,esok nye practical aku baca ni je pon cukup rasanya..

    Faariis said...

    ooo.. ade belog ghupenye. ngarut je bnyak. haha. agypun, dalam bm plak tuh. mesty ko xpaham.

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.