Pages

    12 June 2013

    semanisnya pokok itu


    "alangkah mulianya wae hwakkeunhaeya haneungeonji...."

    dari jarak 3 kilometer kedengaran bunyi ini secara sayup-sayup. aku mulai mengagak yang ini bukan bahasa ibunda tanah airku, ia semacam bahasa di planet namek. namun aku tetap meneruskan perjalanan aku. bunyi itu semakin dekat dan semakin jelas kedengaran. 

    lama-kelamaan bunyi sekuat frekuensi1046 Hz itu kini betul-betul kedengaran jelas di telinga aku dan aku terpandang seorang wanita yang seakan-akan Kim Na-na. rupa-rupanya bunyi itu datang dari iphone 5 dia. tengah layan lagu psy rupanya. aku mulai merasa pelik sambil mengerutkan dahi. aku terus menyeluk dompet pada poket dibelakang seluar lalu memeriksa passport aku.

    "ooo... patotlaaa, aku di korea rupenye...", bermonolog aku sendirian. dompet itu kembali aku letakkan ke tempat asalnya. bimbang2 dianggap PATI di korea pulak.

    aku pun terus berjalan dengan gaya gentlemannya mendekati wanita yang irasnya bak Kim Na-na itu. tiba di hadapannya, aku kaku. kaku umpama kayu. tak tahu kenapa aku disitu. nak kata malu, mungkin begitu. aku pun buat tak tahu. 

    "annyeong-haseyooo....", berkata gadis itu kepada aku sambil membuat gaya seperti orang tengah rukuk berkali2. dan tidak semena-mena dia menghulurkan tangan untuk bersalam.

    "aishh, apela yang dia cakap tu. dah la bukan muhrim nak salam walaupun dia ni kim nana." berfikiran aku bersendirian sejenak sambil beristighfar untuk mencari jawapan. 

    "nehi-nehi babuji," menjawab aku tersenyum walaupun tak pasti dia paham ke tak sambil tangan membuat gaya 'tidak'. aku tahu dia kelihatan frust melalui bibik mukanya yang comel itu, tapi apa boleh buat, 'bedosa'. 

    hmmm.....mwol dowadeurilkkayo? bertanya dia kembali kepada aku. serta merta dia menarik balik muka yang frust itu dan terus kembali tersenyum. 

    "okkk...saranghaeyooo...," balas aku tanpa berfikir apa2 sebab je itu bahasa korea yang aku tahu, itu pon terdengar kat radio era walaupun tak tahu apa maksudnya. tangan aku mengelap peluh kecil didahi aku. cuak dengan jawapan yang aku beri melihat kepada mukanya kembali berubah.

    PANG!! DUSH!! DUSHH!!

    melekat satu penampar dan melayang dua tumbukan padu kat muka aku. aku terpinar-pinar dan mula hilang sedar sambil sempat mengecam seorang lelaki seakan-akan Lee Yong-sung berdiri disebelah Kim Na-na dalam keadaan separuh sedar. 

    "Adakah aku dalam cerita City Hunter?" kebingungan aku bertambah dengan tahap sedar semakin kurang. aku pun pengsan.

    .........................

    sebukanya mata aku, aku berada di dalam sebuah restoran yang gayanya seperti berada di korea kononnya. 'Sweet Tree' namanya.

    "hadusshh, mengelamun aku rupanya. kalau betol kan besh. ni mesti kesan postmortem penat kelas forensik berjam2 dari pagi sampai petang, mujur tak mimpi mayat tadi," mengeluh aku sambil mengusap2 pipi gebuku yang masih terasa kesakitan.

    terdapat jelas kesan kemerah-merahan jelas dipipiku. tiada kesan lebam ataupun pendarahan.

    "mungkinkah ini yang dikatakan love bite?" ketawa kecil aku bersendirian memikirkan apa yang dipelajari dengan Dr Siew pagi tadi.

    oppas yang dapat makan makanan korea je. nak gi korea xdapat.


    soft tofu food with rice - rm16.00 (aku)

    bulgogi plate with egg - rm17 (kimi)

    squid rice - rm15.00 (moja)

    dol sok bi bim - rm16.00 (habil)

    ja jang myan - rm15.00 (amin)

    with mr teady 

    main dart pusing pastu dapat kupon.

    Mr Park buat caramel candy berdasarkan bentuk yang kami pilh. 
    aku - star (romantic), habil - car (logical people), roie - sword (unplanned people). haha


    with Mr Park, the owner.

    who are they?? 

    7 ungkapan:

    ^Laila^ said...

    seronok nampak g sweet tree.. best ko dop? :P

    Faariis said...

    ^Laila^ >emmm, sedap? sedap kedai zu lagi, murah pon murah. atas orang la kot, klu lel suka la kot. :)

    Nur A.Z said...

    tapi jajangmyun dia lain lah. dalam tv nampak tebal mee nye.

    Faariis said...

    Nur A.Z > haha. ntah lah. dalam tv laen, realiti pon laen la. dalam tv sume nmpk besa, tp klu beli kecik2 je..

    husnahazimah said...

    assalamualaikum :) seronok baca every of your entry.interesting.

    Faariis said...

    husnahazimah > wa'alaikumussalam. xde mende pon. ngarut je lebey.

    Haziyah said...

    Muncul kembali dgn entry baru..makanan plak tu..:-P

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.