Pages

    01 July 2013

    aku sebenarnya


    Jarum jam Casio dipergelangan tangan kiri aku sudah menunjukkan pukul 12.47 tengahari. Lagi 30 minit untuk masuk waktu Dzuhur. Aku yang sudah mula naik bosan menghadap monitor laptop Asus bermain PES  sejak dari lepas waktu syuruk lagi, cuba mencari topik untuk memulakan perbualan dengan rakan seroomate barunya, Shafik. Walaupun dah hampir seminggu sebilik dan katil sebelah menyebelah, aku masih belum sempat bersembang sapa dengan dia dek sibuk dengan urusan masing2. 


    "Borak pasal bola semalam pon chantek gak ngan budak baru ni," bermonolog aku sendirian. Aku kemudiannya mengambil minyak atar 'Kasturi Putih' lalu mencalitnya pada pergelangan tangan serta tengkukku bagi mengharumkan suasana dan terus berpaling kearah Shafik yang katilnya hanya sejengkal dari katilku. 


    "Assalamualaikum akh Shafik, semalam kan final piala FA, TRW lawan JDT. Enta tengok tak semalam dan sape menang?" tanya aku memulakan perbualan.


    "Ana tak sempat tengok sebab ana pergi mendaki bukit Thobur pada waktu kejadian dan nak check kat internet pun tak boleh sebab internet masih tak jalan-jalan sejak jerebu melanda," sambung aku menjelaskan keadaan yang sebenar.


    Shafik yang tadinya sedang tekun menelaah kitab Madkhal berpusing kearah aku dan berdehem2 melepaskan kahak yang tersekat dikerongkongnya.


    "Waalaikumussalam enta, ana sempat tengok semalam dan TRW menang." balas Shafik ringkas dengan penuh kesopanan.


    "Macamana game semalam, ada macam eropah tak?" tanya aku pendek Shafik sambil tarik hembus nafas cepat-cepat seperti orang tengah bersukan.


    "Perlawanan semalam boleh dikatakan rancak gak la, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang menarik dan seimbang. Pada separuh masa pertama, TRW banyak menguasai padang dan melakukan percubaan-percubaan yang menarik kearah gawang JDT. Hasilnya pada minit ke-16, Ben10 menjaringkan gol dari hantaran cantik thru pass Piya yang melepasi dua pertahanan lawan. Selepas itu, TRW hampir-hampir menambah jaringan melalui Fakri dan Nwakamae, tetapi mujur penjaga gol JDT cekap. JDT yang kelihatan hilang arah pada awalnya membuat kesilapan dengan melakukan dua pertukaran pemain pada babak pertama. Dah la Safee dan Adrezinho kot." jawab Shafik skema dan panjang lebar sambil tersenyum-senyum menunjukkan kepuasan.


    "Lagi-lagi, cepat sambung" pinta aku laju-laju macam esok dah tiada.


    "Separuh masa kedua pulak, awal-awal lagi JDT melakukan pertukaran pemain dengan mengeluarkan Safiq. Perancangan ini nampaknya lebih berhasil pabila JDT kembali untuk memegang bola dan melakukan satu dua serangan. Nunez dan Matyo bermati-matian cuba membolosi gawang TRW, namun Apek serta pertahanan lain mampu menangkis serangan JDT. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, tetapi tiada gol yang dapat diterjemahkan. Akhirnya, wisel ditiupkan pada minit 95 dan alhamdulillah penyokong-penyokong kedua pihak tidak membuat sebarang kekacauan dan kemusnahan. Begitulah tamatnya kisah final piala FA." ulas Shafik dengan panjang lebar sekali lagi dengan penuh kenikmatan yang jelas terlihat diwajahnya. Shafik kemudiannya tersengih-sengih seperti kerang busuk. Ha ha.


    "Ahhhh, penat juga dengar cite enta ni ye," keluh aku keletihan menadah telinga selama hampir 20 minit.


    "Opps, lupe nak tanya. Enta ni asal daripada mana? tanya Shafik selepas tersengih sambil menyapu air liur yang tergelincir keluar dari mulutnya.


    "Ambo oghe kelate sebenanyo," jawab aku bangga dengan menepuk-nepuk tangan didada.


    "HUK ALOOHHHH!! tok ghoyak awa2, kalu dok ambo ceghito kot kelate doh takdi, letih ambo susun ayak bia jadi supo bahaso baku," balas Shafik pantas dalam loghat Kelantan penuh. Riak mukanya jelas menunjukkan dia keletihan walaupun terpalit sedikit kegeraman.


    "Ha ha ha, ambo sajo jah bena, ambo pon tahu doh demo oghe kelate," gelak aku terbahak-bahak sampai nampak kesemua 32 gigi aku.


    PANG!!!


    satu penampar ala-ala Jepun hinggap dimukaku. Kuatnya tamparan itu mengegarkan otak aku dan kesannya aku mulai mata terpinar-pinar dan jalan terhuyung hayang. Lama-kelamaan, dunia ini kelihatan berpusing serta mula gelap gelemat.


    Dan akhirnya aku jatuh. jatuh pengsan. dan ini bukan lagi mimpi.


    "Baru nak ajak solat Dzuhur sama-sama, da kena penampar. Tula, mainkan orang lagi, kan da kena," bermonolog aku sendirian sambil memengsankan diri tanpa sedar.




     gomo kelate gomo!! meney pulok kito trek niii.



    p/s:
    - berapa ramai orang sanggup pecahkan pintu pagar masjid untuk solat jemaah berbanding pecah pagar stadium untuk tengok bola
    - berapa ramai orang sanggup keluar duit beratus untuk sedekah berbanding keluar duit beratus untuk beli tiket walau dari ulat untuk tengok bola
    - berapa ramai orang sanggup bermusafir beratus batu untuk beribadah berbanding bermusafir untuk tengok bola.
    -bola bola jugok, Tuhe jange lupo.

    0 ungkapan:

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.