Pages

    24 June 2014

    manusia hilang itu manusia

    Innalillahi-wainna ilaihi-rajiun..

    terkejut 'unta' ana bila tahu kereta proton Gen2 warna biru berplat WLX 4727 milik sepupu dicuri bersama 2 orang anaknya yang berusia 3 bulan dan 9 tahun pagi tadi. kereta itu dilarikan ketika dia menghentikan kereta untuk menghantar 2 anaknya ke rumah pengasuh dan meninggalkan kereta yang masih hidup enjinnya bersama 2 lagi anaknya yang tidur didalam kereta. 

    ibu mana tak-sedih anak diculik

    tapi Alhamdulillah..

    Allah timbulkan secebis sifat kemanusiaan dalam diri suspek bila dia meninggalkan 2 anaknya itu di tepi jalan 5km dari kawasan kejadian. malah mengikut anaknya yang berumur 9 tahun, suspek siap berkurang ajar balik bila tanya, "lu nak hidup ka nak mati? kalau mau hidup, turun sekarang bersama adik lu?" dan fuhh!! mujur orang yang ternampak budak yang berpakaian sekolah sambil mendukung adiknya menghantarnya kembali ke tempat kejadian. kalau orang lain yang jumpa budak tu pulak culik, lagi parah. kes pun makin rumit tambah polis pon makin pening. Nauzubillahi-min dzalik!!

    olololo.. mujur tak diambil budak comel ni

    huh!! Masya-Allah..

    dah la suspek disyaki 2 orang pelajar kerana berpakaian lengkap uniform sekolah. sebagai pelajar, jelas banyak kesalahan yang dilakukan disitu, seperti tidak menjalankan amanah sebagai seorang pelajar iaitu belajar, ponteng sekolah, curi kereta, hampir culik budak, tinggal  budak tepi jalan, membuatkan ibu budak menangis, dan banyak lagi. terdapat pepatah melayu yang berbunyi: 
    "kecik-kecik taknak mampos, besar-besar menyusahkan orang." 
    memang sangat serasi dan padan. puihhh!!  

    nama anak sepupu pon tak-ingat. demm!!

    hmm.. Astaghfirullah-al adzim....

    bilamana saat manusia telah hilang sifat kemanusiaan, dia akan menjadi seperti haiwan yang buas, ganas  dan dikuasai nafsu. maka tiada mustahillah untuk mereka melakukan sesuatu diluar akal dan tabi'i manusia. dan memandangkan kita sekarang berada di akhir zaman, tak peliklah benda-benda ini berlaku. dan benarlah Nabi SAW pernah berpesan: 

    “Jauhilah kezaliman, sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat. Jauhilah kebakhilan, sesungguhnya kebakhilan itu telah membinasakan (umat-umat) sebelum kaum mereka saling membunuh dan menghalalkan apa-apa yang diharamkan.” 
    (Riwayat Al Bukhari).

    wartawan tv3 pon datang

    lastly, nak cegah bendalah cenggini memang dah susah melainkan Islam dilaksanakan sebetulnya dan sepatutnya. so, before that laksanakanlah Islam dalam dirimu, baru nanti tertegaknya Islam yang sebenarnya. hukhuk!! dan lagi, memandangkan sekarang zaman yang menggerunkan, kenalah lebih berhati-hati agar benda ini 'not fruit twice'. 
    wassalam..

    3 ungkapan:

    aiman_masri said...

    Fuyyo.
    Alhamdulillah slmt.

    Cik karmila said...

    kes culik ni memang penah hangat kat tadika saya baru baru ni....seyes takut sangat...sem0ga semua anak anak dilindungiNya..

    nae nematoda said...

    kecik-kecik taknak mampos, besar-besar menyusahkan orang...
    hah , memang sesuai la sangat pepatah tu...

    nasib baik, anak-anak selamat...

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.