
epat pukul 6.20, tibalah pasukan yang bergelar Team Medical Dragon yang mewakili FPSK ( bergabung ngan FpG jugak ) di Pavillion USIM, Nilai, N9 darul khusus...setelah bergerak dengan sebuah bas mini yang dipandu selaju 110km/h di lebuhraya, hanya 45minit masa diambil untuk tiba dari Menara MPAJ, Ampang ke Nilai...
setibanya disana, sebelum melakukan senaman pemanas badan@stretching, kami disajikan perlawanan diantara FPBU menentang FPQS ( merupakan johan untuk tahun lepas )...dan perlawanan itu berkesudahan dengan FPBU menewaskan FPQS dengan jaringan 2 berbalas kosong...dan gol2 telah dijaringkan oleh dua pemain import dari Nigeria....
jeng...jeng...jeng...jam mula mengorak langkah menunjukkan pukul 6.45pm, maka masuklah pasukan kebanggaan kita ke dalam padang untuk menentang pasukan dari FST, yang telah tewas dalam dua2 perlawanan sebelumnya dengan FEM dan FSU...pasukan FPSK memakai jersi putih sedangkan FST memakai jersi spain ( merah )...
hampir2 pukul 6.47, priitttt....wisel dibunyikan oleh pengadil perlawanan menandakan perlawanan telah bermula....setelah serangan bertali arus yang dilancarkan oleh FPSK, pada minit ke 4, Akmal Khalis ( right winger ) telah menjaringkan gol sulung yang tidak dapat diselamatkan oleh Wajdi ( goalkeeper FST ) dari sudut yang agak2 sukar....dan sekali lagi pada minit ke 16, Sulaiman pula menjaringkan gol dengan hanya menolak bola ke dalam gawang hasil lorongan cantik ala2 Febregas dari vice captain, J-doe...separuh masa pertama tamat dengan FPSK mendahului 2-0...dan terdapat dua peluang keemasan yang disia2kan oleh FPSK...
5 minit setelah waktu rehat, pemain kembali bersemangat waja dan wira untuk memulakan second half....serangan dari kedua2 pihak telah merancakkan perlawanan dan pada minit 35, pemain gantian yang baru masuk, Muslim telah menjaringkan gol ke-3 untuk FPSK hasil bola lantunan terkena palang dari sepakan Kamal dan dia hanya menanduk bola itu dengan mudah dan bergaya ke dalam gawang pihak lawan..banyak peluang yang dibazirkan oleh FPSK, kira2 dalam 4 peluang terbaik untuk menjaringkan gol lebih...prittt..priittt..prriitttttt...tamatlah sudah perlawanan diantara FPSK dan FST yang berkesudahan FPSK 3 dan 0 untuk FST...
tetapi, malangnya..FPSK tidak layak untuk ke separuh akhir apabila FEM dan FSU seri 1-1 dan setakat itu sahajalah perjuangan pasukan bola sepak FPSK untuk SUFA kali ini...
FPSK : hanip, paan, salman, jijol, najmee, khalis, hazim, kimi, j-doe, sulaiman ( muslim, 32 ), kamal...subs : anuar, bedeng, hafiz tevez, wafiy, azraie, ayat...
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
antara paparan yang sempat dirakam pihak media....








begitu hambar dengan kehadiran penonton


sebagai kesebelasan utama...sambil mengikat tali kasutnya..




dengan umair tentang kelemahan FST..


FST bertemu dengan FPSK dalam perlawanan itu


kerna goalkeepernya menangkap bola back pass

0 ungkapan:
Post a Comment