Pages

    17 March 2010

    putcal...put-cal....putsal






    15/3/2010


    jam tangan PRO TREK yang senantiasa bersemadi di pangkal lengan
    menunjukkan pukul 10.16 malam waktu Malaysia, kelihatan pemain2
    berdebar2 untuk beraksi untuk perlawanan menentang FST buat
    terakhir kalinya...dan selepas pasukan FEM dan FPQS seri dalam
    perlawanan terakhir liga, FPSK perlu menang untuk melayakkan diri ke
    separuh akhir...


    tepat sahaja pukul 10:23:45, pemain2 kelimaan utama masuk ke
    gelanggang yang terdiri daripada Bedeng ( gk ), Kimi, Hazim, Azizul,
    J-doe ( c )...mereka bersemangat sekali untuk memenangi perlawanan ini
    kerna hanya dengan kemenangan sahajalah mereka mampu layak ke
    separuh akhir buat julung kalinya dalam penubuhan FPSK...
    permainan dimulakan setelah sepak mula dilakukan di bulatan tengah,
    FPSK bermain secara agresif dengan hantaran2 dekat serta permainan
    secara terbuka..tanpa menunggu lama, Hazim menjaringkan gol
    pembukaan pada minit ke-3...dan ketika permainan separuh masa pertama
    hampir tamat, Akmal Khalis menjaringkan gol kedua untuk FPSK...


    setelah perlawanan disambung untuk separuh masa kedua, FPSK terus
    menerus melancarkan bertali arus, namun diakhiri dengan penyudahan
    yang tumpul...tiba2, FST melancarkan counter attack dan berjaya
    merapatkan keadaan kepada 2-1 setelah pemain FPSK lalai melancarkan
    serangan...dalam keadaan terdesak, serangan demi serangan dilancarkan
    untuk menjauhkan jarak gol dan 2 minit sebelom tamat permainan,
    pemain FST menjaringkan gol sendiri yang menceriakan penyokong2
    FPSK diluar gelanggang dan menjadikan FPSK mendahului 3-1....apabila
    pengadil meniup wisel penamat, berakhirnya perlawanan yang
    berkesudahan FPSK menang 3-1 ke atas FST...



    perlawanan diantara FEM dan FPQS

    bedeng kelihatan tenang dihadapan gawangnya

    asyik2 FPSK je serang, bosannye....keluh bedeng..

    bila la bola ni nk sampai kt aku...baik xpayah ada keeper cmni...rungutnya lagi

    azri tetap menyokong FPSK walaupun fakultinya sedang beraksi




    ...................................................................................................................................

    16/3/2010

    pada keesokan harinya, FPSK dikhabarkan bakal bertembung dengan
    pasukan yang baru menjejakkan kaki ke USIM, pasukan Tamhidi...sekali
    lagi, pasukan FPSK yang datang dari jauh untuk ke Nilai semata2 untuk
    menamatkan perjuangan mereka dalam arena futsal edisi SUFA 2010...


    pukul 8.37 malam, perlawanan separuh akhir diantara FPSK dan Tamhidi
    dimulakan dengan pasukan FPSK mengambil sepak mula...seperti
    kebiasaanya, FPSK bermain secara baik dan melakukan hantaran2
    menarik untuk mengawal perlawanan...tetapi, penyudah yang
    diharap2kan tidak muncul...bahkan apabila Tamhidi melakukan serangan
    balas, mereka berjaya membolosi gawang FPSK pada minit ke 5...dan
    separuh masa pertama tamat dengan Tamhidi mendahului 1-0..

    pada separuh masa kedua, dengan pertukaran pemain yang dilakukan
    diantara j-doe - kimi - akmal, FPSK terus mengawal permainan, namun
    apa yang diharapkan iaitu 'gol' masih belum diterjemah oleh pemain..dan
    penjaga gol Tamhidi juga bertindak dengan baik menidakkan beberapa
    percubaan menarik dari hazim, kimi dan akmal...minit demi minit terus
    berlalu tanpa sebarang gol berjaya dijaringkan oleh dua2 pihak dan
    perlawanan itu tamat dengan kemenangan berpihak kepada Tamhidi
    dengan 1 berbalas 0 walaupun FPSK bermain lebih baik daripada
    Tamhidi bak kata pepatah " adat permainan ada menang dan kalah "...so,
    mestilah salah satu akur dengan keputusannya...



    pasukan sedang melakukan senaman lipatan kaki sebanyak 70 degree


    regangan kaki dilakukan untuk melonggarkan joint2 yang ketat

    gabungan dilakukan untuk meningkatkan hubungan silaturrahim

    goyangan pinggul inul disertakan untuk mengurangkan stress

    regangan bahu dilakukan j-doe untuk memudahkannya berlakon

    akmal begitu enjoy dengan senaman2 yang dilakukannya...

    bedeng, gk berpengalaman yang bakal mengganti halim napi

    ijoy memerhati bedeng berlatih

    kimi meng'usha' pasukan lawan berdansa

    najmee frust pabila dia xdapat bermain

    pemain mula menghampiri bulatan tengah

    skuad..skuad...sedia...kata pengadil




    ..............................................................................................................................


    .......FPSK terpaksa menentang pasukan FSU untuk menentukan tempat
    ke-3 dan ke-4...setelah berehat hampir dalam 1 jam 45 minit sambil2
    menonton perlawanan separuh akhir futsal bagi kategori wanita...
    FPSK menyenaraikan pemain2 yang hampir keseluruhannya pemain
    simpanan dengan meletak Cino (gk), Najmee, Azizul, Azraie dan Ayat..


    sepak mula dilakukan oleh FPSK, tapi pada separuh masa pertama
    kelihatan pemain2 berjaya FSU mengawal permainan dan berjaya
    menjaringkan 1 gol hasil jaringan menarik Zulhilmi, pemain2 FPSK juga
    melancarkan serangan dan hampir2 mendapat gol apabila Azraie
    menendang bola kearah gol, namun palang menjadi penghalangnya dan
    terdapat juga percubaan2 daripada Ayat, tetapi singgah didakapan
    penjaga golnya..separuh masa pertama tamat dengan FSU memisahkan
    jarak dengan 1-0..


    pada separuh kedua, abg Azrul ( coach ) memasukkan semua pemain2
    utama untuk mendapatkan gol dengan Bedeng (gk), j-doe, akmal, najmee
    dan azizul...ternyata percaturan itu berhasil dengan hantaran2 menarik
    kembali menghantui pihak lawan, tetapi dengan sedikit kealpaan,
    zulhilmi sekali lagi meledakkan gol untuk FSU mendahului 2-0...dengan
    semangat yang pantang menyerah kalah, FPSK tidak berputus asa
    melancarkan serangan bertali arus dan usaha itu berhasil apabila
    keadaan memaksa zulhilmi menolak bola ke gawang sendiri untuk FPSK
    merapatkan jurang kepada 2-1...permainan makin tegang apabila
    pengadil tidak mengesahkan jaringan volley j-doe yang dikatakannya
    bola terkena tangan padahal bola itu ditahan menggunakan bahu..dan
    pada 5 saat terakhir, akmal melakukan tendangan kencang dari sudut
    yang sukar dan bola itu berjaya menerjah ke jaring FSU...dan selepas
    gol itu, pengadil meniupkan wisel penamat dan menandakan masa
    tambahan diperlukan kerna keadaan sekarang seri 2-2...


    hanya 2 minit diberikan untuk rehat...selepas itu, pemain2 kembali ke
    gelanggang memerah keringat untuk menentukan siapa pemenangnya..
    pada separuh pertama masa tambahan..kedua2 pasukan buntu untuk
    mendapatkan jaringan tetapi FPSK terus mempamerkan corak permainan
    seperti Arsenal..dan pada separuh masa kedua, terdapat beberapa
    peluang yang disia2kan oleh pemain FPSK untuk menjaringkan gol
    kemenangan.. sekali lagi apabila tiba waktu kecederaan, azizul,pemain
    yang selalu berada dibelakang untuk mengawal striker pihak lawan naik
    ke atas untuk menjaringkan gol kemenangan ketika permainan berbaki 1
    minit ...dan penyokong2 menyorak kegirangan menandakan perlawanan
    bakal tamat dengan kemenangan bakal berpihak kepada FPSK..beberapa
    saat kemudian, pengadil meniup wisel penamat menandakan FPSK
    berjaya mendapat no.3 dan disamping itu, turun hujan renyai yang
    dianggap hujan rahmat yang turut meraikan kemenangan yang diraih
    oleh FPSK.. maka pulanglah pemain2 FPSK dengan berpuas hati
    walaupun berjaya mendapat no.3....ALHAMDULILLAH


    penyokong2 bergerak kerna perlawanan diadakan di gelanggang sebelahnya

    pemain2 FSU bergambar sebelum menerima kekecewaan

    keepernya yang beraksi hampir2 baik

    qori, pemain FSU yang meranapkan impian bola sepak FPSK...

    pengadil meghiruk pikukkan keadaan yang tenang
    dan berat sebelah terhadap perempuan

    azraie (ijoy) sedang melakukan kick-in

    akmal sedang memberi arahan kepada kimi and bedeng wa j-doe

    pemain2 mula masuk padang untuk 2nd half

    kelihatan qori berlegar2 ditengah dan cepat penat ketika bermain..

    2 ungkapan:

    aiman_masri said...

    hujan rahmat x ley blah... siot mu can...

    Faariis said...

    sengoti eh emang..dop caye tanyo sep2 ni...tyme nok abis mene, hujan pon turun dengan renyai-nya

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.