berbalik kepada 'main point', FPSk berjaya melanjutkan kemenangan mereka ke pusingan FINALE...dan sekali lagi bertemu musuh utama, FSU yang telah diketemukan di dalam liga sebanyak 2 kali...1 menang dan 1 kalah....dan pada malam yang sungguh permai lagi ranum..pertemuan untuk kali ke 3 telah dirancang untuk menentukan siapa jaguh segala johan...dan ini bukan jaguh kampung, tapi johan universiti...betapa besar bedanya..
sebagaimana yang telah dimaklumkan, bahawa FINALE ini akan bermula pada pukul 8 malam...tp, setelah kami tiba, kelihatan didalam dewan masih lengang..umpama padang terbiar yang dihuni lembu2 lapar..inikah janji MELAYU?? setelah bertanya kepada AjK, pukul 8 malam itu hanya gimik semata2.. kerna mereka tahu orang akan semakin lambat jika waktu itu dilambatkan..satuu jawapan yang bijak..boleh diterima..hampir dalam pukul 8.40 pm, dewan hampir dipenuhi makhluk2 USIM dan 5 minit kemudian, bermulalah majlis ini dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaramu dan USIM terus majju...
ajk berbincang untuk memastikan semuanya bergerak lancar
umpama menggunakan PETRONAS didalam perjalanan...
umpama menggunakan PETRONAS didalam perjalanan...
kemudiannya, dijemput pula Ubaidah untuk mengalunkan bacaan doa beserta terjemahan doa itu..selesai sahaja doa diaminkan, muncul pula pengarah kejohanan yang juga merupakan pendebat USIM, Naim...tutur katanya begitu lancar dan cara penyampaiannya begitu menarik, serta suaranya yang begitu mantap yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T..ucapan perasmian pula yang disampaikan oleh NC, YB Prof. Dato' Dr Muhammad Muda...ucapan itu dirasakan begitu lama kerna kurangnya konsentrasi kitorang terhadap ucapan itu..kami tak salahkan sesiapa..salahkan diri sendiri pon tiada guna...salah mereka yang terasa...
kluk..kluk..kluk..bunyi kasut NC yang selesai menyampaikan amanat perasmian majlis dan beredar kembali ke tempat asalnya...tepat pada pukul 9.10 malam, para pedebat dijemput masuk untuk memenuhi ruang perdebatan yang disediakan..melihat kepada tajuk utama diatas,itulah tajuk yang digunakan oleh pihak pembangkang sebagai usul mereka dalam perdebatan yang menyaksikan pihak kerajaan mengatakan 'tidak' kepada tajuk tersebut... FPSK menjadi pembangkang dan FSU menyandang amanat sebagai kerajaan dalam "Battle of The Night" ini...
perdebatan dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Agong dan diapit oleh 2 penjaga masa yang comel molep dengan loceng dan jamnya..begitu tertarik dengan YDP yang sentiasa ada sahaja humor dalam benaknya... semua tips2 yang direkanya begitu menghiburkan serta mengundang muscle pipi untuk contract..perdebatan dimulai oleh PM dari kerajaan dengan menerangkan maksud tajuk yang dibahaskan secara _______ dan konseptual, mengikut analoginya, buah yang rosak mesti datang puncanya dari akar...buah yang rosak ini menggambarkan kepada pekerja yang tidak berintegriti dan akar pula merujuk kepada sistem pendidikan...tp, klu buah tu rosak kerna ada ulat didalamnya, adakah akar yang menjadi mangsa?? seterusnya ammar mengambil perananya sebagai ketua pembangkang membidas usul yang diusulkan oleh PM dengan analoginya yang berbunyi, kalau kita makan roti canai...dan kita sakit perut..adakah kita nak salahkan roti canai?? bangkit pula TPM yang menegakkan hujah mereka sambil membidas analogi...klu kita hanya makan roti canai, takkan nak salahkan makanan yang lain pulak..sambil memberi isi tentang pembelajaran dan pengajaran, kaedah teori dan sistem peperiksaan...terbitlah pula pembangkang yang ke 2, bro Qayyum yang mencanang hujah2 kerajaan yang kelihatan superficial dan turut menghasilkan analogi tentang roti canai juga...setelah berakhir ucapan bro qayyum, Menteri Pertahanan melipat dan menggulung semua hujah2 yang diutarakan pihak pembangkang dengan lemah lembut umpama melipat kain yang kering setelah dijemur di ampaian...dan tibalah pendebat yang dinanti2 ramai, bro din sebagai pembangkang ke 3 yang mampu menggelikan ketiak dan bahagian mid-axillary line tanpa disentuh..hujah2nya yang terselit humor dan gaya persembahannya yang lucu serta analoginya yang berbaur2 lawak..sehinggakan hakim pun tak mampu menahan gelak tawa dengan telatahnya..
akhirnya, konklusi hujah pihak pembangkang disampaikan oleh ammar dan pihak kerajaan pula melantik TPM untuk mengakhiri kalam hujah..
kedudukan (dari kiri) :
basri-MP, izzat-TPM, zarqashi-PM,
JM 1, YDP, JM 2,
bro qayyum-PB 2, ammar-KPB, bro din-PB 3
basri-MP, izzat-TPM, zarqashi-PM,
JM 1, YDP, JM 2,
bro qayyum-PB 2, ammar-KPB, bro din-PB 3
tamatlah sudah perdebatan yang begitu sengit ini..dan tibalah masa untuk hakim berkumpul mengira markah bagi menentukan siapakah juara pada edisi ini...disamping itu, kami dijamukan dengan tarian zapin yang boleh la tahan..10 minit kemudian, dimulakan dengan kata2 ketua hakim mengenai pertandingan akhir ini dan seterusnya pengumuman dan penyampaian hadiah kepada mereka yang layak...
pasukan tamhidi menjuarai debat untuk kategori bahasa inggeris
dan izhar idrus turut menjadi pendebat terbaik..
dan izhar idrus turut menjadi pendebat terbaik..
dan klimaksnya dalam penentuan siapakah bakal menjadi johan untuk kejohanan debat NC USIM 2010 kategori bahasa malaysia...dan begitu juga siapakah yang bakal merangkul sebagai pendebat terbaik untuk malam yang penuh gemilang itu...LUB DUP LUB DUP (bunyi jantung berdegup kencang)....johan untuk edisi 2010 bagi kategori BM jatuh kepada..............!!
clapp!! x10 + bummm...bammm...bommm.. yahooooo!! hurreyyy!! alhamdulillah....
sebagaimana yang sedia maklum, selepas kejohanan ditangguh...sesi penggambaran mula mengorak langkah demi langkah..tiada siapa mampu menghalngnya....
p/s: bangga pulak rasenya jadi budak FPSK ni..haha..dan bangga dapat meonton hanya 1st match dan last match dan kedua2nya menjanjikan kemenangan...turut bangga gambar terselit 3 kali dalam slide show...hua3!!~
2 ungkapan:
nama pendebat terbaik kategori english bukan izhar idrus,tapi izhaar fazlie la.hehe
ooo.....budak ni gtaw nme tu..so tulis je la...lbih kurg je pon..
Post a Comment