Pages

    23 June 2010

    aKu........( 1 )


    aku merupakan aku. tiada aku melainkan keizinan Dia. aku, aku, dan aku. aku mempunyai 2 teman, kau dan awak. kau dan awak begitu berbeza. kau selalu mendampingi dan bermesra dengan aku. aku suka akan kau, tapi kadang-kadang kau selalu cuba menguasai aku. kau begitu kuat sampaikan aku senantiasa tertewas dengan kekuatan kau itu. aku tahu yang kau boleh berubah, tetapi aku memerlukan pertolongan awak. awak sangatlah istimewa. hanya dengan pertolongan awak, aku berdaya mengawal kau dengan izin Dia. untuk merealisaikan impian aku, aku selalu cuba mendampingi dan mendekati awak, namun biasanya aku tersungkur di tengah jalan dek pujukan rayu kau agar aku menjauhi awak. aku menggagahkan diri untuk menadah tangan berdoa kepada Dia supaya dipermudahkan jalan untuk mendekatkan aku dengan si awak. tapi apakan daya, aku hanya merupakan insan biasa. aku tak mampu untuk menepis setiap ajakan kau, namun aku telah sedaya upaya mengelak yang akhirnya membuatkan kau tergelak. aku terus cuba dan terus mencuba mendekati awak. aku juga mengerti, aku tidak mampu untuk memikat awak melainkan dengan hanya aku mengenali Dia terlebih dahulu. aku mengenali Dia, tetapi aku tak mengenali Dia sedalam-dalamnya. aku cuba, kadang-kadang aku tersekat dengan kehadiran kau. wahai Sang Pencipta aku, kau dan awak, kurniakanlah aku kekuatan untuk mengenali-Mu sedalamnya, memiliki awak sepenuhnya dan mengawal kau secukupnya. aku hanya mampu meminta darimu, tiada yang mampu merealisasikan hanya melainkan Dia. dan aku memohon ampun dari-Mu jika ada setiap kesilapan dan kebodohan aku membawa kepada kemurkaan-Mu...aku terus berharap kepada-Mu....hanya pada-Mu..






    kata-kata yang terkena tepat padaku...

    daripada Kalam Hikmah Syeikh Ibnu Atoillah as-Kandari yang amat mendalam maknanya...


    "bagaimana akan dapat bercahaya hati seseorang yang gambar-gambar dunia ini terlukis dalam cermin hatinya; atau bagaimana akan berjalan kepada ALLAH, padahal kakinya masih tertambat oleh syahwat nafsunya; atau betapa loba (dapat) masuk ke Hadirat Tuhan, padahal ia belum bersih (suci) daripada junub kelalaiannya; atau bagaimana mengharap akan mengerti rahsia-rahsia yang halus, padahal ia belum taubat dari kekeliruannya."



    2 ungkapan:

    eman_masri said...

    huhu, ingat ayat2 jiwang... upenye tazkirah...

    suke perenggan last

    aL-FaRisY~(",)~ said...

    haha...em, aku pon suke jgop prenggan last tuh..amat bemakno..

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.