Pages

    06 December 2010

    bASO cHAN bODO!!~

    Assalamualaykum..... salam 1 Muharram 1432



    alhamdulillah, dengan tibanya tahun baru, moga-moga kita dengan bertambahnya umur seiringan dengan bertambahnya keimanan dan ketaqwaan kita. maka oleh itu, jom kita bersama-sama berdoa doa awal tahun mudah-mudahan tahun baru ini bertambah elok dan baik berbanding tahun lepas.



    dan alhamdulillah juga hari ini terlerai sudah segala kekusutan dan keresahan yang bermain di minda dan jiwa, walaupun keputusan kali ini ada yang turun dan ada yang naik, itulah yang terbaik untuk kita. setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, jangan kerna apa yang kita dapat itu tidak memuaskan hati, kita akan menyalahkan takdir.

    ehemm..mungkin diri tertanya-tanya, kenapa title blog sebegitu rupa kejamnya, ia tidak lebih kepada mnemonic semata-mata, mnemonic kepada result final 3rd sem. dapat ( B+ C- B ). ia boleh menjadi sesuatu yang negatif dan kadang-kadang juga boleh menjadi sesuatu perangsang kepada sesuatu yang positif. ia juga boleh menjadi " Bangun Chan Bangkit", sebagai pendorong untuk menjadi lebih baik.

    dan kepada mereka yang berjaya dengan lulus dan cemerlangnya, diucapkan tahniah dan takziah. tahniah kerna berjaya mendapat keputusan yang baik dan takziah semoga dapat me'maintain' keputusan/make it better dan semoga jangan timbul rasa bangga diri dan riya'...hahaha....tahniah la kepada tasniim dan laila kerna mendapat "straight A solid" (Antuma Amatlah Awesome), mnemomic untuk result korang berdua, dan tak lupa tahniah kepada kepada ihsan dan bedeng dengan result korang ( Antuma Budak Brilliant )....semoga dapat maintain dan meningkatkan result-result korang.( maaf, tulis yang diingati sahaja)




    dan bagi mereka yang tak mendapat seperti yang diimpikan, janganlah terlalu sedih. ia mungkin sesuatu yang "sotong disebalik mee goreng basah", yang kita rasa ia memeritkan sepertiterpijak paku besi berkarat, padahal dalam tanpa kita sedari ia merupakan "permata putih di dalam tiram" yang menjadi impian semua. ingatlah, kalau kita berusaha 'gile babi" sekalipun tanpa pengizinan Allah ia menjadi sia-sia belaka, tapi Allah sekali-kali tidak akan menzalimi hamba-hamba-Nya. mungkin ia merupakan ujian. menguji taraf iman sesorang itu. tapi ia tidak akan melebihi kemampuan hamba-Nya. hubungan dengan Allah menjadi priority untuk dimuhasabahkan bagi seseorang muslim yang telah berusaha bersungguh-sungguh pabila dia gagal, namun kita hendaklah mengambilnya secara positif. cuba kita tengok kisah nabi ayub, betapa besarnya kesabarannya dalam menghadapi segala musibah yang melanda ( untuk mendapat kisah lanjut, tekan sini ).

    Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)

    "Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

    kalamul akhir, hiduplah dengan gembira. jangan ditangisi benda yang lalu. janji Allah itu pasti.

    -wassalam-

    p/s: psssttt.....shuuuhhh!!

    2 ungkapan:

    ^Laila^ said...

    lol.. chan2.. no need to mention my name kt sini.. i'm not that good pun.. biasa2 je.. tasniim tu mmg la.. sopmo doh dpt straight A.. aishh.. thanks btw.. jom sm2 usaha lagi.. pro xm menunggu!~ chaiyok2..

    Ahmad Faris MZ said...

    haha...em, xpe...skali skala ssoho....payoh doh nok buleh...anyway, congratz r..kato doh, sep2 sri aman bijok2 lakow...haha

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.