Pages

    17 June 2011

    akubernasyid

    cantik bukan pemandangan palic lake ni!! nak mandi rasanya..


    salam...

    tadi aku maen la tekan2 remote ni....pastu tup tup berhenti kat channel 114, tyme tu plak dye cerita pasal nabi yunus dan ikan nun...dan secara tiba-tiba pulak, teringat aku akan sebuah nasyid zaman kecik berhingus pasal nabi yunus... maka dengan automatik, aku menge'search' la lagu ni kat youtube...cari punye cari, jumpe la video budak taska nyanyi lagu ni...so, terubat la nak dengar lagu ni,,, hehe...layanzz



    Wahai kawan-kawan mari dengar cerita
    Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan Nun
    Wahai kawan-kawan janganlah bimbang
    Nabi Allah tetap dalam pembelaan
    2x

    Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
    Sembahlah Allah yang Maha Esa
    Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
    Jauhi perbuatan yang sia-sia
    Seruan nabi tidak diterima
    Nabi diejek dan nabi dihina
    Baginda tidak berputus asa
    Walau dicaci, walau dihina
    Akhirnya nabi merasa hampa
    Umatnya masih menderhaka
    Lalu dia pergi membawa hati
    Ke tepi pantai seorang diri

    Baginda menumpang kapal pedagang
    Membawa diri ke rantau orang
    Malangnya laut bergelombang
    Hamper karam di tengah lautan
    Bila diundi nabi merelakan
    Terjun ke laut yang bergelora
    Baginda ditelan ke perut ikan Nun
    Gelap gelita tiada terkira
    Sedarlah baginda akan dosanya
    Dihukum Allah begitu rupa
    Menangislah nabi sentiasa
    Memohon ampun dari tuhannya

    Begitulah kisah seorang nabi
    Diuji Allah begitu sekali
    40 hari, 40 malam
    Barulah taubatnya diterima tuhan

    Wahai kawan-kawan mari dengar cerita
    Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan Nun
    Wahai kawan-kawan janganlah bimbang
    Nabi Allah tetap dalam pembelaan
    2x

    tigasatulima: selamat menonton wahai kawan kawan!!

    0 ungkapan:

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.