this is for you and me...
gambar ini tiada kena mengena dengan yang kartun atau realiti.
ni aku ade la terbaca.
terbaca pun dari aplikasi dalam 'htc desire hd'.
makanya, aku pun nak kongsi lah.
sebab lu kongsi, lu hepi.
tapi kalau lu dengki, lu pikir sendili la.
begini ceritera nya....
telah diolah secara tidak sebegitu sempurna.
ini kisah vintaj.
ada satu makhluk Allah ni (namanya dirahsiakan sebab faktor-faktor keselamatan tuan nama tersebut), telah mengumpulkan harta sebanyak tiga ratus lima belas ribu (kaya ni pada waktu itu) dengan usahanya sendiri melalui pekerjaannya iaitu dalam sektor perdagangan dan penjualan. beliau (bukan nama sebenar) juga memiliki tanah, bangunan dan segala jenis kekayaan di muka bumi Allah ini. kemudian, beliau telah membuat keputusan yang beliau akan menghabiskan masa dalam setahun dengan keseronokan, kefoya-foyaan, hidup dalam kesenangan dan kemewahan, dan selepas daripada itu beliau akan menentukan macammanakah akan kehidupan masa hadapannya.
akan tetapi, sebaik sahaja beliau berhenti mengumpulkan harta untuk hidup senang-lenang selama setahun itu, secara tiba-tiba malaikat maut muncul untuk memisahkan roh dari jasadnya.
beliau mencuba, dengan setiap hujah dan bahas yang beliau lontarkan untuk memujuk malaikat itu agar menunda tarikh kematiannya. walaubagaimanapun, malaikat itu tetap berkeras dan tetap pendiriannya. kemudiannya, beliau berkata: "izinkan aku untuk hidup selama 3 hari lagi dan aku akan bagi kamu satu pertiga hartaku. ok?"
malaikat itu enggan menerima suapan itu, dan terus untuk menarik nyawa si beliau itu.
dan kemudiannya, beliau berbicara lagi:
"sekiranya kamu memberi aku peluang selama dua hari di dunia ini, akanku berimu dua pertiga akan hartaku yang banyak itu."
tetapi malaikat tidak mengendahkan tawaran tersebut. dan malaikat tersebut lebih berkeras untuk tidak memberikan beliau sehari sekalipun walau beliau merasuah seluruh hartanya yang bernilai tiga ratus lima belas ribu itu.
dalam keadaan pasrah, beliau kemudiannya bersuara:
"tolonglah! berilah aku secukup waktu untuk menulis sepatah dua ayat, bukan sebuah esei."
kali ini malaikat memberikan peluang kepada beliau untuk menulis, dan kemudiannya beliau itu melukakan jarinya dan menulis menggunakan darahnya sendiri sebagai dakwat:
"wahai ma'nusia sejagat, gunakanlah hidupmu yang masih ada itu sebaik munken. karena aku tidak mampu untuk membeli satu jam walau dengan seluruh hartaku. pastikan yang kamu sedar betapa bernilainya masa itu."
mengikut website ini, aku akan mati 25 disember 2063, iaitu pada umurku 73 tahun.
percaya atau tidak?
jangan percaya.
kerna matimu tiada siapa yang tahu.
apa yang penting, bekalanmu sebelum mati. (peringatan buatku)
itu yang terbaik.
tigasatulima: ya Allah, ampunkanlah dosaku dan seluruh orang yang beriman sebelum dan selepasku.
dan jangan timbulkan perasaan dengki terhadap orang yang beriman.
0 ungkapan:
Post a Comment