Pages

    27 July 2011

    lawatan kerja ke pahang.

    bismillahirrahmanirrahim..


    alhamdulillah.
    baru pulang dari pahang.
    menemani abahku meeting.
    berikut merupakan minit-minit mesyuarat 'aku' disana:

    [26 julai 2011, selasa]
    10.30 pagi.
    bertolak dari pejabat abahku di kl sentral, terus ke pahang.
    melalui beberapa tol miskin yang meminta duit.
    terpaksa mencari jalan tun razak, bukit ubi, lim hoe lek untuk tiba. (ihsan google map)
    singgah makan nasi kukus. gulpp!!

    2.00 petang.
    tiba di the zenith hotel, kuantan.
    check-in di kaunter.
    berharga rm 200++ untuk 2 hari 1 malam. (mujur kerajaan bayar)


    hotel the zenith- pandangan dari bawah.
    permandangan luar hotel the zenith.


    2.18 petang.
    aku naik ke tingkat 10.
    dan terus masuk bilik bernombor 1013.
    serta masuk dengan kaki kanan.
    dan dimulai dengan ucapan bismillah.
    amiiin.


    bilik berkatil 2 untuk 2 orang.
    meja khas untuk melayari internet walaupun internet cam siput sedut.
    lukisan di dinding hasil nukilan pelukis gambar ini.
    tv plasma 14 inci, namun tiada astro arena yang membuatkan aku terlepas final piala presiden.
    tandas yang serba putih sebelum dihitamkan pengguna.
    bilik mandi yang pintunya lutsinar, dan pintunya tidak boleh dikunci, sanggupkah anda mandi?



    8.00 malam.
    ketika abahku ada dinner di hotel, aku pun berdinner di kfc.
    mencuba juadah baru di kfc, satu set bersama 'ole pocketful'.
    berharga rm10 bersama cukai kerajaan.
    pulang kembali ke hotel pukul 10.45 malam selepas ronda-ronda.

    set ole pocketful tanpa ayam dipijak.



    [27 julai 2011, rabu]
    7.40 pagi.
    ketika abahku breakfast bersama ahli-ahli meeting.
    aku bersarapan di dining hall keseorangan.
    aku makan seberapa banyak yang boleh.
    kerna untuk lunch terus.
    dah nama pun free, takde orang kesah lah.
    mengambil masa sejam untuk makan sahaja. (termasuk masa berjalan mengambil makanan)
    burp!! alhamdulillah..!


    nasi lemak berlaukkan kari kambing dan sambal udang, koko krunch berendam susu segar dan kopi berkrimer.
    omelet bersama aneka jenis kubis, hirisan lembu dan hirisan ayam bersalut thousand sauce dan mayonis.
    telur separuh masak 2 biji, makan menggunakan pisau sahaja.



    9.15 pagi.
    aku turun ke tingkat 4.
    aku melawat ke swimming pool untuk mencuci mata dipagi hari.
    tapi, habuk pun tak ada.
    nak aje mandi pakai swimming suit sorang-sorang, tapi suit pulak takde.
    aku juga melawat pusat permainan.
    ada snooker, dart.
    dan ada juga gym.
    tapi habuk tetap takde.
    dimanakah semua orang!!


    swimming pool kesunyian tiada pengunjung mat saleh.
    papan snooker bersendirian tanpa kehadiran john higgins.
    papan dart tak berlubang tanpa kunjungan andrian lewis.
    pusat gym yang tak berpeluh tanpa regangan sazali samad.

    9.28 pagi.
    aku pergi ke east coast mall dihadapan hotel.
    memandangkan mall belum dibuka lagi, aku beriadah.
    aku tawaf mengelilingi mall hampir 2 round untuk memudahkan proses penghadaman dan pencernaan makanan pagi tadi.
    walaupun aktiviti itu berpeluh sedikit, aku teruskan.
    tepat jam pukul 10.00 pagi bersamaan mall dibuka untuk umum, aku masuk.
    dengan ada niat untuk bershopping, namun keluar dengan tangan kosong.
    aku mengambil durasi selama sejam setengah untuk bershopping dan tiba di bilik pukul 11.30 pagi.



    east coast mall, ada parkson dan carefour, bersebelahan stadium darul makmur.



    1.45 petang.
    aku pulang ke Kuala Lumpur melalui jalan pulang.
    jalan yang bertentangan dengan jalan ke kuantan digunakan.
    kami selamat tiba dirumah pukul 4.30 petang.
    alhamdulillah.


    tigasatulima: tak sabar nak sambut ramadhan al-mubarak!!
    dan tak sabar nak tengok city hunter episod 19...wahaha!!

    0 ungkapan:

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.