Pages

    13 August 2011

    apa ada pada huruf?

    bismillahirrahmanirrahim..


    assalamu 'alaikum.
    alhamdulillah, pagi tadi sempat mendengar tazkirah subuh di masjid batu 14 hulu langat yang disampaikan oleh ustaz shahrir bin long.
    disini sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat kongsikan bersama.

    apakah itu pengertian bagi ramadhan?
    sebagaimana kita tahu, ia ialah bulan berpuasa, bulan beribadah, bulan diturunkan al-Quran dan sebagainya.
    dan mengikut pandangan ulama', perkataan ramadhan yang terdiri daripada huruf ra', mim, dal, alif dan nun itu mempunyai maksud yang tersendiri.

    dan hari ini saya ingin menceritakan hanya tentang huruf ra'. (sebab itulah yang sempat ditazkirahkan untuk hampir 2 jam)
    berdasarkan pandangan ulama', huruf ra' pada ramadhan itu bermaksud 'rahmatullah', yakni rahmat Allah.
    kita sebagai ma'nusia apatah lagi sebagai seorang muslim, pasti mengharapkan rahmat Allah, sehingga kita selalu berdoa untuk mendapat rahmat Allah, tidak kira ketika di dalam ataupun ketika diluar solat.
    hal ini kerana, golongan yang mendapat rahmat Allah tergolong dalam golongan yang amat-amat beruntung.
    sebagaimana Allah telah berfirman yang maksudnya:

    "kemudian setelah itu kamu berpaling. maka sekiranya bukan kerana
    karunia Allah dan rahmat-Nya kepadamu, pasti kamu termasuk orang yang rugi."
    [al-Baqarah:64]

    dan

    "barangsiapa yang dijauhkan dari azab atas dirinya pada hari itu,
    maka sesungguhnya, Allah telah memberikan rahmat kepadanya.
    dan itulah kemenangan yang nyata."
    [al-An'am:16]

    dan ada juga hadis yang menyebut tentang rahmat Allah ini yang berbunyi:

    dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah saw telah bersabda:
    "amal soleh seseorang diantara kamu sekali-kali tidak dapat memasukkannya
    ke dalam syurga." mereka (para sahabat) bertanya, "hai Rasulullah,
    tidak pula engkau?" Rasulullah menjawab, "tidak pula aku
    kecuali bila Allah melimpahkan karunia dan rahmat-Nya kepadaku."
    [riwayat Muslim; kitab Shahih Muslim, Juz II, halaman 528]


    maka, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan rahmat daripada Allah?
    dan tadi, ustaz hanya sempat memberikan 3 sahaja.
    ada lagi, boleh cari sendiri ye..

    yang pertama, taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tidak kira walau dalam keadaan sekalipun, baik ketika susah atau senang, lapang, atau sempit, miskin atau kaya, sihat mahupun sakit.
    dan Allah swt berfirman yang bermaksud:

    "dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat."
    [Ali 'Imran:132]

    dan

    "wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu.
    Kami telah menurunkan kepadamu cahaya yang terang benderang.
    adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada-Nya,
    niscaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dari-Nya
    dan limpahan karunia-Nya, dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus."
    [an-Nisa':174-175]


    yang kedua, mengikuti, beramal dan berpegang teguh pada Al-Quran yang telah diturunkan sebagai petunjuk bagi orang-orang yang beriman.
    dan Allah swt berfirman yang bermaksud:

    "dan Al-Quran itu adalah kita yang Kami turunkan dengan penuh barakah,
    maka ikutilah dia dan bertaqwalah agar kamu diberi rahmat."
    [al-An'am:155]

    dan sebagaimana yang tersedia maklum, barangsiapa yang berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah, nescaya mereka tidak akan sesat walau sehebat manapun ancaman dan helah yahudi yang tidak akan pernah senang selagimana kita mengikuti cara mereka.

    yang ketiga, beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah.
    dan Allah swt berfirman yang bermaksud:

    "sesungguhnya orang-orang yang beriman,
    orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah,
    mereka itu mengharapkan rahmat Allah,
    dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
    [al-Baqarah:218]

    untuk huraian lanjut mengenai apakah yang dikatakan dengan beriman, berhijrah dan berjihad, bolehlah melawati belog ini, dan boleh juga cari di tempat-tempat yang lain.

    alhamdulillah, setakat ini yang mampu dikongsikan bersama.
    semoga sama-sama mendapat manfaat dan kebaikan di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini.
    wassalam.


    tigasatulima: hmm...frust dop bowok henset takdi, kalu dop, buleh la rake.
    maah lah sebab sikit jah dey buwi, banyok lagi bbena hok denga takdi,
    tak dop kalam nok saling etep pun. huuuu~

    2 ungkapan:

    Afikah Aziz said...

    tazkirah ramadhan,nice entry..tp nk tau gk mksud mim,dal,alif,nun tu hehe

    Faariis said...

    huhu...gi tanye ustaz shahrir long la, sy pon nak taw jugak...huhu

    Powered By Blogger

    .

    Labels

    Tags:
    Powered by Blogger.