Bismillahir-Rahman-ir-Rahiim.
Bak kata seorang akak occupational therapist di HA, "rugilah kalau tak tahu apa yang Allah da bagi kat kita." Haa, padam muka, kan da kena. Sungguh pediss rasanya. Begitulah kata-katanya yang agak menusuk kalbu. Kalau tak terasa, boleh da slow-slow check nadi. huhu!!
so apakah ia itu?
Ia adalah 'ganglion cyst'. Atau ada yang memanggilnya 'bible cyst' (mungkin diorang tunjuk bible guna cyst ni kot). Ia merupakan sejenis benjolan yang selalunya muncul pada kawasan tendon dan sendi-sendi di pergelangan tangan dan tangan. Ianya sangat comel kerna bentuknya yang bulat-bulat kecik molek dan lembik-lembik macam sumi-jelly gitu.
Penyebab dan macamana munculnya ia masih kurang jelas dan banyak khilaf mengenainya. Malah ia mampu menyerang siapa-siapa sahaja, terutamanya kepada anak-anak muda dan wanita, serta penghidap OA dan mempunyai kecederaan pada tendon dan sendi.
Selalunya orang yang memilikinya tidak mempunyai apa-apa masalah, tapi sekiranya ia mula bertindak agresif dengan menekan saraf yang melalui kawasannya, orang itu mungkin akan mengalami rasa sakit, rasa semut-semut/ kebas dan otot lemah di kawasan berkenaan. Aku punye ni kadang-kadang je boleh mendatangkan kesakitan, tapi most of the time, manja-manja je.
Biasanya bagi yang mempunyai hubungan yang tidak erat dengan benjolan ini seperti rasa sakit, rasa terganggu melakukan aktiviti harian atau rasa tidak bersyukur dengan menganggapnya menyakitkan mata akan kehadirannya walaupun ia tidak menyakitkan badan bolehlah melakukan pembedahan untuk membuangnya. Kosnya tidak semahal membuang susuk dimuka malah pembedahannya hanya mengambil masa yang sekejap tidak seperti satu perlawanan bola sepak. Walaupun Dr Zuhri dan Dr Firdouse pernah menawarkan diri untuk membuangnya, aku masih menyayanginya. :)
beginilah gambaran sebuah ganglion cyst yang menghinggap di pergelangan tangan. |
Ini lah yang aku punya. Comel dan mesra. Alhamdulillah, mujur ia tak menganggu untuk aku maen PES. haha!! |
Macam ini lah kalau nak buang benda-alah ni, macam simple kan? You need to know anatomy precisely, otherwise you will cause injury to nerves. |
p/s:
إِنَّ عِظَمَ الجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ البَلَاءِ وَإِنَّ اللهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا اِبْتَلَاهُمْ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
"Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji mereka. Maka siapa yang ridha (terhadapnya) maka baginya keridhaan Allah, dan siapa yang marah (terhadapnya) maka baginya kemurkaan Allah." (HR. Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
23 ungkapan:
As salam, sedikit pertanyaan, ganglion cyst ada di pergelangan tangan ja ka? Sebab mak sy ada jugak 'Tulang terlebih' di bahagian kaki. Situasi ini sama ke?
eh,mak saya punn ada,betul betul dekat tgn...
alhamdulillah , setakat ni tak ada lagi....hehe
Teena Tna ; ada gamba x? mungkin juga ada di mana2. tp commonly kat wrist la.
Nur Najihah : ooo, besela tu. tapi xsakit kan?
NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI : alhamdulillah!! ade pon bsyukur gak. hehe.
benda tu , mmg ada sejak lahir ke ?
knapa probability perempuan ada bnda ni lg tinggi dri lelaki ? masalah genetic ke ?
Xpasti la, ase dulu takde. Maybe sebab bnyk jadi goalkeeper kot, bnyk guna tgn. Haha.
Tu pon xsure nape pompuan lgi tinggi, munken dsbbkan pmpuan banyak wat keje rumah kot. Xpe, ok je kalau ada. :)
uih.xpernah tau kalao2 ada benda tu kat pgelangan tangan. cek cek nasib baik takde. tapi sakit ke kalo ade tu?
Alhamdulillah xde. Huhu. Emm, sakit? Kdg2 jela. Tp mostly xsakit pon. Xrase pon kwujudan beliau kadang2. :P
tetiba rs tkt
Hehe. Takot ape plaknye. Xmakan orang pon benda ni. Xsakit pon kalau ade.
adakah ia berbahaya kalau tak dibuang? dulu mcm pernah ada..tapi hilang sndiri je..
baru taw .. :)
Xbbhya pon, cume klu besa tu kdg2 rasa sakit n xslesa je. Bgus la hilang sdiri.
Alhamdulillah da taw.
hehe...takut nak tgk gambar yang tgh buang ganglion tu...huhu
Alhamdulillah skrg ni xda penyakit pelik² lagi jadi...
hehe. xde papenye. xsakit pon sbab ade bius.
hehe..Alhamdulillah..
nak tye awat fais xletak shoutbox?tye je ney :D
bagusla.nasib baik tak sakit sangat..
Huhu. Xtaw. Tolong watkan utk sy lah.
Mmg pon, xsakit pon. Lgi sakit kna gigit nyamuk.
Setakat ini selepas di"check", takde pada ika hewhew
Tinggal parut juga kan kalau buang ganglion cyst, kalau tak sakit atau tak memudarat, takpe kalau tak buang, betul tak :)
Post a Comment